Ya, itulah realiti kondisi kebersihan yang dilaporkan oleh pihak berkuasa selepas melakukan operasi di beberapa buah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang.
Sebelum ini, peminat set nasi kandar pernah dikejutkan dengan penutupan cawangan Raj’s Banana Leaf di Bangsar berikutan video viral yang menunjukkan pekerja restoran membasuh pinggan dengan air lopak.
Ads
Tak lama selepas itu, 3 lagi buah restoran di Petaling Jaya ditutup selepas pihak berkuasa menemui kelibat tikus dan sarang serangga membiak yang jelas boleh membahayakan kesihatan pelanggan.
Terkini, 7 buah restoran nasi kandar dan 2 kilang memproses makanan di Pulau Pinang pula gagal dalam siasatan tahap kebersihan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Ads
Sumber: Malay Mail
Ini termasuklah 3 buah cawangan popular iaitu di Jalan Masjid Kapitan Keling, Chulia Street dan di Little India.
Ads
Lebih menggerunkan apabila sarang lipas ditemui di salah satu daripada cawangan tersebut! Super eww.
Buat masa ini, operasi restoran diarah berhenti selama 2 minggu agar pengusaha dan pekerja boleh memperbaiki tahap kebersihan dan kesihatan restoran dan makanan mereka.
Harapnya, mereka pelajari daripada kes ini. Kami masih teringin nak rasa nasi kandar, nan cheese tandoori & nasi milani korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rupanya bukan sahaja Malaysia, selebriti Hollywood juga tidak terlepas mendapat kecaman dan menjadi ‘bahan lawak’ netizen sehingga membuatkan mereka stress dan tertekan.
Terbaru, Travis Scott yang merupakan seorang rapper dikenali ramai telah mendapat kecaman netizen apabila dia memuat naik gambar mengenakan kostum Batman sempena Halloween.
Lebih mencuit hati lagi apabila netizen menyamakan kostum Batmannya itu seperti lipas kerana berwarna coklat.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada petanda yang dia akan mengeluarkan lagu terbaru. Hm, lebih kurang macam cari publisiti la. Hehe!
Tak kisahlah sama ada publisiti nak keluar lagu baru atau memang benar-benar terkesan dengan komen netizen, perkara ini juga perlu diambil serius kerana ia merupakan satu jenayah buli siber. Individu yang mengalami situasi ini boleh tertekan dan menjatuhkan semangat mereka.
Jadi, elakkan memberikan komen keterlaluan tidak kisahlah sama ada pada golongan selebriti mahu pun kenalan-kenalan korang.
Sekejap je masa berlalu, hari ini merupakan hari ke 17 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di Malaysia.
Walau bagaimanapun, jumlah kes Covid-19 hari ini di Malaysia mencecah 3,333 kes positif dengan jumlah kematian 53 orang setakat hari ini dan 2453 kes yang sedang dirawat.
Dalam usaha mengurangkan pengguna terpaksa bergerak jauh untuk mengeluarkan duit, pengeluaran duit dari ATM bank dan MEPS akan dikecualikan caj pengeluaran antarabank sebanyak RM1 bermula 6 April 2020 ini.
Langkah ini sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mengeluarkan duit daripada ATM terdekat dengan mereka tanpa perlu risau akan dicaj sebanyak RM1.
Buat masa ini, perkara ini hanya terhad untuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini sahaja – yang mana dijadualkan berakhir sekitar 14 April 2020 ini.
Dalam masa sama, orang ramai diingatkan agar menjaga jarak sosial apabila mengeluarkan wang di ATM dan korang juga disaran menggunakan perkhidmatan bank atas talian bagi mengelak kesesakan di premis itu.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap dari kita pasti mempunyai pengalaman membeli belah secara online. Jika mendapat penjual yang bagus dan tidak menipu, maka barangan yang kita tempah akan sampai selamat di tangan.Tapi bagaimana dengan penjual yang berselindung di sebalik aktiviti perniagaan tetapi sebenarnya penipu!
REMAJA menghubungi seorang mangsa scammer dari Melaka Abdol Latif Jalil, 31 tahun yang berkongsi pengalaman ditipu oleh seorang penjual drone terpakai atas nama Liew Kien Fei beralamat di Gombak, Kuala Lumpur yang mengiklankan barangan itu di platform media sosialnya.
Asalnya dia mahu membeli drone terpakai berjenama Mavic Pro dan sudah lama mencarinya. Bermula dari tarikh barangan itu dipos pada 4 April lalu, drone itu hanya sampai ke tangannya pada 13 April. Mengejutkan, rasa teruja untuk membuka dan melihat barangan dibelinya pada harga RM2200 yang didapati bukan drone sebaliknya kasut buruk! Ya hanya kasut buruk dan bukan drone seperti dipersetujui penjual dan pembeli!
Abdol Latif bersyukur sebahagian wangnya sudah dikembalikan dan tujuan dia berkongsi adalah untuk orang ramai sedar jangan tersalah pilih penjual tidak dipercayai
Seperti kata Abdol Latif, tujuan dia berkongsi pengalamannya ini adalah kerana dia mahu semua orang alert dengan taktik penjual. Paling utama katanya sebelum bersetuju membeli barangan dari penjual, pembeli mesti dapatkan salinan kad pengenalan atau lesen memandu individu penjual tersebut kerana jika barangan dihantar tidak seperti diiklankan atau ditipu, adalah lebih senang pengguna membuat laporan polis.
Berkongsi lebih lanjut, Latif berkata, sebelum ini dia sudah membuat tinjauan di beberapa buah laman web termasuk di Mudah.my namun tertarik dengan harga murah diberikan oleh individu tersebut.
“Saya pesan padanya sebelum post barangan itu, tunjuk pada saya dulu. Jadi pada 4 April itu dia tunjukkan dh ada di J&T dan kata nak post. Jadi saya yakinlah dengan tindakannya sebab dia siap bagi nombor trecking lagi.
“Tapi masa saya minta gambar lesennya, dia cakap bateri tinggal dua peratus saja dan siap screen shoot. Memang betul. Jadi bila dia dah bagi tracking nombor, saya pun bank in padanya RM2200 untuk harga drone itu. Tapi dia beritahu J&T ambil masa untuk post. Satu yang saya perasan, dia hanya tunjuk alamat saya pada satu kertas putih yang dia letak atas kotak. Mungkin itu silap saya juga kerana rasa teruja dah dapat tracking nombor.
“Dari hari ke hari, saya tunggu. Sampailah saya naik hafal nombor tracking. Akhirnya pada 10 April saya dapat tahu barang saya dah ada di J&T Melaka. Punya tak sabar, pada 13 hb saya beratur sendiri di J&T untuk ambil barang.
“Masa ke kereta di bangunan J&T, mulanya saya nak letak kotak dalam bonet saja tapi kemudian saya ubah fikiran. Sebab teruja nak tengok drone saya terus bukak kotak itu. Ya lah, nak dapat bukan mudah, saya kena simpan duit untuk beli. Dari rasa teruja, hati saya hampa. Dalam kotak tu bukan drone tapi kasut buruk. Ya kasut buruk! Perghh masa tu tak tahu camner nak cakap hati. Yang mampu cakap, confirm kena tipu dengan scammer.
Inilah gambar-gambar diberi oleh seller kepadanya semasa chat awalDrone jenama Mavic Pro ini sudah lama dicari oleh Abdol Latif
Lapor balai polis
Jelas Abdol Latif, lepas sedar tertipu, dia membuat membaca laman web KPDNKK bagaimana untuk membuat aduan. Masa yang sama menuju ke Balai Polis Kandang, Melaka untuk buat laporan penipuan hari yang sama.
“Esoknya, 14 hb saya emel ke KPDKK dan kemudian mendapat balasan jawapan dari mereka. Tapi ada rasa kecewa sedikit kerana mereka kata kes sebegini bukan di bawah bidang kuasa KPDNKK sebaliknya ia di bawah bidang kuasa polis kerana melibatkan unsur penipuan. Saya rujuk pula ke polis tapi tak juga selesai sebab saya dah terima barang (walau bukan barang sebenar). Memang kecewa sebab saya diminta kemukakan kad pengenalan penipu sedangkan saya tak ada bukti itu sebab dia cakap baterinya low. Masa tu perasaan susah nak cakap. Dah kecewa kena tipu, di suruh ke sana ke mari pula. Saya hantar dua kali emel ke KPNKK dan kali kedua mereka memaklumkan, saya boleh buat laporan di Tribunal Pengguna atau ambil tindakan Mahkamah bagi kes penipuan di bawah RM5000.
“Saya kemudian cuba lapor ke MCMC termasuk bertanya kepada pihak bank untuk dapatkan alamatnya. Saya juga mesej scammer tu tapi dia buat tak endah. Seolah-olah dah lepas sebab saya tak ada bukti banyak kecuali resit bank yang saya ada bank in kepadanya selain chat kami sebelum ini. Dari kes ini banyak benda saya belajar dan jadikan pedoman untuk masa-masa akan datang.
“Lepas ke sana ke mari dan seperti tiada upaya, saya luahkan perasaan saya di Grup Melaka Viral. Mungkin nak jadi rezeki saya, ada seorang individu mesej saya.
“Dia cakap Liew Kien Fei dan beralamat di Gombak, Kuala Lumpur memang dah selalu scam orang. Kira dah biasa buat kerja menipu nie.
Laporan polis dibuatnya bagi kes penipuan ini
Buru scammer ke lubang cacing
Memikirkan ini usaha terakhirnya, Abdol Latif berkongsi kisahnya di blog Geng Melaka Viral dan meminta orang ramai membantunya.
Ternyata rezeki menyebelahinya apabila seorang individu chat dengannya malah memaklumkan lelaki tersebut merupakan scammer dan dah banyak kali menipu. Yang hubungi pun pernah kena tipu tapi dia ada maklumat tentang lelaki ini. Lebih menarik nombor kad pengenalannya juga disertakan malah ada individu lain berikan kepadanya.
“Dah puas saya fikir sebelum ini bagaimana nak dapatkan alamat dan nombor kad pengenalannya dan tiba-tiba Allah beri bantuan begini. Sebelum itu pihak polis berkata, mereka mahukan kad pengenalan scammer sebagai bukti dan Allah beri bantuan begini. Syukur alhamdulillah untuk di bulan Ramadan ini. Saya kemudian cuba buat carian berdasarkan kad pengenalannya dengan masuk ke Bantuan Prihatin Nasional. Alhamdulillah keluar alamat lengkapnya dan saya screen shoot pada lelaki berkenaan dan hantar kepadanya. Sebelum itu dia buat tak reti saja walau saya cakap macam-macam. Tapi bila saya serta screen shoot alamat dan nombor kad pengenalanya, dia terus respon saya. Dia cakap bagi nombor akaun saya dan nak pulangkan duit balik.
“Saya cakap sepandai-pandai u tipu akhirnya terperangkap juga. Semalam dia bank in duit saya RM1100 dan bakinya dia minta tangguh dalam sebulan dan merayu jangan buat laporan polis. Geram memanglah geram tapi bila fikir duit saya usaha dengan titik peluh, saya buat pelbagai usaha nak dapatkannya kembali.
“Saya kata padanya saya cuma mahukan hak saya kembali dan tak ada niat lain. Saya beri masa kepadanya untuk bayar balik dalam seminggu,” katanya memaklumkan cariannya dalam laman web dikeluarkan oleh pihak PDRM bagi kes scammer nama lelaki ini tidak tersenarai.
“Itu yang saya pelik. Mungkin modus operandi sapa kena kenalah. Mungkin orang tak usaha sungguh-sungguh dapatkan maklumatnya. Tapi saya Cuma mahu duit saya dikembalikan saja.Itu saja.
“Bagi yang terkena dengan scammer nie, jangan terus putus asa. Sekurangnya cuba usaha dulu dan selebihnya serah pada Allah,”katanya memberi masa seminggu kepada lelaki berkenaan pulangkan baki duitnya.
So korang, kalau kena tipu dengan scammer, paling penting ada usaha ya. Cubalah buat apa saja pun, yang pasti kalau kita di kalangan orang teraniaya, Allah akan tolong. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!