Sumber Foto: Fillea Studio & Instagram @intanladyana

Setelah kisah percintaan mereka bermula kira-kira setahun yang lalu, penyanyi dan hos, Harris Alif, 22 tidak menunggu masa yang lama untuk memperisterikan pelakon dan penerbit, Intan Ladyana, 38 secara sah pada hari ini.

Bertempat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada jam 10 pagi tadi, Harris sah bergelar suami kepada Intan di hadapan Penolong Pengarah JAWI, Ustaz Muhammad Azlan Marukum dan wakil wali dengan hanya sekali lafaz saja.

Ambil Barakah Hari Jumaat, Harris Alif & Intan Ladyana Selamat Diijab Kabul

Ambil Barakah Hari Jumaat, Harris Alif & Intan Ladyana Selamat Diijab Kabul
Sumber Foto: Fillea Studio & Instagram @intanladyana

Majlis yang dilangsungkan penuh tertib dan ringkas itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Ia diikuti dengan barangan hantaran sebanyak tujuh dulang dari pihak Harris dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran dari pihak Intan. Bagaimanapun, kesemua dulang hantaran itu tidak dibawa bersama demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

IKLAN

Perkhabaran gembira ini telah dikongsi oleh para peminat mereka berdua yang teruja emlihat pasangan itu menyarungkan busana rekaan Hatta Dolmat dan Epul Sentravision. Manakala solekan dan dandanan kedua mempelai disudahkan oleh Ian Sham dan Aqmal Adly.

Ambil Barakah Hari Jumaat, Harris Alif & Intan Ladyana Selamat Diijab Kabul

Ambil Barakah Hari Jumaat, Harris Alif & Intan Ladyana Selamat Diijab Kabul

IKLAN

Terdahulu pada 5 Januari lalu, Harris dan Intan telahpun mengumumkan perancangan mereka untuk bernikah menerusia satu sidang media yang diilakukan secara langsung menerusi YouTube Harris.

ARTIKEL BERKAITANDitaja RM13.5 Juta, Harris Alif Umum Bakal Nikahi Intan Ladyana – REMAJA

IKLAN

Mereka turut berkongsi khabar gembira di mana majlis pernikahan dan resepsi mereka mendapat tajaan sehingga bernilai RM13.5 juta. Disebabkan oleh musim PKP yang sedang berlangsung sekarang di seluruh negara kecuali negeri Sarawak sehingga 18 Februari ini, perancangan tersebut dijangka terpaksa ditunda ke satu tarikh berlainan demi berkongsi momen bahagia ini bersama ahli keluarga dan rakan mereka.

Di antara rakan selebriti yang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Harris dan Intan sebentar tadi termasuklah Tomok, Hanna Aqeela, Liyana Jasmay dan Lisa Surihani.

Jom tonton video pre wedding mereka yang dimuat naik oleh Harris semalam.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI