Sneakers adalah kasut yang mesti ada dalam rak setiap orang. Kenapa ?
Bukan sahaja ianya sangat selesa, senang bergerak, pelengkap gaya malah sesuai dengan zaman sekarang yang kebanyakan syarikat beri kelonggaran kepada kakitangan untuk tampil dengan gaya pakaian kasual daripada pakaian formal.
Sneakers adalah kasut yang tidak di makan dek zaman cuma corak, bentuk dan gaya sahaja berubah setiap tahun. Oleh itu, ia adalah langkah bijak untuk menyimpan beberapa pilihan sneakers yang pada bila-bila masa akan dipakai semula malah menjadi ikutan masa kini.
Selalu digayakan oleh artis Korea dan turut menjadi inspirasi. Bagi korang yang sedang mencari sneakers baru, ini tengah trending.
Salah satu sneakers yang sedang viral di Korea kini adalah keluaran Nike ini. Khabarnya kasut ini sukar didapati dan harganya berlipat kali ganda. Mempunyai reka bentuk yang sporty dan besar, kasut ini disukai oleh lelaki dan wanita. Salah seorang artis Korea yang mempamerkannya di Instagram ialah Minkyung Davichi.
Sneakers ini juga sukar didapati kerana popularitinya. Selebriti Korea sering mengayakan sneakers ini dengan pakaian kasual untuk kemana sahaja. Gaya stylist terkenal Korea Kim Ji hye ini boleh dijadikan rujukan dalam berfesyen.
Kerjasama antara jenama juga kian menjadi semakin popular. Salah satunya kasut Miu Miu x New Balance. Mempunyai model dan warna yang ringkas, kasut itu sesuai untuk kegunaan harian serta menaik taraf penampilan korang. Yoona SNSD turut memakainya dalam penggambaran baru-baru ini.
Sebagai duta jenama, Jennie Blackpink sering bergaya dengan pelbagai produk Chanel termasuk kasut sukan. Kelihatan kasual dalam sut denim baru-baru ini, Jennie memilih kasut Chanel berbulu untuk melengkapkan gayanya. Kasut itu juga seolah-olah mencuri perhatian.
Sneakers putih adalah item yang mesti ada untuk fesyen. Jika anda mencari reka bentuk yang unik dan feminin, kasut Blackpink Jisoo ini boleh dipertimbangkan.
Satu lagi cadangan kasut putih yang digunakan oleh artis Korea ialah keluaran Celine ini. SNEAKER MID CT-02 DENGAN VELCRO dalam CALFSKIN Optic White/Black dipakai oleh Lisa Blackpink yang terkenal dengan gaya sporty. Reka bentuk dan warna kasut ini cukup ringkas untuk dipakai dan dibawa dimana-mana majlis.
Sneakers bernuansa monokrom lebih mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Tetapi tidak salah untuk memilih warna yang luar biasa. Korang yang sukakan warna feminin boleh pertimbangkan kasut Converse lilac ini. Gaya influencer Onnuk ini boleh jadi rujukan.
Nampak tak dengan hanya menyarung sepasang sneakers, penampilan korang akan terus berubah jadi lebih bergaya. Tak caya? hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah jerawat bukan saja menjadi mimpi buruk buat golongan wanita, malah lelaki pun boleh jadi stres kalau satu muka penuh ditumbuhi jerawat. Jadi, apa yang boleh kita buat? Ikhtiar.
Macam mana nak buat?
Ini adalah antara salah satu kaedah yang dikongsi oleh Nauf Safuan untuk kecutkan jerawat dengan hanya menggunakan toner timun.
Toner timun mampu mengelakkan jerawat merebak di bahagian muka dan jika dipakai pada waktu malam, keesokan paginya insyaAllah jerawat tersebut segera mengecut.
Bagi mereka yang mempunyai masalah pori besar, toner ini membantu untuk mengecilkan pori dengan penggunaan secara konsisten. Untuk kulit berminyak pula, boleh perahkan sedikit lemon dan lemon tersebut akan menyerap minyak pada wajah.
Berikut merupakan bahan dan cara penyediaan toner timun yang boleh korang buat sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
½ timun
½ lemon
Penapis air
Penyagat
Cara penyediaan:
1. Sagat timun dan asingkan air timun tersebut dengan hampasnya.
2. Ambil air timun, campurkan dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak saja. Kalau tak berminyak, tak perlu guna lemon.
3. Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ini boleh bertahan sehingga dua minggu kalau simpan di dalam peti ais.
4. Pakai sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada sebelah malam sebelum tidur.
Lakukan secara konsisten, insyaAllah selepas ini tak perlu lagi risau tentang masalah kulit berjerawat.
Selamat mencuba guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-pop benar-benar menguasai trend fesyen dunia!
Pengaruh kumpulan K-pop sensasi, Blackpink semakin berkembang pada tahun ini menerusi kempen-kempen fesyen serta jenama kecantikan. Siapa sangka, daripada sekadar menjadi artis hiburan K-pop, setiap ahli Blackpink telahpun dilamar sebagai wajah ataupun duta jenama besar dunia.
Pada hemat penulis, ini merupakan strategi yang bijak memandangkan setiap kali berlangsungnya pertunjukan fesyen di Eropah, merekalah punca utama acara tersebut trending di media sosial. Semuanya disebabkan pengaruh mereka.
Sebelum ini, jenama kecantikan popular M.A.C mengumumkan Lalisa Manobal ataupun Lisa Blackpink sebagai duta jenama mereka bermula Oktober tahun lalu.
Kata Lisa, dia merupakan peminat besar M.A.C selama ini. “Saya suka bagaimana M.A.C kini lebih daripada sekadar jenama solekan, ia membolehkan penggunanya seperti saya mengekspresikan diri sendiri. Ini membuatkan saya lebih yakin di atas pentas,” katanya.
*
Kini, seorang lagi ahli Blackpink yang dilamar oleh jenama terkenal iaitu Tiffany & Co sebagai dita barangan kemas mereka.
“Saya sangat teruja untuk akhirnya mengumumkan bahawa saya telah ‘menyertai’ famili Tiffany & Co dengan koleksi HardWear mereka. Saya berbangga dapat mewakili jenama barangan kemas ikonik ini. Ia ada impian yang menjadi kenyataan,” katanya menerusi hantaran di Instagram semalam.
Lebih menarik apabila kumpulan BTS hari ini telah dinamakan sebagai duta baharu untuk jenama terkenal, Louis Vuitton. Berita itu telah dimumkan oleh Pengarah Seni koleksi lelaki Louis Vuitton, Virgil Abloh pada hari ini.
“Saya tidak sabar untuk kolaborasi bersama BTS ini yang akan menggabungkan elemen mewah dan budaya kontemporari. Ia adalah fasa baharu dalam Louis Vuitton.”
Selain Rosé dan BTS, ini merupakan beberapa lagi selebriti K-pop yang turut dilamar menjadi duta jenama fesyen terkenal di seluruh dunia. Jom lihat senarainya.
Lisa
CELINE
Lisa
BVLGARI
Jisoo
DIOR
Jennie
CHANEL
Kai
GUCCI
Baekhyun
BURBERRY
Sehun
ZEGNA
Suho
BOTTEGA VENETA
Chanyeol
PRADA
Jackson GOT7
CARTIER
*
Selain artis K-pop ini, pelakon K-Drama juga merupakan pilihan popular jenama antarabangsa.
Antara yang terpilih termasuklah Park Seo Joon (MONTBLANC), Yoo Ah In (BURBERRY), Song Hye-kyo (BOTTEGA VENETA), Jun Ji-hyun (Alexander McQueen) dan Park Min-young (TOD’s).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita semua tahu rakyat Malaysia sememangnya kreatif belaka dan memiliki idea-idea baru untuk dikeutarakan setiap hari.
Tak percaya? Layari sahaja ke platform TikTok dan kami jamin, korang pasti dapat mencari video-video yang menampilkan kreativiti warga tempatan. There is – just – too many of them.
Bagaimanapun, ciptaan baharu yang satu ini memang lain daripada yang lain.
Jenama minuman air pilihan ramai, Spritzer dengan kerjasamanya dengan jenama hijab popular, TudungPeople telahpun memperkenalkan koleksi selendang dengan paten flora edisi terhad daripada botol plastik – yes – yang dikitar semula.
Percaya atau tidak, setiap selendang yang telah tersedia sejak 24 Mei 2023 ini menggunakan lapan botol plastik yang dikitar semula untuk menghasilkan material fabriknya.
Selain selendang, Spritzer dan TudungPeople juga turut menghasilkan pengikat rambut ‘scrunchie’ daripada bahan kitar semula sama.
Sekali imbas, sukar untuk mempercayai ia diperbuat daripada botol plastik. Rekaannya menggambarkan imej flora hutan huang dengan warna biru firus sebagai latar. Kelihatan motif bunga orkid, paku-pakis dan daun monstera menghiasi kedua-dua produk.
Bukan itu sahaja, setiap seledang juga didatangkan dengan beg saku yang boleh diguna semula bagi menyimpan selendang korang itu.
Setiap helaian selendang dan bag saku dijual pada harga RM179, manakala scrunchie pula pada harga RM25. Korang juga boleh mendapatkannya secara set pada harga RM184. Barulah lengkap penampilan!
Menurut Spritzer, idea kerjasama dengan TudungPeople ini adalah selari dengan usahanya menuju ke masa depan yang lestari dengan mengalakkan amalam lestari seperti mengitar semula.
Sebagai syarikat yang terkenal dengan air mineral yang kaya dengan silika, Spritzer juga ingin mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan semua itu hanya boleh terjadi sekiranya kita terus memelihara alam sekitar.
Berminat? Haa, dapatkannya di laman sesawang rasmi TudungPeople dan Spritzer.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!