Sekiranya tahun lalu pelakon Willy Wonka, Timothée Chalamet mengejutkan ramai peminat apabila memperkenalkan kekasihnya, Kylie Jenner di acara Golden Globes Awards 2024 sebagai peneman.
Tahun ini, ramai pula peminat yang terkejut apabila mendapati hubungan mereka berjaya bertahan lebih dari setahun apabila Timothée sekali lagi ditemani Kylie di acara tersebut pagi ini.
Golden Globes 2024Golden Globes 2025
Timothée yang dicalonkan untuk kategori lakonannya sebagai Bob Dylan dalam filem biopik muzikal, A Complete Unknown dilihat meluangkan masa di mejanya bersama Kylie tanpa menghiraukan pandangan orang di sekeliling.
Meski hubungan mereka sering dipandang serong oleh kelompok haters Kylie yang merasakan mereka tidak sepadan, Timothée tidak menjadikan negativiti tersebut sebagai ‘kudis’ dalam perhubungan mereka.
Kylie, bagaimanapun dipercayai lebih sedar dengan pandangan warganet dan sekali lagi (seperti tahun lalu) memilih untuk tidak berjalan di karpet merah bagi mengelak pertanyaan wartawan mengenai hubungan mereka.
Ads
Timothée ketika di karpet merah Golden Globes 2025.Turut duduk di meja sama ialah pelakon A Complete Unknown, Elle Fanning dan Monica Barbaro.
Baru-baru ini, warganet hangat membincangkan spekulasi kononnya mereka berdua telahpun mengikat tali pertunangan. Tidak lekang juga gosip mengenai status Kylie yang katanya sudah berbadan dua.
Biarpun dihambat perkhabaran liar sedemikian, baik Timothée mahupun Kylie menutup mulut daripada menceritakan secara terperinci mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi mereka.
Sebaliknya, senyuman pada wajah mereka ketika kamera membidik kelibat masing-masing di acara Golden Globes 2025 menceritakan betapa mereka gembira apabila dapat bersama secara terbuka.
Suratan rezeki, jodoh dan ajal maut itu adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
Kita hanya boleh merancang, akhirnya hanya Tuhan yang akan menentukannya.
Ada di antara kita yang selalu terfikirkan soal jodoh yang tidak jua berkunjung tiba. Lagi fikir, lagilah pening!
Seharusnya, kita perbanyakkan doa kepada Allah dan yakin bahawa jodoh yang bakal tiba nanti adalah individu yang terbaik untuk kita.
Bagi lapan orang personaliti tempatan popular ini, rezeki mereka untuk mengikat pertalian cinta dengan jodoh masing-masing telahpun tertulis rapi. Kesemuanya memilih tahun 2021 untuk bergelar suami dan isteri kepada pasangan masing-masing.
Antara insan paling gembira buat masa ini tentunya ialah pelakon dan penyanyi dari Singapura, Hannah Delisha.
Sama comel sama padan, Hannah memilih pelakon Imam Shah dan melangsungkan acara akad nikah di Singapura pada 18 Februari lalu. Pasangan itu telah menjalin cinta selama lima tahun, namun Hannah memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi kepada umum.
“Bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kongsi kepada orang lain. Dahulukan yang wajib, itulah yang utama. Kami telah saling berkenalan sejak drama bersiri Faculty 5 tahun lepas. Imam yang saya kenali ialah seorang yang penyabar, penyayang dan kelakar.”
Jika Hannah merupakan selebriti ‘latest’ untuk bergelar isteri, Ayda Jebat pula ialah selebriti pertama yang bergelar isteri pada tahun ini. Ayda, 29 dan suaminya, Nabir Mahir, 33 telah memilih tarikh 1 Januari 2021 untuk melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.
“Syukur majlis pernikahan kami berjalan lancar walaupun berada dalam norma baharu. Kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Jujurnya, kami sudah lama impikan saat ini dan sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insyaAllah,” kata penyanyi Parah itu.
Tanggapan lelaki muda itu tidak matang untuk melalui fasa perkahwinan ternyata tidak benar setelah pelakon berbakat, Nafiz Muaz, 22 menamatkan zaman bujang pada 2 Januari lalu.
Pelakon kelahiran Sungai Petani itu dan pasangannya, Diyana Omar, 29 telah merancang untuk bernikah pada Ogos 2020. Namun atas kekangan pandemik, mereka menundanya ke tarikh baharu ini.
“Diyana memahami saya dan kami terbuka dalam banyak perkara. InsyaAllah, kami akan layari perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab.”
Setelah 4 tahun 15 hari menyulam rasa cinta, akhirnya Akhmal Nazri yang popular dengan karakter Jibam dalam program bersiri Oh My English! melangsungkan perkahwinannya dengan peserta Akademi Fantasia 2015, Allyssa Joanne.
Terlebih dahulu, Akhmal melamar sewaktu mereka berkunjung ke kampung halaman Lisa di Bintulu Sarawak pada tahun lalu.
Hanya bersaksikan 14 orang, perkahwinan penyanyi dan pelakon, Harris Alif, 22 bersama Intan Ladyana, 38 telah mendapat perhatian ramai peminat dan media dek kerana perbezaan usia mereka. Namun, Harris diakui matang untuk memimpin hubungan tersebut setelah mereka selamat diijab kabulkan pada 5 Februari lepas.
Menariknya, Harris dan Intan telah menerima tajaan lumayan hingga bernilai RM13.5 juta daripada pihak penaja. Ramai menyukai pasangan ini hinggakan Intan mencapai sejuta pengikut di Instagram, baru-baru ini.
Hanya sekadar merancang majlis resepsi dan baju perkahwinannya tiga hari sebelum tarikh akad nikah, Alicia Amin dan pasangan pilihannya, Dr Farzan mengejutkan ramai pihak pada 14 Februari lalu.
Alicia dalam sesi Instagram Live baru-baru ini telah mendedahkan bahawa mereka memilih untuk mengadakan majlis ringkas di masjid saja. Namun, ibunya meminta agar resepsi kecil-kecilan diadakan di rumah untuk sesi bertukar cincin dan mengambil foto.
Comel sangat! Personaliti media sosial, Tahanee Shauki telah melangsungkan sesi akad nikah pada minggu lalu bersama pasangannya, Luqman Rosli.
Seperti biasa, acara perkahwinan pada musim pandemik ini terpaksa diadakan di rumah. Namun itu tidak bermakna Tahanee tidak boleh memotretkan momen indah dan dia memilih untuk menyarungkan busana Zaimi Zulkafli.
Kata-kata personaliti media sosial, Megat Adli cukup masin! Bermula sekadar jenaka ingin mengahwini teman wanitanya jikalau arahan PKP sekali lagi diadakan di Malaysia, kini dia selamat bergelar suami.
Ciapan yang pernah dimuat naik olehnya pada 27 September tahun lalu itu ‘terpaksa’ dimahkotakan apabila Malaysia kembali diletakkan di bawah arahan PKP. Pasangan ini memilih tarikh 18 Februari lalu untuk mengijab kabul setelah terpaksa menunda dari tarikh asal (Januari 2021) kerana kekangan PKP.
*
Tahniah kami ucapkan kepada semua pasangan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkawan biar seribu, musuh biarlah… errr jangan ada musuh ya bahaya. Hehe.
Dalam kehidupan ini terutama bagi kamu sebagai seorang remaja pastinya akan dikelilingi dengan pelbagai jenis kawa, Selain ahli keluarga sendiri, merekalah insan-insan yang cukup penting dalam hidup kita.
Malah pada usia remaja inilah sebenarnya kamu lebih banyak luangkan masa dengan kawan berbanding keluarga sendiri. Bayangkan sehari sudah berapa jam kamu di sekolah atau kuliah? Dan menariknya, tanpa mereka maka sunyilah hidup tanpa sebarang ‘warna’ untuk menceriakan hari-hari kita. Tapi dalam memilih kawan kita haruslah pandai kerana tidak semua orang yang kita boleh buat kawan.
Kali ini Remaja ingin kongsikan beberapa jenis perangai orang yang kamu perlu jauhi apatah lagi dibuat kawan!
Sikap Talam Dua Muka
Ini jenis orang yang sangat patut kita jauhi apatah lagi untuk dijadikan sebagai kawan rapat. Tapi agak sukar untuk kita tahu bagaimana seseorang itu boleh jadi talam dua muka; depan kita burukkan orang lain dengan orang lain dia burukkan kita pula. Satu petanda lagi mereka cukup pandai berlakon dan sangat ‘murah’ air mata.
Hak Kita Hak Dia, Hak Dia Hak Dia
Dalam berkawan memang kadangkala kita tak boleh berkira apatah lagi bila melibatkan makanan. Namun dalam kebaikan kita berkawan mesti ada seorang yang suka amb il kesempatan. Bila tiba masa nak bayar ada saja alasan. Dompet tetinggal, tak ada duit kecil dan lupa pergi bank. Itu biasa sangat kita dengar.
On The Way
Orang yang tidak menepati janji adalah orang yang sukar untuk kita percaya. Memang kalau berjanji nak jumpa tapi datang lambat itu perkara kecil sahaja tapi percayalah jika itulah attitude dia sepanjang masa, memang sukar nak harapkan dia. Dalam berkawan menepati janji adalah perkara yang sangat penting. Jika tak nobody going to take you seriously. Percayalah!
Bila Susah Baru Muncul
Pernah tak korang berdepan dengan situasi di mana seorang kawan yang sudah bertahun tak berhubung tiba-tiba tiasa angin bayu bagai telefon. Katanya nak jumpa sebab rindu dah lama tak jumpa. Itu merupakan petanda pertama korang harus berjaga-jaga. Dan bila berjumpa rupanya dia nak pinjam duit. Bukanlah tak nak bagi tapi kenapa selama ini langsung tiada khabar berita waima di Facebook.
Perangai Batu Api
Ini kalau dalam bahasa kasarnya bolehlah kita gelar sebagai ‘makhluk perosak’. Perangai batu api ini sebenarnya lebih kurang sahaja dengan ‘talam dua muka’ cuma bezanya dia lebih bahaya. Perangai psiko mereka ini tak boleh nampak orang lain senang. Ada sahaja cara dia untuk melaga-lagakan orang sehingga bermusuhan. Sebab itulah bila mendengar khabar angin kita patut check fakta itu dari kedua belah pihak. Jika hanya gosip murahan, jangan libatkan diri. Itu lebih baik.
6. Tak Pandai Hormat Privasi
Setiap orang ada limitasi mereka sendiri bila melibatkan perkara-perkara privasi. Namun ada setengah orang yang tidak faham atau memang sengaja buat tak faham akan sensitiviti orang lain. Contohnya jenis yang datang lepak rumah kawan hingga lewat malam. Lebih parah lagi habis satu rumah ‘diterokainya’. Kadangkala mereka ini juga tanpa segan silu membaca mesej-mesej peribadi kita di telefon bimbit.
Cakap Besar
Walau apa jua sekalipun dia memang tak boleh kalah. Kalau kita beli telefon baru, minggu depan mesti dia akan beli juga sama ada yang sama atau lebih hebat. Walhal kita tak pernah pun berasa nak bersaing. Mereka juga jenis suka memotong percakapan orang lain kerana nak tunjuk yang dia lebih tahu. Jenis ini bukan sahaja cakap besar tapi sangat annoying!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Riena Diana mengaku kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama aktor terkenal, Keith Foo.
Menerusi laporan portal tempatan, hubungan istimewa mereka mula berputik sejak mereka terbabit dalam penggambaran naskhah bersiri Salju Rindu yang bersiaran di TV3.
“Sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami,” ujarnya lagi.
Pasangan ini difahamkan baru sahaja mengenali hati budi masing-masing dan mereka enggan terlalu memikirkan hala tuju hubungan tersebut.
Pada masa sama, Keith memaklumkan bahawa Riena mempunyai ciri-ciri wanita idaman yang diimpikan dan wanita itu mempunyai banyak persamaan dengannya.
Kata aktor berusia 41 tahun itu, hubungan cinta mereka sebenarnya berputik tanpa sengaja. Riena membuktikan dirinya masin ada ruang untuk jatuh cinta semula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.