DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diputerakan pada 27 November 1956. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987.

Setelah kemangkatan ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014.

Merupakan Bekas Pelajar Harvard Dan Oxford. Sultan Nazrin Shah Miliki PhD Dalam Bidang Politik Ekonomi Dan Kerajaan

Baginda diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan dengan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011. Kini anakanda baginda masing-masing sudah mencecah usia 14 dan 9 tahun.

Terkenal sebagai Sultan yang benci akan korupsi, DYMM Sultan Nazrin Shah adalah seorang yang lantang memperjuangkan pembangunan negara, prinsip tadbir urus yang baik, pelbagai budaya, toleransi dan sejarah Islam.

Seperti ayahandanya, DYMM Sultan Azlan Shah, baginda amat mementingkan kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman. DYMM mengiktiraf peranan ibu bapanya dalam menyemai nilai moral dan etika tanpa kompromi pada zaman kanak-kanak.

Merupakan Bekas Pelajar Harvard Dan Oxford. Sultan Nazrin Shah Miliki PhD Dalam Bidang Politik Ekonomi Dan Kerajaan

BERPENDIDIKAN TINGGI

Apabila menyebut nama baginda, pasti ingatan rakyat Malaysia akan tearah kepada sikap baginda yang cukup sukakan buku. Sultan Nazrin Shah acapkali dilihat berkenan mengunjungi kedai buku terkemuka di ibu kota dan tidak lokek untuk bertegur sapa dengan rakyat jelata yang meminta untuk bergambar bersama.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Sultan Nazrin Shah bersekolah di sekolah kerajaan ketika persekolahan rendah dan menengah rendah. Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah lima dan kemudiannya menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah daripada darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah Mengengah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur.

Setelah berusia 13 tahun, baginda berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge. Baginda kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: sultannazrinshah.com & ehm.my

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI