Pelik bukan? Wanita ini tiba-tiba sakit perut dan rupa-rupanya dia sakit mahu bersalin. Itulah yang dialami oleh Lavinia ‘Lavi’ Mounga ketika dalam penerbangan dari Salt Lake City menuju ke Honolulu.
Setelah separuh perjalanan kapal terbang di atas awan, dia mula merasa sakit perut dan melahirkan seorang bayi lelaki pada usia kandungan 29 minggu. Mujurlah terdapat penumpang pesawat tersebut yang merupakan seorang doktor dan juga tiga orang jururawat.
Dr Dale Glenn, yang merupakan doktor perubatan keluarga dari Hawaii Pacific Health dibantu oleh Lani bamfield, Amanda Beeding dan Mimi Ho yang merupakan jururawat unit rawatan intensif neonatal.
Ads
Bayi lelaki yang diberi nama Raymond itu tidak mengalami sebarang komplikasi biarpun dilahirkan tidak cukup bulan.
Ads
Sebaik sahaja dia disambut oleh doktor di atas pesawat, mereka menggunakan botol ketuhar gelombang untuk memanaskan bayi tersebut selain menggunakan Apple watch untuk memantau denyutan nadi.
Ads
Selain itu, kerana mereka tidak mempunyai alat biasa yang mereka lakukan di hospital, Dr Glenn bergantung pada latihan perubatan hutan belantara, dia dan jururawat menggunakan tali kasut untuk mengikat dan memotong tali pusat bayi.
Setiap tahun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) menjadi antara acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia. Selepas 38 tahun mengukir sejarah dengan menganjurkan festival fizikal, kini pembaca semua terpaksa akur kerana PBAKL bakal ditransformasi ke platform atas talian gara-gara wabak pandemik COVID-19.
Menurut laman Facebook rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat banyak tawaran hebat termasuk diskaun serta baucar yang bakal diterima oleh pelanggan.
PBAKL ini merupakan yang pertama kalinya dilakukan secara online dan terbesar boleh korang akses melalui Shopee. Antara promosi yang bakal berlangsung adalah seperti berikut:
• Lebih 140 penjual buku dan semakin bertambah
• Lebih 30,000 judul terkini
• 30,000 baucar pelanggan baru
• 10,000 baucar pembelian oleh penerbit
• 20,000 diskaun seluruh platform
• 10,000 x Tawaran RM7.00
• 5,000 baucar pelanggan sedia ada
• 4,000 baucar permainan
• 4,000 baucar tempoh terhad
Jangan bersedih sekiranya korang tidak dapat ke PBAKL tahun ini kerana semuanya lebih mudah dibuat secara online. Tidak perlu berasak-asak dengan ramai orang, buat pembelian atas talian kan lebih selesa dan jimat masa.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 ini akan berlangsung pada 25 Jun sehingga 8 Julai 2020. Jangan lepaskan peluang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir dua minggu, akhirnya laporan bedah siasat mengenai kematian seorang pelajar Malaysia yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chai di Taipei, Taiwan diketahui pada hari ini.
Sin Chew Daily melaporkan Cha, 24 merupakan seorang mahasiswi di Universiti Ming Chuan dan pada waktu lapang bekerja sebagai seorang model sambilan serta aktif melakukan sesi live di media sosial.
Pelajar yang berasal dari Serdang, Selangor itu ditemui mati di pangsapuri miliknya di daerah Shilin pada 13 Oktober lalu.
Kata pihak polis Taipei, teman lelaki mangsa bernama Chen yang baru dikenalinya selama seminggu telah membuat pengakuan mencekik mangsa selepas mereka bergaduh disebabkan isu wang.
Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada hari ini, ia mendapati Chai meninggal dunia akibat sesak nafas dan patah pada bahagian leher. Kesan cekik juga konsisten dengan siasatan yang dilakukan. Hasil bedah siasat turut menemui dadah dalam badan mangsa ketika saat kematiannya.
Pada hari kejadian, teman lelaki mangsa perlu dikejarkan ke hospital kerana didapati terlebih mengambil dos ubat. Sebaik dibenarkan keluar dari hospital, Chen telah ditahan polis untuk membantu siasatan
Chen memberitahu kematian Chai tidak disengajakan. Disebabkan wang, dia hanya mahu menakutkan mangsa ketika pergaduhan berlaku.
Macam-macam ya! Diharap tiadalah lagi kes sedemikian yang berlaku kepada pelajar Malaysia di luar negara. Fokus sahaja pada misi mendapatkan segulung ijazah sebelum memikirkan hal lain di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daripada Abu Darda’ RA, “Kematian seorang alim merupakan musibah yang tidak tertanggung dan patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya, seolah-olah bintang yang terpadam cahayanya dan mati satu qabilah atau kaum lebih ringan daripada mati seorang alim.”
Pernah ditanya kepada Sa’id Bin Jubair: “Apakah alamat binasanya manusia?Jawabnya: “Dengan kematian para ulama mereka.”
Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.”.
Bersandarkan dua hadis dinyatakan di atas, mungkin ramai tidak menyedari bahawa sudah berlaku enam kematian ulama terkenal dunia dalam tempoh setahun ini.
REMAJA senaraikan kematian enam ulama terkenal dunia ini sejak 2018 dan adakah ini bermakna dunia semakin ke penghujung?
Ulama Arab Saudi, Ahmed Al-Amari meninggal dalam tahanan
22 Januari lalu, ulama terkenal Arab Saudiyang juga pendakwah terkemuka di Masjid Nabi di Madinah, Sheikh Ahmed Al-Amari meninggal dunia di dalam penjara akibat pendarahan otak.
Bekas Dekan Kolej Quran di Universiti Islam Madinah itu meninggal dunia selepas lima bulan ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi selepas susulan peningkatan tekanan ke atas pembunuhan wartawan Jamal Kashoorgi.
Anak lelaki Amari, Abdullah, mengesahkan kematian bapanya menerusi Twitter. Masa yang sama, Al-Amari dikatakan ditangkap Ogos lalu apabila pasukan keselamatan menyerbu rumahnya dan dikurung berasingan, menurut aktivis.
Beliau dan beberapa tahanan lain pada masa sama dipercayai rapat dengan ulama berpengaruh, Safar al-Hawali, yang ditahan pada Julai 2018 selepas menerbitkan buku mengkritik keluarga diraja Arab Saudi.
Arab Saudi melancarkan gerakan menekan pembangkang, termasuk menangkap dan dakwaan mendera aktivis wanita selain intelektual liberal dan aktivis Islam, ketika Putera Mahkota Mohammed bin Salman menggubal beberapa pembaharuan sosial dan ekonomi berprofil tinggi.
Ulama tersohor dari Negeri Sembilan Sheikh Mohd Faiz
MURSHID Tarbiah Ruhiyyah, Tarekat dan Tasawwuf Ahmadiah Idrisiyyah, Syeikh Mohd Paiz Sheikh Ahmad, 79, meninggal dunia di rumah ibunya di Kampung Pondok Rasah, Seremban pada 17 Disember tahun lalu.
Almarhum yang juga adik kepada bekas Mufti Negeri Sembilan, Syeikh Murtadha dimasukkan ke hospital oleh anaknya akibat kegagalan paru-paru.
Ulama tersohor ini sebelum ini dimasukkan ke hospital sebelum dibenarkan keluar dan dibawa ke rumah allahyahamah ibunya.
Ulama Indonesia meninggal ketika memberi ceramah
Ulama Nahdlatul Ulama terkenal dari Indonesia, KH Buchori Amin pula menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang berceramah sempena sambutan Maulidur Rasul pada 16 Disember tahun lalu.
Kejadian ini berlaku di Pondok AlIslahiyah Singosari, Malang di Jawa Timur malah detik video ulama disegani ramai ini tular di media sosial.
“Sangat beruntung, sangat beruntung. Orang yang tidak pernah bertemu Nabi Muhammad saw tapi beriman dengan Baginda,” demikian kata-kata akhir KH Buchori ketika hayatnya.
Sebaik mengucapkan kalimah itu, pemimpin badan agama di daerah Malang itu dilihat terjatuh ke belakang dan lesu di kerusi. Malahan, mikrofon yang dipegangnya juga terjatuh ke lantai.
Penganjur program bertindak pantas membawanya ke klinik berhampiran, bagaimanapun doktor bertugas mengesahkan beliau telah meninggal dunia di lokasi majlis berkenaan. Allahukbar.
Ulama & Cendiakawan Islam Uighur Meninggal Diseksa Komunis China
Ulama dan Cendekiawan Islam Uighur, Muhammad Salih Hajim, 82 tahun dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah kamp indoktrinasi politik China, demikian menurut World Uyghur Congress (WUC).
Kematiannya berlaku pada 20 Januari lalu dipercayai akibat diseksa oleh komunis China yang begitu bencikan perkembangan Islam di negara besar itu. Ulama ini mula ditahan Disember 2017 kerana menjadi sasaran indoktrinasi politik dan propaganda.
Untuk diketahui, Muhammad Salih Hajim telah menerjemahkan kitab suci Al-Quran dari bahasa Arab ke bahasa Uighur. Dia mungkin mengalami penyiksaan dan perlakuan buruk selama pemenjaraannya,” jelas WUC.
“Kematian Ulama terkenal ini berlaku di saat pembersihan besar-besaran pihak berkuasa China terhadap orang-orang Islam Uighur. Ratusan ribu (mungkin jutaan) warga Uighur telah ditangkap di Turkistan Timur dan dikirim ke kem-kem untuk mengembalikan mereka kepada ajaran komunis.
Pengasas Tabligh Jamaat Pakistan meninggal akibat sakit tua
Setengah juta umat Islam berpusu-pusu ingin memegang keranda pemimpin Tabligh Tableeghi Jamaat Pakistan, Abdul Wahab, 96, atau dikenali sebagai Bai Wahab meninggal dunia di Raiwind, Lahore yang meninggal pada 18 November tahun lalu akibat sakit tua.
Ulama terkenal dilahirkan di British India berhampiran Delhi pada 1922. Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Islam Lahore, allahyarham menyertai perkhidmatan awam tetapi meletakkan jawatan selepas bertemu pengasas Tableeghi Jamaat, Maulvi Ilyas Kandelvi.
Abdul Wahab kemudian berhijrah ke Pakistan pada 1947 dan menubuhkan sebuah madrasah di Lahore. Dia melawat setiap wilayah dan kampung di Pakistan untuk berdakwah.
Fokus utama Abdul Wahab dalam dakwahnya adalah mengajar penduduk bersolat, mendapatkan pendidikan, menghormati sesama manusia dan mengajak mereka menyertai tabligh.Setengah juta orangmenyertai upacara berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir kepada ulama terkenal berkenaan.
Ulama Iran meninggal akibat sakit
Ketua Dewan Penentu Kebijakan Negara Iran, Ayatullah Mahmoud Hashemi Shahroudi meninggal dunia pada usia 70 tahun setelah berbulan-bulan menderita sakit. Ulama besar ini meninggal dunia di Rumah Sakit Khatam al-Anbiya Tehran pada 24 Disember lalu jam 10 malam.
Ia dilahirkan pada tahun 1948 di kota Najaf, Irak, yang telah melahirkan banyak ulama besar. Di Irak, Ayatullah Shahroudi menghadiri kelas-kelas kuliah yang diadakan oleh Imam Khomeini ra.
Selama masa hidupnya, Ayatullah Shahroudi mengabdikan dirinya dibeberapa kedudukan penting di Republik Islam Iran. Allahyarham memimpin Dewan Penentu Kebijakan Negara pada 2017 menggantikan almarhum Ayatullah Ali Akbar Hashemi-Rafsanjani.
Ia juga pernah menjabat sebagai anggota Dewan Penentu Kebijakan Negara, Dewan Ahli Kepemimpinan dan Ketua Badan Kehakiman Iran selama 10 tahun.
Moga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan menempatkan diri kita di kalangan orang beriman sehingga ke hari akhirat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin berkongsi fasa bahagia selepas bergelar isteri, kisah perkenalan dengan Esmeer Mansor serta bagaimana cinta dan kematangan mengubah hidupnya.