Untuk merebut tempat di universiti bertaraf ivy-league bukanlah mudah. Permohonan bukan sekadar melihat kepada kecemerlangan akademik semata-mata tetapi turut dinilai secara holistik semasa sesi temu duga diadakan.
Terbaharu, tiga remaja Malaysia iaitu Ho Shu Xin dari Ipoh, Pua E Rick dan Sydny Lum Shen Li dari Kuala Lumpur akan menyertai Universiti Harvard bagi kelas2027. Ketiga-tiga mereka adalah antara pelajar antarabangsa yang dipilih dari 102 negara untuk menghadiri institusi berprestij itu.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pelajar antarabangsa membentuk 14.5% daripada keseluruhan 1,942 pelajar yang diterima masuk. Universiti Harvard menerima sejumlah 56,937 permohonan, dengan kadar penerimaan hanya 3.41%.
Universiti Harvard memiliki sejarah panjang dalam melahirkan graduan berprestasi tinggi.
Mengenali dengan lebih dekat tiga pelajar cemerlang ini. Shu Xin menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari SMJK Ave Maria Convent, Ipoh, manakala E Rick pula menamatkan SPM di Sekolah Menengah Sri KDU dan Sydny menamatkan IGCSE di Cempaka International School.
Ads
Kedua-dua, Shu Xin dan E Rick kini sedang menamatkan A-Level di Kolej Yayasan UEM manakala Sydny pula merupakan pelajar A-Level di Garden International School (GIS).
Shu Xin ialah seorang penerima biasiswa Yayasan Khazanah dan berhasrat untuk mengambil jurusan Psikologi Pendidikan. E Rick akan melanjutkan pelajaran dalam Sains Biologi dan Sydny, seorang penerima biasiswa GIS merancang untuk mengambil jurusan Ekonomi.
Mengenai kemasukan, penemuduga alumni Harvard, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob berkata bahawa universiti mencari pelajar yang mempunyai pertumbuhan dan potensi dan yang akan mendapat manfaat daripada akses kepada sumber di Harvard untuk mencipta perubahan positif bagi dunia.
Wan Nadiah
“Pelajar diterima semata-mata berdasarkan keupayaan dan perwatakan mereka tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi dan kemampuan kewangan untuk membayar. Jika pelajar diterima masuk, Harvard komited untuk memastikan mereka mampu untuk menghadirinya.
“Ini memberi peluang kepada pelajar berbakat di seluruh dunia, termasuk Malaysia, untuk mengakses sistem penyelidikan dan pendidikan bertaraf dunia,” ujar Wan Nadiah dalam satu kenyataan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usaha seorang graduan ini untuk membanggakan kedua orang tuanya, akhirnya berbayar apabila berjaya menerima dua anugerah akademi di majlis konvoksyen.
Dr. Abu Hassan Nordin telah melalui jejak pendidikan yang mengagumkan sehingga berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen UTM kali ini.
Apa yang lebih membanggakan, graduan berusia 30 tahun ini merupakan salah seorang penerima Anugerah Pascasiswazah Terbaik dan Anugerah Canselor yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM.
Merupakan graduan Doktor Falsafah Bidang Penyelidikan:Kejuruteraan Kimia, Hassan menzahirkan harapan agar kejayaan cemerlang yang dikecapinya itu dapat membanggakan ibu bapanya.
“Saya tak pernah terpaling cemerlang sejak sekolah. Harap ini dapat membanggakan mak dan abah.
“Anugerah Canselor, Anugerah Pascasiswazah Terbaik,” coretnya ringkas menerusi sebuah hantaran video di platform TikTok miliknya.
Hantaran tersebut kini meraih lebih 120 ribu jumlah penonton dan juga lebih 11 ribu tanda suka di aplikasi tersebut.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Remaja yang berasal dari Labuan, Brittany Goh telah memenangi tiket untuk muncul dalam The Voice 2024 iaitu sebuah rancangan nyanyian realiti baru di China.
Brittany Goh Yao Xuan yang kini berusia 16 tahun, mendapat tempat di rancangan itu dengan mendendangkan lagu penyanyi Zhou Shen iaitu Hua Kai Wang You.
Kredit: Instagram worldofbuzz
“Saya terkejut apabila terpilih kerana saya tak pernah menjangkakannya”
“Ini juga merupakan kali pertama saya berdiri di atas pentas yang begitu besar. Saya tak sabar untuk dapatkan pengalaman baru dan mencuba perkara yang saya tak pernah buat sebelum ini”, kata Brittany.
Menurut abang kepada Brittany, Bryan Goh, seorang jurulatih vokal dari China yang telah mendaftarkan adiknya ke rancangan The Voice 2024 dan Brittany antara peserta dalam kumpulan pertama rancangan realiti itu.
Kredit: Instagram worldofbuzz
Uji bakat The Voice 2024 juga masih diteruskan bagi mencari bakat baru. Buat masa ini, Brittany juga merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang muncul dalam rancangan itu.
Brittany Goh kini bersekolah di Labuan, dia mula bernyanyi sejak berusia empat tahun dan telah menyertai banyak pertandingan nyanyian. Bukan setakat itu, malah pada tahun 2018 Brittany memenangi anugerah emas khas di Chinese Festival Dream China di Guangzhou.
Anak jati Labuan yang berbakat itu juga turut pernah merangkul pingat emas di Hong Kong International Youth Arts Festival pada tahun 2019.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan bersetuju meneruskan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, dengan anak muda akan menjalani latihan di kem tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 pelatih.
“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.
“Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan,” katanya ketika menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
PLKN digagaskan pada 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara sebelum memulakan program itu pada 2004.
Ia kemudian ditangguhkan pada 2015 dan diperkenalkan semula setahun kemudian dengan anggaran pelaksanaan penuh pada 2019. Bagaimanapun, program itu dimansuhkan pada 2018.
Dalam pada itu, Mohamad ketika sidang media menjelaskan, pelaksanaan PLKN 3.0 akan merangkumi dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan penyertaan pelajar tingkatan empat di sekolah menerusi badan beruniform.
“Selepas itu, mereka yang selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilatih dan diambil (dalam) apa yang disebut sebagai latihan fasa kedua. Ini lebih kepada latihan disiplin dan ketenteraan.
“Itu sebab dia punya cadangan supaya pusat latihan ini diadakan di kem tentera. Kita ada Pusat Latihan Askar Wataniah sebanyak 13 di seluruh negara serta Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang dapat menampung latihan untuk satu tahun sekurang-kurangnya 4,000 orang,” katanya.
Beliau turut memaklumkan penggunaan kem tentera dan PULAPOL dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan ia juga membolehkan mereka mendapatkan situasi sebenar ketenteraan dan kepolisan.
“Dalam 45 hari latihan ini, 90 peratus daripada modul adalah untuk latihan sebagai anggota tentera dan 10 peratus latihan kewarganegaraan,” katanya.
Mohamad berkata, selepas pelatih menamatkan latihannya, mereka akan diberi peluang untuk menyertai badan uniform seperti tentera dan polis.
“Selepas berakhir fasa dua, mereka akan disambut oleh pertahanan awam, polis dan tentera. Mereka yang mahu masuk tentera akan diserapkan sebagai anggota tetap dan mereka akan jalani latihan asas dan rekrut semula.
“Mereka yang sudah masuk IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) boleh sertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan lain-lain. Di universiti wujud badan uniform yang boleh memberikan peluang mereka untuk memasuki badan beruniform. Kalau mereka mahu jadi bomba, RELA pun memang sudah sedia ada,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!