Panggilan haji Telah tiba lagi Menunaikan ibadah Panggilan Baitullah
Begitulah bait-bait lirik lagu Panggilan Haji nyanyian kumpulan Raihan yang sentiasa bergema di stesen radio, terutama ketika musim haji sedang berlangsung.
Tahun ini, kota suci Mekah sekali lagi menyaksikan sendiri lambakan jemaah haji dari segenap pelosok negara hadir untuk menunaikan rukan Islam yang kelima itu. Antaranya ialah pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Alif Satar.
Alif hadir bersama isterinya di sisi.
Beliau sering dilihat berkongsi pengalaman pahit manisnya menunaikan ibadah tersebut bersama peminatnya di media sosial.
Ads
Bahkan bekas pengacara Big Stage ini turut mengakui bahawa pengalaman hajinya baru-baru ini, di mana dia bermalam di Mina telah membuka matanya untuk melihat bahawa setiap insan adalah sama, tanpa mengira kedudukan atau pendidikan.
Alif turut mengakui bahawa pengalaman dilayan bak gelandangan di sana telah menghadirkan rasa rendah diri kepada semua jemaah haji.
Ads
“Mengikut manasik haji Nabi SAW.. kami semua jamak takhir Maghrib Isyak dan bermabit sampai solat Subuh di Muzdalifah.
“Di sini, tidak kiralah bayar pakej ratus ribu, engkau berpangkat Tan Sri, artis yang orang sanjung hatta Mufti sekalipun, semua orang tidur di tepi jalan.
“Bila aku fikir, rupanya macam ini lah rasa orang ‘homeless’. Tak ada tempat mandi, lepas itu tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak prepare utk melontar).
“Aku gerenti, siapa datang buat haji insya-Allah rasa sombong takabbur tu mesti hilang,” kongsi penyanyi tersebut di Instagram.
Penyanyi terkenal ini turut sempat bersua muka bersama rakan karibnya, Faizal Tahir.
Selain itu, ayah kepada tiga orang cahaya mata itu sempat berkongsi gambar dirinya yang sedang tidur di kawasan lapang bersama jemaah haji lain.
Turut terselit di perkongsian tersebut ialah gambaran pengalaman pahit getirnya di mana hampir dua malam penyanyi tersebut tidak berkesempatan untuk pergi ke tandas untuk mandi.
Ads
“Tiada tempat mandi, tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak persediaan untuk melontar).
“Wallahi, walaupun masa ini dah dua malam tak mandi, tak pergi tandas, badan dah penat ditambah pula kekecohan bunyi dan bau asap ekzos bas.
“Dengan berlapikkan ‘sleeping bag’ beratapkan langit bintang,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ya, sekarang ialah musim banyak IPTA dan IPTS di seluruh negara menyempurnakan istiadat konvokesyen masing-masing. Dan pastinya korang perasan di laman media sosial sekarang akan penuh dengan foto-foto kenangan konvokesyen meraikan kejayaan mereka menggenggam segulung diploma atau ijazah.
Pada musim konvokesyen ini jugalah korang akan perasan semakin ramai peniaga-peniaga yang menawarkan pelbagai hadiah untuk dijual dalam bentuk gubahan bunga dan sebagainya. Memberi hadiah bagi meraikan ahli keluarga atau kawan-kawan yang menjalani istiadat konvokesyen adalah satu perkara lumrah sekarang ini.
Tapi tahukah korang bahawa bukan bunga sahaja yang sesuai dijadikam hadiah untuk kawan-kawan? Kali ini REMAJA ingin kongsikan 5 hadiah yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat kawan yang sertai istiadat konvokeyen.
Chocolate Bouquet
Siapa je yang tak suka coklat, bukan? Hadiah dalam bentuk chocolate bouquet bukan sahaja unik tetapiia boleh memberikan kepuasan ‘perut’ buat kawan korang. Tak perlu bouquet yang besar, cukup sekadar yang sederhana. Dan pastikan korang hadiahkan coklat yang dia betul-betul suka. Dan elakkan beli coklat yang tak berkualiti ya!
Teddy bear bouquet
Trend ini merupakan antara yang paling popular terutamanya jika korang ingin hadiahkan kepada kawan perempuan. Kalau kawan tak suka teddy bear, carilah karakter kartun yang boleh hiburkan dia. Sekarang sudah banyak serta pelbagai karakter diabadikan sebagai patung mainan.
Selain coklat, cookies juga merupakan makanan yang sangat popular di kalangan remaja. Zaman sekarang bila orang sebut biskut bukan hanya tertumpu kepada biskut tawar atau kering ya! Untuk lebih menari korang boleh gunakan cookies yang dibikin sendiri dan lakukan rekaan dengan sentuhan personal yang pastinya boleh menyentuh hati penerimanya.
Wishlist
Seorang graduan baru biasanya belum bekerja atau baru sahaja memulakan kerjaya. Dan pastinya setiap orang mempunyai wishlist mereka tersendiri seperti iPhone baru, jam tangan, sneakers dan sebagainya. Jadi apa salahnya gunakan kesempatan ini untuk gembirakan mereka dengan kejutan. Berpakatlah dengan rakan-rakan yang lain dan buat collection untuk beli hadiah idamannya.
Duit
Bunyinya mungkin agak janggal tapi sebenarnya ramai kawan-kawan yang baru konvokesyen sedang berdepan dengan sebuah hidup baru. Perjalanan mereka menempuhi alam pekerjaan bakal bermula dan apa salahnya jika kita membantu mereka serba sedikit dengan sedikit wang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir dua tahun isu kes cabul membabitkan pelakon versatil, Puteri Balqis, ibunya meluahkan perasaan terkilan apabila anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Kata ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, dia bersuara selepas merasakan berlaku ketidakadilan, bahkan semakin ramai melemparkan kutukan termasuk agamawan yang menganggap pendedahan dibuat sebagai membuka aib.
“Untuk apa yang terjadi, sangat tidak adil untuk kami, kes bercerai tiada pula orang kata aib, tetapi apabila kes melibatkan cabul anak saya, semua orang masuk campur ibaratnya kami buka pekung sendiri.
“Kami menderita lebih 10 tahun kerana tiada siapa-siapa, rasa sangat tidak adil dan terbela. Kes kami yang sememangnya jenayah itu tiada pula dicanangkan satu Malaysia bahkan dikatakan fitnah.
“Jangan kata apa yang yang berlaku kepada saya dan anak sebagai aib, ini jenayah,” katanya menerusi Instagram Aqish.
Selain itu, ibunya turut memaklumkan hanya mereka berada dalam hidupnya sahaja akan memahami segala situasi dialami mereka.
Bahkan, tiada apa yang dimahukan mereka selain keadilan serta layanan sama rata diberikan membabitkan kes yang menimpa dia dan anaknya.
“Orang tuduh anak saya macam-macam sampai kata dia fitnah ahli keluarga sendiri.
“Dunia dan jiwa aku sudah mati, ini bukan untuk saya tetapi untuk anak, dia adalah adalah segala-segalanya bagi aku.
“Saya ibu yang gagal pertahankan anak, saya mengaku itu. Dengan apa yang jadi, saya letakkan kesalahan atas diri saya. Cakaplah apa pun, saya hanya mahukan keadilan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, sekitar akhir tahun 2022 pendedahan Aqish yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual ketika kecil mengejutkan banyak pihak.
Pengakuan menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube itu bukan sahaja mengejutkan tetapi mengundang pelbagai reaksi dan pandangan masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bulan Ramadan tiba lagi. Dan bila munculnya tempoh untuk kita berpuasa ramai yang akan mula memasang cita-cita untuk menurunkan berat badan.
Apa salahnya menunaikan ibadah puasa sambil mengamalkan hidup sihat dengan mengurangkan berat badan korang kan? Walaupun ia kedengaran agak muda tetapi untuk melakukannya pasti agak sukar terutamanya bila tiba waktu berbuka.
Bukan sahaja waktu berbuka, bila tiba sahaja di pasar Ramadan pelbagain juadah yang dijual mampu menggugat iman di dada! Kalau boleh semua benda nak dibeli untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa!
Bagi REMAJA, puasa itu sendiri sudah cukup baik untuk menurunkan berat badan. Di samping menghayati ibadah pada bulan cukup mulia ini, kita boleh melatih diri untuk menahan lapar dan mengajar perut untuk membiasakan diri dengan situasi tersebut.
Apa yang penting ialah mengamalkan corak pengambilan makan ketika bersahur dan berbuka. Bagaimana caranya? Jom ikuti tip mudah yang REMAJA kongsi kali ini.
KETIKA BERSAHUR
1. Amalkan bersahur selewat yang mungkin. Sebaiknya kira-kira 30 minit sebelum waktu imsak. Ia juga merupakan merupakan amalan sunnah.
2. Minum sama ada air kosong, jus buah atau susu. Jauhkan diri daripada mengambil minuman berkafein dan berkarbonat!
3. Tiada selera makan nasi? Tukarkan menu sahur dengan roti, oat, bubur, ubi atau barli.
4. Perbanyakkan makan sayur, buah, susu dan makanan berserat tinggi.
KETIKA BERBUKA
1. Berbukalah dengan jus, kurma atau air kosong.
2. Selepas itu, tunaikan dahulu solat Maghrib.
3. Makan hidangan utama selepas solat Maghrib dengan portion ‘suku suku separuh’ yang bermaksud suku nasi, suku lauk dan separuh sayur dan buah-buahan.
4. Elakkan makanan makanan terlalu manis, berlemak, bergoreng, bergaram dan pedas dalam kuantiti banyak.
5. Dan yang penting sekali makan jangan gelojoh dan berhentilah makan sebelu rasa terlalu kenyang.
Selain memgamalkan corak pemakanan yang baik di bulan puasa, pengambilan air kosong juga sangat penting. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesyorkan tip yang sangat berguna bagaimana kita boleh amalkan untuk mengambil air kosong dengan mencukup.
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
Minum 8 gelas air sehari di bulan puasa? Ya, ia memang boleh dilakukan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rita Rudaini CSR Sekolah menjadi perhatian apabila pelakon itu meredah hujan menyertai pelajar Ulul Albab mengagihkan makanan berbuka puasa dan sahur di sekitar Jalan TAR.