Jam tangan merupakan satu keperluan, tidak kira siapapun anda. Dari seorang pelajar hinggalah seorang doktor, saintis ataupun kontraktor, jam tangan diperlukan sejak dahulu kala untuk menentukan ketepatan masa.
Baru-baru ini, jenama Time Zone di bawah kelolaan kumpulan Habib memperkenalkan rangkaian jam tangan terbaru yang memang BERSTAIL!
Jam tangan Timex bekerjasama dengan siri popular, The Stranger Things. Kolabrasi dengan Netflix ini menghasilkan rekaan menggabungkan getaran digital retro 80-an dengan bakat moden untuk peminat jam tangan. Timex melancarkan 3 koleksi jam tangan dengan tema sci-fi Stranger Things. Jam tangan ini dikeluarkan bertepatan dengan keluaran Stranger Things Musim 4.
REMAJA berpeluang untuk melihat sendiri rekaan yang disediakan bagi pasaran Malaysia oleh pihak Time Zone. Jom lihat koleksi apa ada untuk kita semua.
Timex X Stranger Things
Ads
Siri Stranger Things membawakan tema seram berlatarkan era 80-an. Gaya retro klasik dilihat dalam setiap penampilan pelakon. Selaras dengan tema tersebut, jenama Timex juga telah menyelaraskan produk jam tangannya untuk kerjasama ini.
Jam Tangan Timex x Stranger Things mempunyai 3 koleksi dengan model yang berbeza. Timex mengambil model jam tangan paling ikonik tahun 80-an untuk kerjasama ini, iaitu Timex T80, Atlantis dan Camper. Dengan penambahan elemen baharu dan reka bentuk ala Stranger Things, jam tangan Timex edisi ini boleh menjadi barang koleksi yang menarik untuk peminat filem dan jam tangan.
Selain itu, Timex Group, peneraju dalam pembuatan jam turut mengumumkan kerjasamanya dengan beberapa jenama terkenal antaranya Coca-cola, Peanut dan banyak lagi.
Untuk info korang, kesemua koleksi edisi terhad Timex ini kini boleh didapati di The Watch Library @ Vernakular Store, Bangsar. Harga pada harga runcit RM439-599.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkongsian yang mendapat lebih daripada 1000 ribu share di pageIIUM Confessions mengenai cara nak cerahkan ketiak yang gelap dan hitam menarik minat kami untuk berkongsi kepada korang semua.
Seorang wanita yang menggelarkan dirinya dengan nama samaran ‘Si Cantik Hitam Manis’ mengakui bahawa dirinya sejak zaman sekolah sampai dah bekerja, dia tidak pernah ambil kisah tentang masalah bawah lengan atau lebih mudah disebut sebagai ketiak.
Gambar hiasan.
Namun begitu, sejak dua bulan lepas barulah dia perasan warna ketiaknya agak gelap, ditambah pula bila ada rakan-rakan lelaki bertanyakan kepadanya bagaimana cara dia menjaga bahagian bawah lengan supaya tidak hitam.
Jadi, gadis ini berbesar hati ingin berkongsi antara tip yang dilakukan untuk mencerahkan kawasan ketiak yang gelap dan hitam.
1. Setiap hari, dua hari sekali iaitu pagi dan malam, korang boleh try skrub ketiak dengan menggunakan scrub muka St. Ives Apricot. Caranya tak perlu basahkan dengan air. Terus picit skrub tersebut dan sapu pada ketiak.
.
Gosok sampai puas hati tapi jangan kasar sangat sebab kulit bawah lengan ni lembut. Nanti jadi luka dan pedih. Kalau nak puas hati lagi, boleh skrub lagi dengan Bathing Controller yang korang boleh beli di Miniso atau Yubiso.
.
2. Lepas skrub, jangan lupa sapu pelembap yang ada kandungan vitamin E. Boleh juga sapu aloe vera gel untuk membantu proses pencerahan.
3. Setiap hari, korang juga boleh sapu ketiak dengan apple cider yang dah dicampur dengan air bagi membantu proses pencerahan.
4. Cabut bulu ketiak dengan cara waxing. Jangan cukur sebab bercukur boleh menjadikan ketiak korang hitam.
5. Bagi individu yang membuat perkongsian ini, dia mula berhenti memakai deodoran selepas ianya menyebabkan ketiaknya menjadi hitam. Namun, nasib baik badannya jenis tak berbau sangat. Sebagai ganti, dia akan menyapu aloe vera gel dan apple cider.
Bagi kami, ini bergantung kepada keadaan kulit korang. Kalau dah memang jenis badan berbau, habislah jika tak pakai deodoran kan. Hiks! Jadi, pilihan deodoran yang tepat juga memainkan faktor penting bagi menyesuaikan dengan jenis kulit korang.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun baru 2021 mungkin bukanlah tarikh yang ingin diingati oleh penyanyi Entah Apa, Sarah Suhairi.
Ini berikutan jangkitan kuman pada mata sebelah kanan yang terpaksa dihadapi Sarah sehingga memaksanya mendapatkan rawatan pakar.
Akui Sarah, jangkitan tersebut besar kemungkinan berpunca daripada sisa solekan. Ini selepas doktor mendapati kelopak mata kanannya mempunyai kelenjar berminyak tersumbat. Akibatnya, nanah yang berada di dalam kelopak mata itu perlu dibuang.
Selepas seminggu setengah berehat, keadaan mata Sarah kini dikatakan sudah baik sepenuhnya.
Katanya kepada rakan media di Harian Metro, kejadian ini mengajarnya agar lebih berhati-hati apabila mengenakan solekan pada masa akan datang dan tentunya tidak sesekali malas membersihkan solekan.
“Alhamdulillah, mata saya yang mengalami jangkitan kuman dan bernanah sudah okay. Untuk sesiapa yang suka bersolek, bersihkan semua bahagian di muka dengan betul.
“Selain bersolek, punca jangkitan kuman juga boleh didapati dari persekitaran. Jadi sesiapa yang aktif dalam apa saja sukan, pastikan muka dicuci sebersihnya,” pesan Sarah.
Sarah Suhairi dalam paparan Majalah Remaja isu Januari – Mac 2019. FOTO: Ideaktiv, Nana@Azman & Jazlan Nangar.
Untuk pengetahuan, sekiranya korang tidak membersihkan wajah daripada segala solekan pada wajah, liang pori boleh tersumbat dan menjadi punca kepada wajah berjerawat.
Sisa solekan juga memerangkap partikel kotor ke dalam kulit dan mengakibatkan keradangan dan kemerahan pada wajah. Sebab itulah apabila korang melihat wajah di cermin pada keesokan harinya, you are in for a shock!
Menurut pakar yang pernah ditemuramah REMAJA sebelum ini, sekiranya benar seseorang itu letih dan ingin melelapkan mata, paling tidak pun dia perlu menanggalkan solekan pada bahagian mata dan sekitarnya.
Ini kerana bahagian kulit mata kita lebih nipis daripada kertas dan merupakan bahagian kulit ternipis pada wajah. Bersihkan pembayang mata, penggaris mata, maskara dan segala solekan sebelum terlelap.
Jika tidak, itulah punca kepada jangkitan seperti yang dihadapi oleh Sarah Suhairi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini 1 Safar 1439 H. Bagi generasi muda, mereka hanya tahu hari ini bersamaan 23 Oktober 2017. Betulkan!
Mengikut kalendar Islam (Hijrah), Safar adalah bulan kedua selepas bulan Muharam berdasarkan tahun Qamariyah (perkiraan bulan mengelilingi bumi).
Diikuti Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Dizulkaedah dan akhir sekali Dzulhijjah. Bulan yang paling popular dan cukup diingati dalam kalendar Islam pastinya cuma Ramadan dan Syawal kerana selepas berpuasa, kita akan berhari raya.
Kalendar Hijrah terjadi semasa peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke bumi Madinah pada tahun 622 Masihi.
Tapi kita diajar tentang Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember yang dicipta oleh Gaius Julius Caesdar seorang pemimpin tentera dan politikus Romawi pada 45 SM (sumber Wikipedia).
Anak-anak lebih memahami kalendar Masihi berbanding Hijrah – Gambar sumber internet
Sebelum sebutan seperti hari ini, bunyinya adalah seperti berikut yang dipahat pada batu seperti Martius, Aprilis, Maius, Junius, Quintilis, Sextilis, Septalis, Octolis, Novelis, Decemberis sebelum pemimpin Romawi, Numa Numae Pompilus melakukan tranformasi pada kalendar dengan memasukkan bulan Ianuarius dan Februarius. (sumber dari Kaskus.us)
Tu sedikit info tentang kalendar Masihi yang diguna pakai seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Bila sebut bulan Safar, bagi generasi lama khususnya nenek moyang kita yang terdahulu bahkan emak-emak kita yang masih ada hari ini, kebanyakannya pasti tahu tradisi bulan ini. Antara amalan dan tradisi yang pernah mereka lakukan suatu ketika dahulu termasuklah:-
1. Larangan majlis perkahwinan atau pertunangan diadakan
2. Melakukan upacara ritual menolak bala dan buang sial di pantai, sungai atau rumah, orang tua dulu menyebut mandi safar
3. Dilarang memulakan perniagaan di bulan ini
4. Tak boleh bermusafir atau berjalan jauh
5. Menganggap safar adalah bulan Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia
Ternyata amalan Arab Jahilliyah ini telah berjaya dihapuskan dengan kedatangan dan ajaran agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad saw.
Tetapi kenapa orang tua dahulu masih mempercayai amalan ini? Kenapa wujudnya bualan bulan Safar sebagai bulan sial?
Ikuti pandangan dari Ustaz Azhar Tuarno, bekas Imam Masjid Negara dan kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pembangunan Insan dan Inovasi Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri.
Kata Ustaz Azhar, amalan ini masih dipercayai oleh nenek moyang terdahulu tetapi tidak bagi generasi hari ini.
“Amalan masyarakat Arab Jahilyah ini sudah tidak wujud sama sekali. Agama tidak mengajar begitu. Tak ada sialnya tentang sebarang bulan. Semua bulan adalah istimewa,’ katanya ketika dihubungi.
HARAM hukumnya jika tidak mempercayai qada dan qadar – Ustaz Azhar
Tambahnya lagi, dahulu masyarakat memang mempercayai upacara mandi membuang sial di tubuh, tidak boleh berkahwin kerana dikhuatiri akan bercerai dan banyak amalan lain tetapi setiap kejadian yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT,” katanya memberi penjelasan.
Jelas Ustaz Azhar lagi, HARAM hukumnya kalau seorang Islam itu tidak mempercayai qada dan qadar sebaliknya menyalahkan takdir andai sesuatu musibah terjadi kepada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
“Ini yang kita kena jaga baik-baik. Setiap kejadian yang berlaku, tak kira kemalangan, kesakitan, ujian hidup, kesusahan, perceraian dan sebagainya adalah satu bentuk ujian Allah kepada umatNya. Jangan sesekali ada berburuk sangka dengan ujian dari Allah SWT.
“Kita harus berusaha dan tidak terus menyalahi takdir yang terjadi. Kalau mempercayainya juga, hukumnya HARAM,” katanya tegas.
Dalam pada itu, kemodenan hari ini membuatkan generasi muda tidak lagi mempercayai amalan-amalan khurafat yang pernah dilakukan oleh nenek moyang terdahulu dan ia satu yang baik dalam pembentukan akidah.
Mandi di pantai untuk membuang sial di tubuh adalah amalan khurafat suatu ketika dahulu – Gambar sumber internet
“Banyak kisah-kisah terdahulu cuba diceritakan kembali. Kalau baik kita boleh ikuti tetapi kalau ianya bercanggah dengan agama, baik kita tinggalkan,’ katanya menyebut tiada sebarang masalah untuk bernikah di bulan Safar ini.
Dan kalau terjadinya perceraian, ianya bukan soal bulan Safar itu tetapi sikap individu yang menerajui keluarga yakni suami atau isteri,’ katanya yang mahu masyarakat menolak amalan khurafat ini secara terus.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!