Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya yang melibatkan seramai 94 orang pengunjung, pada Jumaat lalu. Sehingga kini, 61 mangsa dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan lagi masih hilang.
Terbaharu, Siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati, dua runtuhan cerun berlaku dalam sela masa 20 hingga 30 minit di lokasi kejadian sekaligus memusnahkan tiga tapak perkhemahan.
Menurut laporan Berita Harian, JKR dalam kenyataan berkata, dapatan awal itu diperoleh Pasukan Forensik dari Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR yang melaksanakan pemeriksaan awal di lokasi kejadian.
“Anggaran dimensi kegagalan cerun adalah 70 meter (m) (ketinggian), 120m (lebar) dan 330m (panjang) dengan anggaran isipadu tanah runtuhan 450,000 meter padu. Mod kegagalan adalah kombinasi retrogressive translational dan aliran puing.
Ads
“Berlaku dua kegagalan cerun di lokasi yang sama dengan sela masa 20 minit hingga 30 minit di antara keduanya. Kegagalan cerun yang pertama berkemungkinan besar berlaku di kawasan perkhemahan.
“Kegagalan itu mengakibatkan kawasan di kaki (toe) cerun jalanraya menjadi lemah, mengakibatkan berlakunya runtuhan susulan (kedua) yang lebih besar. Selain itu, aliran air bawah tanah yang aktif dikesan di lokasi cerun runtuh terutamanya dalam kawasan tapak perkhemahan,” katanya.
Ads
Tambahnya, pemeriksaan visual pada lokasi jalan dan cerun di seksyen berkenaan turut mendapati longkang jalan sedia ada dalam keadaan bersih dan kering serta tidak tersumbat, yang mana menunjukkan bahawa tiada masalah pada sistem perparitan jalan.
Hari ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkemahan Father’s Organic Farm (FOF) di Jalan Batang Kali – Genting Highlands yang memasuki hari keempat disambung pagi ini.
Operasi yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dimulakan pada pukul 8 pagi tadi bagi meneruskan pencarian mangsa yang masih hilang.
Takziah diucapkan kepada semua waris mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali. Benar sekali pepatah Melayu malang tidak berbau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fenomena penyanyi remaja Indonesia, Tegar Septian pernah menggegarkan Malaysia sekitar tahun 2013 dengan lagu berjudul ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’.
Ingat lagi kan rupa penyanyi ini yang selalu melakukan persembahan bertemankan gitarnya. Bakat Tegar disedari sejak dia menjadi pengamen atau penyanyi jalanan.
Sedar tak sedar, Tegar sebenarnya telahpun berusia 19 tahun, telah berkahwin dan baru saja memiliki cahaya mata pertamanya.
Wait, WHAT?!
Berita itu telah disampaikan oleh penyanyi itu sendiri yang meluahkan rasa syukur bergelar bapa pada usia 19 tahun.
Tegar dan isterinya Sarah Sheika, 23 terlebih dahulu telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Mac lalu. Dua bulan kemudian, mereka mengumumkan bahawa Sarah telah hamil.
Dan kini setelah bergelar suami isteri, mereka bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa pula dengan baik.
Terdahulu menerusi paparan Instagram Story, Tegar memohon agar peminat mendoakan supanya proses bersalin yang dilalui isterinya berjalan lancar.
“Bismillah ya Allah semoga dilancarkan segalanya. Amin.”
Untuk pengetahuan korang, kehidupan Tegar sebelum ini bertukar secara drastik setelah dirinya tular sebagai seorang penyanyi jalanan cilik di Indonesia yang mempunyai suara yang lunak dan berbakat bermain gitar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas ini, tiada siapa di Hollywood yang boleh mengejutkan dunia lagi dengan tingkah laku mereka.
Nampaknya, anggota bujang Jonas Brothers terakhir iaitu Joe Jonas telah memutuskan untuk berkahwin hanya selang beberapa jam selepas kumpulan itu menjayakan persembahan di Anugerah Billboard Music 2019 di Las Vegas.
Persembahan Jonas Brothers di Billboard Music Awards 2019, semalam.
Joe dan kini isterinya, Sophie Turner yang juga merupakan pelakon siri popular HBO, Games of Thrones telah berkunjung ke sebuah gereja kecil (chapel) di bandar itu dan mereka saling bertukar vows di hadapan beberapa ahli keluarga dan rakan paling rapat mereka.
Semua orang tahu, perkahwinan seperti ini selalunya terjadi di kalangan pasangan kekasih yang terburu-buru ingin mengikat tali perkahwinan tanpa berfikir panjang. Namun, Joe dan Sophie khabarnya telah lama merancang majlis mereka seperti ini.
Mengikut sumber rapat, Nick Jonas dan Kevin Jonas merupakan pengapit bagi pengantin lelaki dan perkahwinan itu telah dirasmikan oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti Elvis Presley.
Terdapat juga beberapa selebriti yang menyaksikan upacara tersebut seperti duo muzik Country iaitu Dan + Shay, penyanyi Khalid dan DJ Diplo yang berkongsi imej perkahwinan itu di akaun Instagram-nya. Dan + Shay juga sempat menyanyikan lagu mereka, Speechless semasa Sophie berjalan ke alter.
Joe dan Sophie telah bercinta sejak 2016 dan bertunang pada Oktover 2017. Bagaimanapun, mereka memberi ruang kepada adik Joe, Nick dan isterinya Priyanka Chopra untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan November 2018.
Menerusi sebuah artikel di Majalah Harper’s Bazaar keluaran Mac 2019 pula, Sophie berkata mereka inginkan majlis seringkas yang mungkin agar ia lebih intimate.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru konsert pertama, nampaknya pentas Big Stage musim kedua sudahpun panas.
Tatkala persembahan para peserta pertandingan nyanyian di kalangan selebriti remaja, Big Stage yang berlangsung semalam dipuji oleh netizen, itu semua seakan dibayangi oleh insiden yang dicetuskan oleh salah seorang panel program tersebut.
Penyanyi Mark Adam semalam duduk di kerusi panel sebaris dengan Datuk Seri Situ Nurhaliza dan Cakra Khan.
Namun disebabkan satu patah ayat yang keluar dari mulutnya, netizen semalam dan hari ini tidak teragak-agak untuk mengecamnya.
Apa yang terjadi adalah Mark Adam bergurau mengenai saiz dan figura pengacara Big Stage, Sherry Al-Hadad dengan berkata, “This opportunity is very big, even the host is big.”
Walaupun mungkin dia tidak berniat untuk menjatuhkan air muka Sherry, tetapi komen body shaming seperti itu di atas pentas rancangan siaran langsung bukanlah sesuatu yang boleh dibawa bergurau.
Nampaknya, penyanyi itu juga sedar dan kesal dengan kenyataannya itu, lalu membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram-nya.
Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya nak minta maaf dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage Saya ni kalau bergurau, saya bergurau macam saya dekat rumah – dengan rakan artis dan kawan-kawan. Semalam saya salah. Sebenarnya ayat tu ada sambungan tapi saya tak sempat sambung.
Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak-pihak yang terasa. Saya mohon maaf. Apa yang saya lakukan semalam adalah tak professional dan saya akan pastikan benda ini tak lagi berlaku lagi.
Diharap Mark Adam ataupun sesiapa tidak lagi mengulanginya.
We felt it. Sama ada kita kurus, besar, cerah, gelap or whatever it is, rupa paras fizikal bukanlah sesuatu yang wajar diulas secara terbuka.
*
Sementara itu, selebriti seperti Alif Satar, Achey dan Sharifah Amani memuji tindakan Mark yang man up dan meminta maaf tersebut. Paling penting, Sherry sendiri tidak berdendam dengannya.
Instagram: Sherry Alhadad
Katanya, “Assalamualaikum semua. Mark sudah telefon saya dan minta maaf secara personal. Dia (atau) saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan.”