Masalah jerawat bukan saja menjadi mimpi buruk buat golongan wanita, malah lelaki pun boleh jadi stres kalau satu muka penuh ditumbuhi jerawat. Jadi, apa yang boleh kita buat? Ikhtiar.
Macam mana nak buat?
Ini adalah antara salah satu kaedah yang dikongsi oleh Nauf Safuan untuk kecutkan jerawat dengan hanya menggunakan toner timun.
Toner timun mampu mengelakkan jerawat merebak di bahagian muka dan jika dipakai pada waktu malam, keesokan paginya insyaAllah jerawat tersebut segera mengecut.
Bagi mereka yang mempunyai masalah pori besar, toner ini membantu untuk mengecilkan pori dengan penggunaan secara konsisten. Untuk kulit berminyak pula, boleh perahkan sedikit lemon dan lemon tersebut akan menyerap minyak pada wajah.
Berikut merupakan bahan dan cara penyediaan toner timun yang boleh korang buat sendiri di rumah.
Ads
Bahan-bahan:
½ timun
½ lemon
Penapis air
Ads
Penyagat
Cara penyediaan:
1. Sagat timun dan asingkan air timun tersebut dengan hampasnya.
2. Ambil air timun, campurkan dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak saja. Kalau tak berminyak, tak perlu guna lemon.
Keberanian dan ketekunan Sazrin Jaafar, pemilik jenama fesyen Zachrin Jaafars, membawa jenama tersebut ke pentas antarabangsa setelah melalui perjalanan penuh cabaran.
Bermula dengan perasaan hampir berputus asa ketika terpaksa menjaga ibu bapa di kampung, Sazrin kini bersyukur kerana karyanya telah dipamerkan di Washington D.C., Amerika Syarikat, sekali gus membuka peluang besar dalam dunia fesyen global.
Tahun lalu, Zachrin Jaafars, yang beroperasi di Slim River, tidak menyangka pertunjukan debutnya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) berjaya menarik perhatian Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat.
Kedutaan tersebut kemudian menjemputnya untuk menyertai Pameran Hari Songket Malaysia yang dianjurkan sempena acara UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan).
“Semasa hendak menyertai KLFW, perkara paling mencabar ialah bagaimana saya nak bawa Zachrin Jaafars yang macam kampung ini ke pentas berprestij itu, tetapi kami berjaya dan menerima pujian daripada orang ramai.
“Orang mula nampak Zachrin Jaafars sebagai satu jenama fesyen, bukan hanya buat baju kahwin. Dulu orang kenal kami sebagai jenama yang buat baju kahwin, kini kami lebih versatil,” kata Sazrin.
Sumber: IG Zachrin Jaafars
Tambahnya lagi, seminggu selepas KLFW, dia menerima panggilan dari Kedutaan Malaysia di AS, yang mempelawanya untuk menyertai acara berkaitan UNESCO di sana.
“Syarat mereka ialah generasi baharu yang membuat pembaharuan dalam budaya Melayu, dan rekaan saya ada ciri-ciri itu,” jelas Sazrin.
Sazrin bangga kerana mampu mengangkat martabat songket di mata masyarakat antarabangsa. Busana rekaannya menggabungkan elemen moden dengan memperkenalkan songket bukan hanya sebagai bahan untuk baju kurung, tetapi juga untuk skirt dan kasut.
Sumber: Bernama
“Pertunjukan fesyen itu bertemakan ‘UNESCO Intangible Cultural Heritage: The Magnificent Golden Threads of Songket Fashion Show’, jadi saya agak gementar kerana kain songket ini mahal dan tidak semua orang mampu membuatnya,” ujarnya lagi.
Sazrin turut mendedahkan, sehelai busana daripada kain songket memerlukan lebih 150 jam untuk disiapkan kerana melibatkan proses sulaman benang emas, jahitan manik, dan pelbagai elemen rumit lain.
Mengimbas perjalanan awalnya, Sazrin, yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen Universiti Teknologi Mara, mula menceburi bidang fesyen dengan mengambil tempahan jahitan di sekitar Slim River.
Selepas beberapa tahun menjalankan rutin tersebut, Sazrin akhirnya mengasaskan jenama Zachrin Jaafars, yang pada awalnya hanya memfokuskan pada baju pengantin.
“Ibu bapa saya tidak begitu faham bidang ini, mereka ingat saya hanya boleh buka kedai jahit sahaja. Mereka fikir saya hanya duduk di kampung dan ambil tempahan baju kurung, sedangkan saya dilatih untuk menjadi pereka fesyen.
Sumber: Bernama
“Pada mulanya, pasarannya hanyalah masyarakat sekitar dengan harga yang rendah mengikut kualiti pakaian. Walaupun kami berpangkalan di Slim River, kualiti dan kraf yang kami hasilkan setanding dengan pereka terkenal di Kuala Lumpur.
“Kami sedar, pesaing kami bukan lagi orang sekeliling, tetapi pereka-pereka fesyen lain, jadi kami harus menggandakan usaha untuk memastikan perkhidmatan dan produk kami setanding dengan mereka,” kata Sazrin penuh keyakinan.
Kini, jenama Zachrin Jaafars menerima tempahan dari luar negara, termasuk Singapura, Eropah, dan Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini mungkin fakta tidak menyenangkan tetapi berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati seramai 5.5 juta penduduk Malaysia memiliki masalah kegemukan (obesity) dan jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun.
5 tahun lalu, disenaraikan negara ini memiliki seramai 8.5 juta orang memiliki berat badan berlebihan dan 4.4 juta darinya mengalami masalah obes. Tetapi terkini, jumlah mereka yang obes sudah meningkat kepada 5.5 juta sekaligus mencatatkan budaya yang membimbangkan terutama dari aspek menjaga kesihatan di kalangan rakyat negara ini.
Menteri Kesihatan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam satu kenyataan akhbarnya mengakui agak bimbang dengan perkembangan itu memberitahu, masalah tersebut berlaku kerana pengambilan makanan berlebihan yang diburukkan lagi dengan kecenderungan kepada makanan manis.
Banyak masalah kesihatan boleh berlaku bila miliki berat badan berlebihan…
Kalau bayi sekecil ini dengan masalah berat badan, ia masih dianggap cute dan disukai ramai
Beliau berkata, bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan masyarakat untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Dengan cara hidup golongan muda yang menghabiskan banyak masa mengadap telefon, tv, bersembang di kedai kopi tanpa banyak melakukan aktiviti lain, masalah berat badan ini juga berkait rapat dengan gaya hidup yang kurang sihat kerana sudah kurang bersenam.
Apa yang harus diketahui di sebalik masalah berat badan.
Mati Awal (disebabkan oleh penyakit)
Diabetes Serangan jantung Strok Gangren Tekanan darah tinggi Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada). Sindrom apnea tidur (tidur berdengkur, mudah penat dan tidak berkualiti). Masalah pernafasan.
Cuba check, negeri yang korang duduki sekarang ini berada dalam list nombor berapa? Masa yang sama, jalani hidup sihat dengan mengamalkan senaman kerana ia mampu mengurangkan risiko masalah penyakit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang mesti biasa melihat kepingan serpihan atap bumbung berlonggok di bahu jalan mahu pun di tempat longgokan sampah kan? Pemandangan ini bukan hanya ‘menyakitkan’ mata tapi sebenarnya boleh mengundang bahaya.
Kebanyakan rumah dan kilang menggunakan bumbung atap asbestos kerana ianya lebih murah dan memberi kesan penyejukan.
Namun begitu, selepas kajian menemui asbestos merupakan punca penyebab kanser mesothelioma, penggunaannya telah dihentikan dan dihadkan.
Terdapat negara yang telah mengharamkan penggunaannya secara total, namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru sejak tahun 1999.
Menurut pagePublic Health Malaysia, sekiranya bahan merbahaya ini tidak diusik, risiko untuk mendapat kanser adalah sangat rendah. Risiko akan hadir apabila ianya pecah, rosak dan korang akan terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos.
Situasi ini mendedahkan individu kepada risiko untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma. Tidak perlu banyak, sebutir debu sehalus bilah jarum sudah cukup untuk korang mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Langkah pencegahan
Jadi, apa yang korang boleh buat bagi mencegah masalah ini? Berikut merupakan antara langkah-langkah yang korang boleh lakukan:
1. Jika masih menggunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak atau pecah
2. Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar
3. Jika korang nampak di kawasan rumah/kejiranan, hubungi pihak berkuasa tempat korang dengan segera untuk proses pelupusan
4. Jangan bakar dan jangan tanam atau lupus sendiri
5. Jangan biarkan kanak-kanak bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun
Gejala masalah ini yang korang perlu tahu
Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.
Jika korang dapati berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, segeralah mendapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!