Ikon 90-an yang paling dikenali seantero dunia? Nama Pokémon antaranya, bukan disukai kanak-kanak saja tapi golongan dewasa turut sama naik teruja setiap kali melihat ikon ini. Bagi peminat setia siri kartun Pokemon, mesti korang familiar dengan siri animasi popular Pokemon, Pikachu.
Namun, selapas 25 musim bersama nampak gayanya watak ikonik Pokemon, Pikachu akan mengucapkan selamat tinggal kepada siri tersebut selepas 25 tahun siri berkenaan mula-mula diperkenalkan pada tahun 1997.
Ash dan Pikachu Via BBC
Menurut laporan Manila Times, siri animasi Jepun yang mengetengahkan watak tikus elektrik ceria, Pikachu serta jurulatihnya, Ash Ketchum yang mula bertarung dengan watak Pokemon lain sejak 1997 ini akan ‘bersara’ secara rasmi tahun ini.
Mulai 2023, watak ikonik Pokemon akan kembali menemui peminat, namun tanpa kehadiran Pikachu selepas ia dan jurulatihnya memenangi “Siri Pertabalan Dunia Pokemon”.
Mengikut laporan, pengembaraan seterusnya akan memberikan tumpuan kepada watak terbaharu iaitu Liko dan Roy dalan siri Pokemon Ultimate Journeys:The Series yang bakal menemui peminat pada tahun hadapan.
Ads
Malah, Sarah Natochenny yang merupakan pelakon suara Inggeris yang memainkan watak Ash selama 17 tahun yang lalu turut memuat naik dilaman Twitternya,
It’s been an extraordinary privilege to have been the English voice of Ash Ketchum for what will be 17 years. No matter what lies beyond his final chapter, he’ll live forever in the hearts of many generations to come. I’ll keep him present for all of us in every way I can. ❤️ pic.twitter.com/UZxPO4xD6E
Sarah Natochenny, menulis mesej perpisahan yang sebahagiannya berbunyi: “Tidak kira apa yang berlaku di luar bab terakhirnya, dia akan hidup selama-lamanya di hati banyak generasi akan datang . Saya akan memastikan dia hadir untuk kita semua dalam setiap cara yang saya boleh.”
Watak protagonis tersebut akan memulakan pengembaraan mereka di Paldea, dan akan mengetengahkan watak baharu Pokemon seperti Fidough dan Lechonk.
Watak baharu Pokemon Fidough dan Lechonk
Namun, kata laporan lagi, sebelum siri baharu tersebut bermula, 11 episod khas Pokemon akan ditayangkan bagi meraikan pengembaaan Ash di setiap ‘negeri’ Pokemon yang akan menggamit kenangan buat semua peminat.
Hmm…mesti ramai antara kita yang membesar dengan siri ikonik Pokemon, Pikachu ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persis edisi terhad Proton Persona yang pernah dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd (PROTON) tidak lama dahulu, jenama kereta nasional itu kini sekali lagi tampil dengan model istimewa berwarna hitam-kuning.
Cumanya pada kali ini, ia adalah bagi model Proton X50 pula bersempena acara tahunan Malaysia Autoshow 2023.
Menariknya, model yang dinamakan sebagai PROTON X50 R3 Edisi Ulang Tahun ke-20 didatangkan dalam kemasan hampir matte sepenuhnya pada bahagian badan, bumbung hitam berkilat dan mempunyai kit aerodinamik.
‘Percikan’ warna kuning pula didapati ada pada spoiler hadapan dan skirt sisi, jalur bumper belakang, pada gril hadapan dan pada jalur penutup cermin sisi serta pelekat bonet hadapan.
Bentuk model PROTON X50 R3 ini juga jelas lebih rendah berbanding model PROTON X50 biasa bagi menjadikannya lebih sporty.
Difahamkan, model ‘handsome’ ini hanya boleh ditempah sepanjang acara Malaysia Autoshow 2023 ini berlangsung di booth pameran PROTON dan ia hanya terhad untuk 200 tempahan unit terawal sahaja. Memang eksklusif!
Ketika kunjungan pada hari pengenalan acara kepada media tempoh hari, REMAJA mendapati model yang dipamerkan ini hanyalah sekadar ‘kereta konsep’.
Spesifikasi akhir bagi PROTON X50 R3 ini termasuklah harga jualannya belum lagi dimuktamadkan. Disebabkan itulah, bahagian dalamnya belum lagi didedahkan kepada orang ramai.
Begitupun, PROTON masih memaparkan spesifikasi model berkenaan untuk rujukan bakal pembeli. Jom lihat sama ada ia berbaloi untuk korang miliki.
Terdahulu, PROTON pernah menawarkan model R3 lain termasuklah untuk model PROTON Saga R3 dan Iris R3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu perkembangan positif dan mungkin sedikit mengejutkan bagi ramai orang apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa rakyat Malaysia mungkin sekali dibenarkan ke luar negara bagi tujuan melancong seawal Disember 2021!
Kenyataan tersebut dipetik daripada temuramah yang dilakukan beliau bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini apabila beliau menyentuh mengenai kelebihan yang akan dirasakan oleh rakyat Malaysia sebagai saja kadar vaksinasi menyeluruh bagi orang dewasa telah melebihi paras 90 peratus.
“Ya Disember. Mungkin juga lebih awal.”
Kakitangan di KLIA & KLIA 2 sudah bersedia untuk memberikan servis semula kepada pelancong yang akan menaiki penerbangan antarabangsa! Sumber Foto Hiasan : Facebook Malaysia Airports
“Kita juga akan membuka sempadan negeri untuk membolehkan orang ramai merentasnya. Perjalanan ke negara lain juga akan dibenarkan sebaik saja kita mencecah kadar vaksinasi sebanyak 90 peratus,” ulasnya apabila ditanya oleh rakan media.
Terdahulu pada 22 September, Perdana Menteri pernah mengumumkan keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti rentas negeri dan aktiviti berkaitan industri pelancongan apabila 90 peratus warga dewasa tempatan cukup menerima suntikan vaksinasi COVID-10.
Akibat kurangnya penggunaan ruang lapangan terbang, KLIA telah ditukar sebagai Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) sementara bagi kakitangannya. Sumber Foto Hiasan : Facebook Malaysia Airports
Buat masa sekarang, mengikut laporan Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 87.2 peratus warga dewasa Malaysia telah selamat divaksinasi sepenuhnya manakala sebanyak 94.3 peratus warga dewasa telah sekurang-kurangnya menerima satu suntikan dos.
Ini bermakna, hampir 63 peratus rakyat Malaysia secara menyeluruh tanpa mengira usia telah selamat divaksinasi sepenuhnya manakala jumlah rakyat yang telah menerima satu suntikan dos pula adalah sekitar 73 peratus.
Berkaitan dengan prosedur yang diletakkan sebagai syarat-syarat boleh ke luar negara bagi tujuan melancong pula, beliau tidak memberikan kenyataan sepenuhnya. Namun kongsi Perdana Menteri, rakyat tidak lagi perlu mendaftarkan diri untuk MyTravelPass bagi meninggalkan negara seperti yang pernah diminta dahulu. Cuma, syarat-syarat yang memerlukan mereka kuarantin sebaik pulang ke tanah air masih dikekalkan.
Wah, korang dah boleh rancang lah nak melancong ke mana bermula sekarang. Cuba kongsikan negara mana yang akan menjadi pilihan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lama kita tidak dapat melawat pusara tersayang ekoran pandemik dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin kelonggaran baru-baru ini membuatkan orang ramai mula mengunjungi kawasan perkuburan.
Namun, setiap kali kita ke pusara atau kubur pasti akan dapat melihat pusara disiram air ketika seseorang menziarahi kubur selain membacakan Yassin di kubur ahli keluarganya. Hal menabur bunga dan menyiram air ini seolah-olah dilihat sebagai hal WAJIB sedangkan hakikatnya adakah benar hal ini wajib dilakukan?
Dengarkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ketika memberikan ceramah agama berkaitan hal menyiram kubur dan meletakkan bunga ini. Adakah ianya wajib atau apa hukumnya? Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan suatu perkara tanpa tahu hukumnya.
Perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus- Uztas Azhar Idrus
Apa tujuan siram air di atas kubur?
Ini jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus menerusi laman ‘Youtube’nya berkata ulamak ada menyebut hukum jirus atau siram air atas kubur adalah harus tetapi dengan syarat tujuannya salah satu daripada tiga sebab iaitu:
Kubur masih baru (jenazah baru ditanam) supaya tanahnya kemas
Menghidupkan pokok-pokok dan bunga yang hidup di atas kubur tersebut
Supaya tanah tidak berdebu
Sebaliknya jika ada individu yang percaya bahawa siram pada tanah kubur untuk menyejukkan jenazah atau dikatakan jenazah boleh minum air itu adalah khurafat.
Dalam penjelasan UAI ini, jika seseorang itu melakukan perkara ini tanpa tahu hukumnya ianya dilarang kerana melakukan kerja seperti ‘membabi buta’. Nasihatnya, buatlah sesuatu perkara itu dengan mengetahui hukum hakam yang jelas.
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.”
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...