Dalam keadaan negara berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, ramai daripada kita mengurut dahi memikirkan masalah yang sedang melanda persekitaran ekonomi sekarang, ditambah pula dengan gaji kecil. Apa tip nak menyimpan?
Sumber Gambar : Photo by Anna Shvets from Pexels
Bila dah ada simpanan sikit, mudahlah untuk korang gunakan pada waktu-waktu kecemasan.Yelah zaman pandemik ini, semua benda boleh jadi kan!
Nah, kali ni kami nak kongsikan tip simpan duit cara sempoi yang telah dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Kate Ginting ada berkongsikan tentang tips untuk menyimpan duit yang mudah untuk diikuti.
Bolehlah korang start menabung hari ini!
Ads
TIPS SIMPAN DUIT
Tahun ni boleh start buat sudah.
RM1 – Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan rm400.
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun rm500.
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan rm1000.
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan rm500.
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun rm300.
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun rm600.
TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan?
Ads
Nampak macam mudah tapi kalau tak ada kesungguhan tak jadi juga ye. Kalau simpan RM1 sehari pun, setahun dah dapat RM365. Okay la tu daripada tak kumpul duit langsung kan? Belum lagi masuk duit syiling yang korang simpan tepi juga. Boleh la buat sesak-sesak nanti.
Ads
Sesiapa yang baru mula atau pernah saving tapi tak sampai sebulan dah guna duit simpanan tu, jangan guna nilai yang banyak untuk menyimpan. Biar sikit asalkan konsisten.
Dua graduan cemerlang yang berasal dari Sarawak baru-baru ini telah menerima Anugerah Pelajaran Di-Raja di atas kecemerlangan akademik dan dedikasi mereka di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-28, pada 4 November, semalam.
Menurut salah seorang penerima, Annie Lau Siew Ming dari Sibu, beliau berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dengan CGPA cemerlang iaitu 3.93.
Antara kunci kejayaan yang sempat dikongsinya adalah untuk sentiasa menekankan kepentingan pengurusan masa sebagai pelajar. Selain itu, kerja keras juga menjadi rahsia utama jika seorang pelajar ingin berjaya.
Kredit: FB UNIMAS
“Pertama adalah kerja keras, sebab tiada siapa yang boleh berjaya tanpa usaha. Kedua adalah pengurusan masa. Selain itu, mengimbangi pelajaran dan aktiviti kokurikulum memerlukan saya menguruskan masa dengan baik”
Dalam pada itu, Annie juga merancang dan bercita-cita untuk mengambil peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) bagi mendalami kepakarannya dalam bidang perakaunan.
Kredit: FB UNIMAS
Sementara itu, bagi seorang lagi penerima, Dayang Nurina Nazihah yang merupakan graduan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang kaunseling dengan CGPA 3.85.
“Pendekatan saya amat mudah kerana saya hanya melakukannya sehabis baik. Saya juga bersemangat untuk meneroka potensi diri dan mendorong diri melepasi zon selesa saya,” katanya.
Menurut Dayang, beliau telah hadir temu duga bagi mendapatkan lesen kaunselor berdaftar dan berharap boleh bermula sebagai kaunselor bebas sambil meneroka peluang kerjaya lain.
Kredit: FB UNIMAS
Tambahnya, beliau juga akan memulakan program pengajian Sarjana di UNIMAS pada Januari tahun hadapan.
Sekadar info, Majlis Konvokesyen itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sarawak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun menjadi tumpuan seluruh dunia saat menjulang trofi Piala Dunia 2022 bersama pasukan Argentina, Lionel Messi masih merendah diri dan tidak lupa untuk berkongsi kejayaan awal pagi semalam dengan ahli keluarganya.
Kelibat Messi bersama keluarganya di Lusail Stadium selepas perlawanan akhir tamat telah menarik perhatian penyokong dan membuatkan mereka terharu melihat sokongan yang diberikan kepada pemain bola sepak itu.
Setelah Gonzalo Montiel meledak jaringan penalti yang memastikan kemenangan milik Argentina, Messi terlebih dahulu meraikannya bersama para pemain pasukannya yang meledak dengan sorakan.
Ternyata, momen yang mereka tunggu-tunggu selama 36 tahun lamanya sebelum dapat menjulang semula trofi keramat itu berbaloi apabila senyuman bahagia, tangis kegembiraan dan rasa syukur bercampur-baur.
Selain menjulang trofi Piala Dunia, Lionel Messi juga dinobatkan sebagai penerima gelaran Golden Ball (Pemain Terbaik). FOTO: Daily Mail via AFP
Sesudah itu, Messi terus mendapat pelukan termasuklah pegawai official permainan. Dia dilihat seakan-akan mencari pula kelibat ahli keluarganya yang berada berdekatan dan pada saat itu, ibunya terlebih dahulu tiba di sisinya sebelum isteri, Antonela Roccuzzo serta anak-anaknya sendiri.
Celia Maria Cuccittini terus mendakap anaknya dari belakang lalu membuatkan Messi yang sedang berdiri sendirian terkejut sebentar sebelum menoleh. Lalu, pemenang gelaran Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu pun terus membalas pelukan ibunya yang menitiskan air mata tanda kegembiraan.
Momen ini sekaligus menjadi salah satu momen paling beremosi dalam sejarah penganjuran Piala Dunia Qatar 2022.
Tidak lama kemudian, giliran isterinya Antonella dan tiga orang anaknya iaitu Thiago, Mateo dan Ciro untuk ke tengah padang dan mengucapkan tahniah kepada hero Argentina itu.
Terdahulu, dalam perlawanan akhir penuh dramatik awal pagi tadi, Argentina berjaya mengenepikan saingan sengit Perancis 3-3 yang berkesudahan hingga ke sepakan penalti (Argentina menang menerusi sepakan 4-2).
Kejayaan ini cukup manis memandangkan Argentina berjaya bangkit daripada kekalahan sulung di Piala Dunia 2022 kepada Arab Saudi untuk terus mencatatkan kemenangan berturut-turut sehingga kejohanan tamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fuh, memang havoc lah negeri Melaka bulan Mei ini!
Ini setelah Melaka dilantik menjadi tuan rumah sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat kebangsaan selama tiga hari berturut-turut mulai 24 hingga 26 Mei 2024.
REMAJA berkesempatan menemui Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim di pekarangan Menara Taming Sari, Melaka baru-baru ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tarikan festiviti Hari Belia Negara yang telahpun diatur.
Adam Adli (empat dari kanan) di majlis pelancaran Hari Belia Negara 2024 di pekarangan Menara Taming Sari, Melaka.
“Pihak KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) menjangkakan lebih 30,000 orang ramai akan berkumpul di Dataran Pahlawan, Banda Hilir Melaka sempena Hari Belia Negara.
“Membuka tirai sambutan, KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengadakan Program Semarak HBN@KBS pada 15 Mei (hari ini) di Podium A, Menara KBS Putrajaya dengan pengisian Ikrar Belia Negara, Konvensyen Belia Integriti Nasional dan aktiviti GHRM (Gaya Hidup Rakan Muda).
“Kemuncak sambutan HBN adalah perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 25 Mei bersama-sama penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara peringkat kebangsaan,” ujarnya.
Menyentuh mengenai aktiviti sepanjang tiga hari di hadapan Dataran Pahlawan, Banda Hilir nanti, beliau kongsikan sebahagian daripada 73 aktiviti berbeza yang disediakan untuk warga remaja dan belia khususnya bersandarkan kepada 10 GHRM.
Antaranya termasuklah Malam Solidariti Palestin, Larian #YakinBoleh Belia Malaysia 2024, Himpunan Komuniti Belia, perkhemahan belia, Pavilion Seni Budaya Negeri-negeri, karnival kerjaya, jualan dan pameran agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan swasta.
Turut menyerikan sambutan HBN 2024 adalah penganjuran Kebara RIUH@HBN 2024 dengan kerjasama Kementerian Komunikasi.
Dalam pada itu, bacaan Ikrar Belia Malaysia juga bakal diadakan di seluruh institusi pendidikan di bawah pentadbiran masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!