Sneakers adalah kasut yang mesti ada dalam rak setiap orang. Kenapa ?
Bukan sahaja ianya sangat selesa, senang bergerak, pelengkap gaya malah sesuai dengan zaman sekarang yang kebanyakan syarikat beri kelonggaran kepada kakitangan untuk tampil dengan gaya pakaian kasual daripada pakaian formal.
Sneakers adalah kasut yang tidak di makan dek zaman cuma corak, bentuk dan gaya sahaja berubah setiap tahun. Oleh itu, ia adalah langkah bijak untuk menyimpan beberapa pilihan sneakers yang pada bila-bila masa akan dipakai semula malah menjadi ikutan masa kini.
Selalu digayakan oleh artis Korea dan turut menjadi inspirasi. Bagi korang yang sedang mencari sneakers baru, ini tengah trending.
Salah satu sneakers yang sedang viral di Korea kini adalah keluaran Nike ini. Khabarnya kasut ini sukar didapati dan harganya berlipat kali ganda. Mempunyai reka bentuk yang sporty dan besar, kasut ini disukai oleh lelaki dan wanita. Salah seorang artis Korea yang mempamerkannya di Instagram ialah Minkyung Davichi.
Sneakers ini juga sukar didapati kerana popularitinya. Selebriti Korea sering mengayakan sneakers ini dengan pakaian kasual untuk kemana sahaja. Gaya stylist terkenal Korea Kim Ji hye ini boleh dijadikan rujukan dalam berfesyen.
Kerjasama antara jenama juga kian menjadi semakin popular. Salah satunya kasut Miu Miu x New Balance. Mempunyai model dan warna yang ringkas, kasut itu sesuai untuk kegunaan harian serta menaik taraf penampilan korang. Yoona SNSD turut memakainya dalam penggambaran baru-baru ini.
Sebagai duta jenama, Jennie Blackpink sering bergaya dengan pelbagai produk Chanel termasuk kasut sukan. Kelihatan kasual dalam sut denim baru-baru ini, Jennie memilih kasut Chanel berbulu untuk melengkapkan gayanya. Kasut itu juga seolah-olah mencuri perhatian.
Sneakers putih adalah item yang mesti ada untuk fesyen. Jika anda mencari reka bentuk yang unik dan feminin, kasut Blackpink Jisoo ini boleh dipertimbangkan.
Satu lagi cadangan kasut putih yang digunakan oleh artis Korea ialah keluaran Celine ini. SNEAKER MID CT-02 DENGAN VELCRO dalam CALFSKIN Optic White/Black dipakai oleh Lisa Blackpink yang terkenal dengan gaya sporty. Reka bentuk dan warna kasut ini cukup ringkas untuk dipakai dan dibawa dimana-mana majlis.
Sneakers bernuansa monokrom lebih mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Tetapi tidak salah untuk memilih warna yang luar biasa. Korang yang sukakan warna feminin boleh pertimbangkan kasut Converse lilac ini. Gaya influencer Onnuk ini boleh jadi rujukan.
Nampak tak dengan hanya menyarung sepasang sneakers, penampilan korang akan terus berubah jadi lebih bergaya. Tak caya? hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anoreksia nervosa atau dikenali juga sebagai gangguan pemakanan merupakan satun ancaman yang telah alam wujud dan mengancam nyawa generasi muda.
Terdapat beberapa sebab dan faktor menyebabkan seseorang itu mengidap anoreksia yang boleh mendatangkan keburukan kesihatan. Secara umumnya, aneroksia nervosa atau aneroksia merupakan sejenis kondisi gangguan pemakanan yang dikarakteristikkan dengan berat badan yang rendah, takut untuk berat badan meningkat dan mempunyai obsesi dan keazaman kuat untuk menjadi sangat kurus.
Kebanyakan pengidap aneroksia biasanya tidak mengaku yang mereka berdepan masalah berat badan terlalu rendah. Malah, selalunya mereka akan makan dalam kuantiti sedikit dan sesetengah makanan sahaja.
Aneroksia yang berasal daripada perkataan Yunani ‘an’ bermaksud tanpa dan ‘orexis’ bermaksud hasrat ini juga boleh menyebabkan kematian jika ia dibiarkan berterusan.
Jika kamu atau ahli keluarga dan rakan-rakan memiliki berat badan yang rendah, sila perhatikan 5 petanda yang Remaja kongsikan di bawah. Jangan biarkan kamu berdepan masalah ini yang boleh mendatangkan keburukan. Masih tidak terlambat untuk kamu mencari jalan penyelesaian.
1. Risau keterlaluan bila berat badan naik walaupun sedikit
Penderita anoreksia biasanya akan menjadi sangat khuatir bila berat mereka bertambah secara tiba-tiba. Walhal kenaikan berat badan itu tidaklah ketara dan langsung tak menggambarkan mereka sudah gemuk. Bahkan berat badan mereka masih di bawah tahap BMI normal. Perkara ini berlaku kerana bagi mereka ada sesuatu yang tidak kena dengan badan mereka. Oh no…
2. Paksa diri untuk muntah
Mungkin sekali imbas ia kelihatan seperti satu lagi simptom yang tidak sihat iaitu bulimia. Ya, simptom orang mengidap anoreksia yang parah boleh menyebabkan mereka berubah kepada aktiviti muntah dengan sengaja sepeti bulimia. Bezanya, pengidap bulimia muntah untuk membuang makanan yang mereka makan dengan kuantiti agak banyak. Berbeza dengan anoreksia yang sedia ada memang sudah tidak cukup makan. Ini lagi parah.
3. Takut jadi gemuk walhal berat badan rendah
Pengidap anoreksia lazimnya memang sangat kurus. Jadi amat menghairankan bila mereka mula bicara tentang fobia berat badan bertambah. Ini berpunca daripada masalah psikologi yang mereka hadapi.
4. Menggunakan ubat tahan nafsu makan
Demi menjaga tubuh badan mereka yang kurus ada sesetengah orang menggunakan ubat-ubatan untuk menahan nafsu makan. Apa yang menyebabkan mereka bertindak begini? Besar kemungkinan pemahaman mereka yang salah tentang kesihatan tubuh yang normal.
5. Perjalanan haid tidak lancar
Salah satu petanda besar pengidap anoreksia bagi golongan wanita iaitu ketidak tentuan kitaran haid. Ada sesetengah kes boleh menyebabkan mereka tidak ‘datang bulan’ untuk tiga tempoh menstruasi.
Aneroksia merupakan simpton yang boleh diubati. Paling penting jika kamu ada salah satu lima perkara di atas janganlah segan atau rasa rendah diri untuk mendapatkan bantuan. Negara kita memiliki ramai pakar-pakar nutrisi dan doktor yang boleh membantu.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang aneroksia, korang boleh layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau boleh terus rujuk di sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekarang musim durian. Banyak post di wall juga bercerita mengenai keenakan raja buah ini. Ada macam-macam jenis malah asal viral mengatakan ada buah murah, berebut orang beratur.
Tapi di sebalik itu, baca pandangan dari Dr. Ezairy M.Sallih ini tentang durian.
Boleh ke makan banyak-banyak, tak takut demam ke? Menurut Dr Ezairy lagi, durian mengandungi kalori yang agak tinggi kalau diambil berlebih-lebihan. Dalam satu biji durian saja mengandungi hampir 1000 ke 2000 kalori, kalau diambil dalam kadar yang normal pun jumlah kalorinya mencecah antara 500-700 kalori.
Apabila sejumlah kalori besar diambil dalam waktu yang singkat, ia akan memberi beban kepada jantung dan menyebabkan jantung kita perlu bekerja lebih kuat, tekanan darah juga boleh meningkat. Sebab itulah bagi individu yang mempunyai darah tinggi, boleh makan durian tetapi berpada-pada.
Keenakan buah durian memang tiada tandingannya kerana rasanya amat luar biasa
Baca juga fakta tentang durian ini. Boleh ke dimakan banyak-banyak?
Pertama, makan durian tak salah. Semua kita boleh dan tak ada masalah nak makan durian. Boleh.
Anak-anak kecil selalu merengek nak durian, si ibu selalu pesan tak boleh makan banyak, nanti badan panas. Demam susah. Betul ke?
Di musim-musim buah-buahan tempatan ini adalah satu kerugian jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak menggunakan peluangnya. Maka itu, makanlah selagi mampu.
Persoalannya, sebanyak mana dan benarkah ia boleh mengundang pelbagai penyakit? Jangan disalahkan pengambilan durian. Ia tak pernah salah.
Setiap makanan yang kita ambil perlu berkadaran dan tidak berlebih lebihan.
Lebih baik kan jika kita sahut seruan nabi, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kalau tak mampu, apabila rasa kenyang saja, berhenti. Mudah kan?
Makan durian pun sama, makan ikut kadaran biasa. Kalau seorang boleh makan sampai sepuluh biji itu mungkin lain cerita. Ia sangat luar biasa. Cukuplah sekadar makan, bukan berlebih lebihan. Apa pun makanan tak elok jika diambil berlebihan dari kadaran normal.
Ramai masyarakat kita dimomokkan dengan pantang larang yang tidak sepatutnya. Tak boleh itu, tak boleh ini. Masalahnya bukan dilarang tapi berpada-pada.
.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu Ukraine dan Rusia masih lagi berada dalam kancah peperangan, pergolakan yang terjadi di antara kedua-dua buah negara eropah ini menjadi perhatian perhatian dunia.
Walaupun kerajaan dua negara ini memiliki agenda tersendiri, namun walau apapun tujuannya insan yang paling terkesan semestinya rakyat. Sektor ekonomi menjadi lumpuh dengan segala kekacauan yang berlaku.
Namun begitu, peperangan tidak menghalang organisasi Miss Ukraine Universe melantik wakil negara yang baharu untuk ke pentas Miss Universe. Tidak mengadakan pertandingan seperti tahun sebelum ini, sebaliknya mereka sebulat suara membuat pemilihan secara dalaman bagi memilih wakil terbaharu.
Sehubungan itu, Viktoria Apanasenko yang merupakan naib juara Miss Ukraine Universe 2021 telah dilantik sebagai Miss Ukraine Universe 2022. Wanita berusia 28 tahun ini merupakan seorang pergawati dan juga sukarelawan, bukan sekadar cantik, dia memiliki ijazah dalam bidang kerja sosial daripada Fakulti Psikologi di Taras Shevchenko National University of Kyiv.
Sepanjang perang yang berlaku di negaranya, dia mengambil inisiatif untuk memulakan kempen bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan dan juga bekerjasama untuk membekalkan makanan kepada tentera Ukraine.
Menerima berita yang dia dilantik sebagai Miss Ukraine Universe yang baharu ketika sedang melakukan aktiviti kesukarelawanan, Viktoria berkongsi rasa di media sosial. Ujarnya, “Ini merupakan impian saya sejak kanak-kanak. Mungkin untuk pertama kalinya selama ini, saya menangis kegembiraan.
“Sepanjang melakukan kerja sebagai sukarelawan, melihat ke dalam mata rakyat Ukraine, saya nampak kekuatan yang mengagumkan. Perkara ini memotivasikan saya untuk berjuang di pentas Miss Universe.”
Menerusi penyertaannya di dalam pertandingan ini, oragnisasi Miss Ukraine Universe berharap agar membuka mata dunia mengenai konflik yang sedang berlaku di negara itu sekaligus membuka ruang untuk mereka meraih lebih banyak bantuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Parasocial dipilih sebagai Perkataan Tahunan 2025 oleh Kamus Cambridge. Ketahui maksud parasocial, sejarah istilah ini dan bagaimana fenomena parasocial mempengaruhi emosi serta identiti remaja hari ini.