Pasangan yang baru berumah tangga pasti melalui fasa-fasa ‘sesak’ di awal perkahwinan mereka.
Orang kata masalah duit ni boleh bawa gaduh. So, untuk tidak mengundang masalah di kemudian hari, korang boleh rancang cara simpan duit yang ekstrem ni dengan pasangan masing-masing.
Memang berkesan sebab seorang pengguna Facebook, Hafizul Hakim dah pun lakukan tip ini bersama pasangannya.
Jom try!
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong
Ads
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil
3. Katakan suami pilih nombor ganjil, maka isteri dapat nombor genap la
Pada 1hb setiap bulan, korang masukkan RM1 dalam balang dan tanda tick pada kalendar bertarikh 1hb.
Ads
Esok harinya pada 2hb, pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick kan pada 2hb pada kalendar.
Kalau korang nak buat bersama adik beradik atau ahli keluarga yang lain pun boleh. Akhir bulan, bahagikan la duit tersebut mengikut kutipan wang harian yang korang sumbangkan.
At least, cara ni dapat la juga korang menyimpan. Tak ada la tiba-tiba tak tahu duit tu habis ke mana kan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Doyoung daripada kumpulan popular K-Pop, NCT, sekali lagi menyentuh hati para peminat apabila membuktikan keprihatinannya terhadap isu kebajikan dengan menyumbangkan dana berjumlah 100 juta Korea Won bagi menyokong golongan belia Korea Selatan yang sedang membuat persiapan untuk hidup berdikari. Sumbangan tersebut telah disalurkan melalui World Vision, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang aktif dalam bidang bantuan dan pembangunan.
Menurut World Vision dalam satu kenyataan, sumbangan itu bertujuan membantu golongan muda yang keluar daripada sistem perlindungan dan masih memerlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan secara berdikari. Keputusan Doyoung atau nama sebenarnya Kim Doyoung (30) ini dibuat berlandaskan empati terhadap cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan belia selepas perlindungan undang-undang mereka tamat.
Pada masa yang sama, dana berkenaan akan digunakan dengan kerjasama 13 agensi sokongan berdikari di seluruh negara bagi membantu seramai 21 orang belia yang memerlukan. Antara bentuk bantuan yang disediakan termasuk kos perumahan dan perbelanjaan kecemasan sara hidup bagi memastikan mereka dapat mengekalkan kehidupan harian yang stabil.
Sementara itu, Doyoung turut meluahkan harapannya agar sumbangan tersebut dapat memberi makna kepada mereka yang sedang berusaha membina masa depan.
“Saya mahu menjadi sedikit bantuan kepada setiap orang yang mempunyai impian,” katanya.
“Saya juga akan sentiasa terus bermimpi tanpa henti, sekarang dan selamanya,” jelasnya ringkas mencerminkan prinsip hidup dan semangat positif yang sentiasa dipegang oleh beliau.
Lebih menarik lagi, sumbangan ini dibuat ketika Doyoung yang kini sedang menjalani perkhidmatan latihan wajib ketenteraan. Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Korea, Cho Myung Hwan juga menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu isyarat keikhlasan yang amat dihargai.
“Walaupun sedang berkhidmat dalam tentera, Doyoung tetap menyampaikan perasaan ikhlasnya kepada kami melalui sumbangan ini. Kami amat berterima kasih atas sokongan tulus beliau,” kata Cho.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Doyoung tampil menghulurkan bantuan. Pada Oktober lalu, beliau turut menyumbangkan 100 juta Korea Won kepada World Vision bagi menyokong pembinaan sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Kampung Bugondo, Uganda, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai selebriti yang konsisten dalam kerja-kerja kemanusiaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 March bukan sehaja Hari Wanita Sedunia namun merupakan minggu Kesedaran Garam Sedunia juga.
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian kaum budaya dan makanan yang sedap-sedap. Jadi bahan perisa tu memang makanan kita kan. Tak cukup masin? Tambah garam. Tak cukup lagi?? Tambah aje. Sampai satu tahap makanan tu dah tak rasa seperti yang sepatutnya dek sebab letak garam banyak sangat.
Sumber Gambar : Pexels
Bersempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang disambut hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru agar rakyat Malaysia mengambil beberapa langkah mudah bagi mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan harian. Antaranya :
Kenali nama lain bagi garam dalam makanan, seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate dan Monosodium Glutamate, membaca label dan bandingkan maklumat kandungan natrium sebelum membeli makanan.
Hadkan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu teh sehari, termasuk garam beriodin bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan strok
Garam dalam masakan tu boleh, tapi berpada-pada. Lebih garam boleh menyebabkan macam-macam jenis penyakit. Nak tahu?
1. Penyakit jantung
Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir dua per tiga daripada seluruh kes strok dan separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.
2. Penyakit ginjal
Sama seperti penyakit jantung, penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.
Penyakit ginjal dan hipertensi berhubung kait dengan kitaran yang berkesinambungan. Ia kerana, ginjal berperanan dalam metabolisme garam di tubuh.
Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam di tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul di tubuh, dan menyebabkan naiknya tekanan darah.
Sumber : Pexels
3. Osteoporosis
Jumlah kalsium yang keluar melalui urin akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam di tubuh. Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.
Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.
4. Kanser
Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser perut.
5. Hipernatremia
Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. Penyakit ini merupakan gangguan akut yang terjadi saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.
Akibatnya, pengumpulan garam berlaku. Saat sodium di darah mengumpul, akan terjadi gangguan metabolisme di tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul di organ tubuh, termasuk otak. Hal ini bisa menyebabkan kejang, koma, bahkan membawa maut.
6. Gangguan saraf
Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.
Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf tetap normal. Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu. Hal sama dengan fungsi saraf, yang juga akan mengalami gangguan.
Untuk info, dengan tema ‘Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi’ Minggu Kesedaran Garam Sedunia di Malaysia berlangsung dari 8 hingga 14 Mac.
Sumber : Astro Awani, Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa, yang sekali lagi tampil membantu mengumpul dana bagi menampung kos rawatan perubatan anaknya yang kini disahkan menghidap kanser tulang.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Amyza mengakui sukar untuk mengungkapkan kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan penghargaan terhadap usaha murni usahawan itu bersama pasukannya.
“Saya tak tahu apa kata-kata nak saya ucapkan kepada insan yang bernama Dato Alha Alfa. Ini kali kedua beliau membuat jualan untuk membantu urusan perubatan anak saya.
“Kesungguhan beliau untuk membantu anak saya, dengan membuat jualan untuk mengumpul dana perubatan dan memastikan anak saya mendapat rawatan yang terbaik,” tulis Amyza.
Amyza turut berkongsi bahawa kesungguhan dalam menganjurkan jualan khas bagi mengumpul dana amat menyentuh hatinya. Dia tidak lupa mendoakan kesejahteraan buat usahawan berkenaan serta seluruh pasukannya sebagai tanda penghargaan.
“Allah… Dato, hanya doa dalam hati saya ini untuk dato dan team. Doa yang tak terluah dengan kata-kata untuk saya tulis,” luahnya lagi.
Sebelum ini, usahawan kosmetik itu telah menyampaikan amanah sebanyak RM20,000 bagi membantu kos rawatan anak kedua Amyza, Adrian Adam, yang sedang berjuang melawan kanser tulang.
Difahamkan, sumbangan itu diperoleh daripada hasil jualan set produk khas yang dikeluarkan untuk meringankan beban pelakon terbabit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!