Aktres jelita, Arabella Ellen tampil bersuara meminta orang ramai agar lebih menghormati ruang privasi dan kehidupan peribadinya tanpa melampaui batas sebagai individu yang dikenali dalam industri seni.

Menerusi perkongsian di TikTok Story, bekas peserta Hero Dewi Remaja itu mengakui dirinya memahami perasaan ingin tahu dalam kalangan orang ramai. Bagaimanapun, dia berharap agar setiap individu dapat membezakan antara memberikan sokongan dengan mencampuri urusan peribadi seseorang.

“Tolong Berhenti Stalk Saya” -Arabella Ellen Minta Orang Ramai Hormati Privasi
Bella

Minta Orang Ramai Fahami Batas Privasi

Menurut Arabella, rasa ingin tahu terhadap kehidupan seseorang bukanlah sesuatu yang asing, namun perkara tersebut seharusnya tidak dijadikan alasan untuk melangkaui batas privasi yang perlu dihormati.

“Saya memahami sifat tanda tanya tetapi saya harap kalian tahu ada garisan antara menyokong dan melangkau kehidupan peribadi seseorang,” tulisnya.

Ads

“Tolong Berhenti Stalk Saya” -Arabella Ellen Minta Orang Ramai Hormati Privasi

Tidak Mahu Kehidupan Peribadi Diintip

Dalam masa sama, pelakon muda itu turut meminta orang ramai supaya menghentikan perbuatan mengintip atau stalk akaun media sosialnya semata-mata untuk mencari maklumat serta membuat andaian mengenai kehidupan peribadinya.

Ads

“Tolong berhenti stalk saya untuk menyiasat dan buat andaian mengenai hidup peribadi saya,” ujarnya.

Ads

“Tolong Berhenti Stalk Saya” -Arabella Ellen Minta Orang Ramai Hormati Privasi

Perkongsian Raih Perhatian Warganet

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang perhatian ramai, khususnya di platform Threads apabila rata-rata warganet meluahkan kebimbangan terhadap keadaan pelakon berkenaan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads