Drama Korea yang pernah mencipta fenomena, Itaewon Class kini bakal ditayangkan dalam siri adaptasi Jepun yang berjudul Roppongi Class. Watak Park Searoyi yang dimainkan oleh Park Seo Joon akan dimainkan oleh Takeuchi Ryoma, pelakon siri Kamen Rider.
Itaewon Class mengisahkan tentang seorang anak muda (Park Searoyi) yang ingin membalas dendam dan menegakkan keadilan atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh anak majikan bapanya. Dia mahu membalas dendam dengan cara membina empayar perniagaan untuk mengalahkan bekas majikan ayahnya itu.
Roppongi Class adalah projek bersama Korea-Jepun oleh JTBC Studio yang menerbitkan versi Korea dan Kakao Entertainment serta TV Asahi sebagai produksi bagi versi Jepun ini. Drama adaptasi ini bakal ditayangkan pada bulan Julai.
Ads
Menurut inf.news, drama ini mengambil latar tempat di Roppongi, Jepun dan nama watak utama Park Searoyi ditukar kepada Miyabe Shin. Adaptasi ini menerima pelbagai respon berbeza, ada yang teruja menantikannya malah ada juga yang menganggap perubahan yang dibuat bakal menghilangkan ‘vibes’ sebenar drama Itaewon Class.
Namun, pihak produksi menjelaskan perubahan yang dilakukan itu bagi membuatkan masyarakat di Jepun lebih dekat dengan drama adaptasi ini kerana mereka tidak begitu mengenali lokasi Itaewon di Korea.
Ads
Apa-apa pun kita tidak boleh menghakimi terlebih dahulu adaptasi ini tanpa menontonnya lagi. Sama-sama kita nantikan Roppongi Class Julai ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat filem siri seram Scream, naskhah terbaharu filem ini bakal ditayangkan pada 20 Januari 2022 dengan dibintangi barisan pelakon popular seperti Melissa Barrera, Kyle Gallner, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jenna Ortega, Marley Shelton, Courteney Cox, David Arquette, Neve Campbell.
Dua puluh lima tahun selepas rentetan pembunuhan kejam menggemparkan bandar Woodsboro, seorang pembunuh baharu telah memakai topeng Ghostface dan mula menyasarkan sekumpulan remaja untuk membangkitkan semula rahsia dari masa lalu yang membawa maut di bandar itu.
Apakah seterusnya bakal berlaku kepada bandar itu? Ha, korang kena saksikan sendiri filem ini di pawagam tidak lama lagi.
Tapi sebelum itu, Remaja nak ajak korang yang bertuah untuk menonton tayangan perdana Scream pada minggu hadapan dengan hanya menjawab soalan mudah.
Tarikh: 19 Januari 2022 Masa: 8.00 malam Lokasi: GSC The Starling
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi 4 tiket tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
Good luck guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Luahan pilu Lil Jon selepas anak ditemui mati di kolam berhampiran rumah telah menyentuh hati ramai apabila berita tragis itu disahkan oleh pihak berkuasa pada Jumaat.
Mayat seorang lelaki yang dipercayai merupakan anak kepada rapper terkenal Amerika Syarikat itu ditemui di sebuah kolam di utara Atlanta selepas beberapa hari dilaporkan hilang.
Mangsa dikenal pasti sebagai Nathan Smith, 27 tahun, yang menggunakan nama pentas D.J. Young Slade.
Penemuan mayat tersebut menamatkan operasi pencarian yang dijalankan sejak awal minggu, sekali gus meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga dan peminat Lil Jon di seluruh dunia.
Kehilangan Dalam Keadaan Luar Biasa
Menurut kenyataan Polis Milton, Nathan dilaporkan meninggalkan kediaman keluarganya di kawasan Milton pada awal pagi Selasa lalu dalam keadaan yang dianggap luar biasa.
Keadaan itu segera menimbulkan kebimbangan apabila mangsa gagal dikesan selepas keluar dari rumah.
Pihak polis memaklumkan bahawa Nathan dipercayai berlari keluar dari rumah tanpa membawa telefon bimbit. Lebih membimbangkan, dia juga dilaporkan berada dalam keadaan keliru ketika kejadian, sekali gus meningkatkan risiko terhadap keselamatannya sendiri.
Operasi Mencari Diperluaskan Ke Kawasan Kolam
Susulan laporan kehilangan tersebut, satu operasi mencari dan menyelamat dilancarkan dengan segera oleh Polis Milton, dibantu beberapa agensi lain.
Usaha pencarian melibatkan kawasan perumahan sekitar serta lokasi semula jadi berhampiran kediaman keluarga mangsa.
Tumpuan pencarian akhirnya diperluaskan ke sebuah kolam berhampiran rumah selepas pihak berkuasa menerima maklumat yang relevan.
Pada tengah hari Jumaat, penyelam dari Jabatan Bomba Daerah Cherokee menemui satu mayat di kolam berkenaan, yang kemudiannya dipercayai kuat sebagai milik Nathan Smith.
Luahan pilu Lil Jon selepas anak ditemui mati itu dikongsikan menerusi satu kenyataan menyentuh hati di Instagram.
Lil Jon, atau nama sebenarnya Jonathan Smith, bersama ibu mangsa, Nicole Smith, meluahkan rasa hancur atas kehilangan tragis anak mereka.
“Kami sangat hancur dengan kehilangan tragis anak kami. Nathan adalah insan paling baik yang pernah anda temui. Dia seorang yang penyayang, penuh empati, sopan, berjiwa besar dan berhati hangat,” tulis Lil Jon.
Menurut kenyataan itu, Nathan disifatkan sebagai individu yang sangat menyayangi keluarga dan sahabat handainya, serta sentiasa meletakkan orang lain sebelum dirinya sendiri.
Menurut pihak polis, walaupun mayat yang ditemui itu dipercayai milik Nathan Smith, pengesahan rasmi masih menunggu laporan lengkap daripada Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Fulton.
Buat masa ini, pihak berkuasa memaklumkan tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat dikenal pasti berdasarkan siasatan awal.
Namun begitu, kes ini masih diklasifikasikan sebagai siasatan terbuka sehingga punca serta cara kematian disahkan secara rasmi. Maklumat lanjut tidak akan didedahkan bagi menghormati proses siasatan dan privasi keluarga mangsa.
Latar Belakang Nathan Smith
Nathan Smith, yang dikenali dalam dunia muzik sebagai D.J. Young Slade, merupakan seorang artis muda yang sedang membina namanya sendiri.
Walaupun berada di bawah bayangan populariti bapanya, Nathan dikenali sebagai individu berbakat dan merendah diri oleh mereka yang rapat dengannya.
Kes luahan pilu Lil Jon selepas anak ditemui mati ini turut mencetuskan perbincangan tentang tekanan emosi, kesihatan mental dan keselamatan individu, khususnya dalam kalangan anak selebriti yang sering berdepan perhatian awam.
Untuk rekod, Milton merupakan sebuah bandar pinggir bandar yang terletak kira-kira 48 kilometer di utara Atlanta.
Lil Jon pula dikenali sebagai antara figura paling berpengaruh dalam genre crunk hip-hop, dengan lagu ikonik seperti Get Low bersama East Side Boyz serta Turn Down For What hasil kolaborasi bersama DJ Snake.
Selain Nathan, Lil Jon turut mempunyai seorang anak perempuan, Nahara, yang dilahirkan pada tahun 2024.
Sumber: CNN
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di Malaysia kita ada pasangan selebriti seperti Uqasha Sensrose dan Kamal Adli, Amyra Rosli serta suaminya Amar Bahrin yang juga turut muncul di kaca televisyen, industri hiburan Korea turut mempunyai pasangan romantis yang bergelar suami isteri.
Ramai pasangan k-drama yang akhirnya bercinta dan berkahwin dalam kehidupan sebenar. Keserasian yang terbina sewaktu penggambaran drama memutik bibit-bibit cinta mereka yang akhirnya menyatukan dua jiwa ini.
Hubungan ini tidak semestinya diumum secara terbuka kerana ramai pasangan selebriti Korea yang menyembunyikan hubungan cinta mereka dan hanya membuat pengumuman rasmi apabila mereka memutuskan untuk berkahwin.
Berikut kami senaraikan antara 7 pasangan k-drama di kaca televisyen yang mempunyai hubungan suami isteri dalam kehidupan sebenar.
Pasangan ini buat pertama kalinya bergandingan dalam drama ‘Pure Pumpkin Flower’ pada tahun 2010 dan bertemu semula menerusi drama ‘Take My Hand’ pada tahun 2013 dan berkahwin pada Julai 2015.
Duo ini bergandingan dalam drama ‘Aeja’s Older Sister, Minja’ pada tahun 2008 dan ‘Happy Ending’ pada 2012 dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada 2014.
Mula bekerjasama menerusi drama ‘Glamorous Temptation’ pada 2015 dan dua tahun selepas itu mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
Sama cantik, sama padan. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.