Selain daripada barisan petugas kesihatan dan anggota pertahanan yang bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakkan ini, pekerja penghantar makanan turut sama berjuang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
Baru sebentar tadi, melalui laman twitter Menteri Belia dan Sukan hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan agihkan lebih kurang 5000 topeng muka dan juga sanitasi tangan secara percuma kepada semua penghantar makanan – tidak kira dari GrabFood, FoodPanda dan sebagainya.
Ads
Topeng muka dan sanitasi tangan percuma ini akan diagihkan bermula 27 Mac 2020 pada pukul 9 pagi di beberapa lokasi – iaitu di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan, JBSN Negeri Sembilan, dan Spacerubix Puchong.
Ads
Penawaran ini adalah untuk yang terawal, dan sementara stok masih ada. Bagi anda yang terlibat dalam penghantaran makanan, mungkin boleh mendapatkan penawaran ini bermula esok, 27 Mac 2020.
Ads
Ketika ini bekalan topeng muka sukar untuk didapati. Malah ada pihak yang mengambil kesempatan menyorok bekalan topeng muka dan kemudiannya menjual secara dalam talian dengan harga yang amat mahal.
Moga Allah melindungi abang-abang riders yang menjadi hero kita sekarang.
Sumber : Twitter Reezal Merizan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
SETELAH hampir dua tahun Covid-19 melanda dunia, kini dunia terutamanya negara-negara Eropah berdepan dengan penularan wabak Salmonella.
Apa yang merisaukan, wabak Salmonella kali ini dikatakan berpunca daripada produk coklak Kinder Suprise yang menjadi kegilaan kanak-kanak seluruh dunia.
Terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat “Kinder” keluaran Belgium. – Foto REUTERS
Salmonella merupakan salah satu bakteria yang berpunca daripada pencemaran silang antara makanan dan daging mentah semasa penyediaan, penyimpanan makanan.
Terbaru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat “Kinder” keluaran Belgium.
Menurut WHO dalam satu kenyataan, kes berkaitan bakteria Salmonella Typhimurium disyaki akibat penggunaan produk coklat dan telah dilaporkan di 11 negara setakat Isnin, termasuk Belgium, Perancis, Jerman, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Foto Via FDA
Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun turut terjejas dan golongan wanita mewakili 66 peratus daripada kes dilaporkan.
Buat masa ini, tiada kematian akibat wabak itu telah dilaporkan setakat Isnin. Namun, sebanyak 21 kes bergejala dilaporkan, iaitu 12 kes cirit-birit berdarah dan sembilan telah dimasukkan ke hospital.
Penjujukan genetik bakteria salmonella dalam makanan mencetuskan kegusaran bahawa patogen berasal dari tangki susu mentega di sebuah kilang yang dikendalikan pembuat coklat Ferrero, di bandar Arlon, Belgium.
Menurut WHO, strain wabak salmonella mempunyai daya tahan terhadap enam jenis antibiotik.
Sekurang-kurangnya 113 negara di seluruh Eropah dan global telah mengimport produk Kinder, dan amaran global telah dikeluarkan oleh Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa (INFOSAN), program bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), pada 10 April mengakibatkan penarikan semula produk dari pasaran global.
WHO menilai risiko penyebaran di rantau Eropah dan global sebagai sederhana.
Menurut WHO, gejala salmonellosis agak ringan dan pesakit akan pulih tanpa rawatan khusus, dalam kebanyakan kes. Bagaimanapun, risiko lebih tinggi untuk sesetengah kanak-kanak dan pesakit warga emas iaitu dehidrasi boleh menjadi semakin teruk dan mengancam nyawa.
Hati-hati guys, kalau boleh elakkan dahulu membeli coklat ini.
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa kawasan di sekitar Selangor telah dijadikan target oleh pihak polis semalam untuk melakukan rondaan berikutan larangan aktiviti kunjung-mengunjungi bermula Hari Raya kedua.
Menurut laporan Buletin Utama semalam di saluran TV3, antara kawasan yang sempat ditinjau oleh pihak polis adalah di sekitar Padang Jawa, Shah Alam.
‘Hint’ yang mudah dibaca oleh polis untuk mengetahui aktiviti open house sedang dilakukan adalah deretan kereta di hadapan kediaman tuan rumah.
Risikan pasukan pemantau ibu pejabat polis Shah Alam mendapati beberapa individu nyata berada di dalam rumah untuk berhari raya.
Antara tindakan spontan yang dilakukan oleh para pengunjung semasa rumah tersebut diserbu oleh pihak polis adalah menyorok dan melarikan diri. Mungkin kerana terkejut dengan ‘lawatan’ pihak berkuasa.
Walaupun mereka mendakwa kesemuanya adalah penduduk rumah tersebut, mereka terkantoi pula akibat tindakan cuba menyembunyikan diri pada awalnya. *Alamak gaiss*
Justeru, pihak polis masih bertolak ansur dan meminta mereka untuk bersurai segera apabila didapati bersalah melanggar kelonggaran yang ditetapkan kerajaan.
Kelonggaran tersebut hanya membenarkan aktiviti kunjung-mengunjung pada Hari Raya pertama.
Ada juga laporan media lain yang menceritakan bagaimana tuan rumah open house pada Hari Raya kedua dikenakan kompaun di beberapa daerah lain di sekitar Selangor setelah melanggar arahan.
Hhm, kita ikut sajalah arahan yang diberikan okay. Kami mengerti ramai yang ingin ‘lepas rindu’ pada Hari Raya.
Namun berkunjung ke rumah orang lain dan mengadakan open house bukanlah caranya memandangkan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia semalam pun telah meningkat sehingga 172 kes.
Alternatif yang boleh korang lakukan adalah untuk bertemu di restoran yang mengamalkan penjarakan tempat duduk. Walaupun duduk berasingan di tempat awam, kita masih boleh berinteraksi.
Atau lebih baik lagi untuk hanya duduk di rumah dan berinteraksi secara maya.
Jangan popularkan budaya open house pada tahun ini, kita enggan mempunyai kluster open house 14 hari dari sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar kolej berusia 24 tahun telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas pada 12 Mac 2022.
Lo Yen Hue membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistreet Kuala Lumpur pada hari Jumaat selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistreet Amanina Mohamad Anuar.
Mengikut pertuduhan, Yen Hue didakwa memandu kenderaan model Toyota Sienta semasa berada di bawah pengaruh alkohol dengan memiliki 184 miligram dalam 100 mililiter darah dalam badan sewaktu insiden. Had yang dibenarkan adalah 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.
Dia didakwa gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusia 74 tahun di Jalan Kuching menghala Batu Caves pada jam 3.15 pagi.
Pada waktu itu, mangsa difahamkan sedang memotong pokok di pembahagi jalan sebelum maut dilangggar.
Justeru, Yen Hue didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd. Rauf mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, K.A Ramu memohon agar kadar ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.
Majistret Amanina kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei nanti untuk serahan dokumen.
Ini bukanlah kali pertama remaja tempatan didakwa dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!