Sebelum ini tular video individu yang melaporkan bahawa sijil vaksin akan diberikan secara kad fizikal mengikut jenis vaksin yang diterima oleh orang ramai.
Namun, kerajaan telah menafikan pengunaan kad fizikal bercetak itu bagi individu yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 seperti yang dijual di pasaran.
Kerajaan menjelaskan kad fizikal yang dijual itu tidak diiktiraf atau diterima sebagai bukti melengkapkan dos suntikan vaksin buat masa ini dan masih menunggu kelulusan Kabinet untuk mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge.
Untuk pengetahuan umum, setakat ini hanya sijil digital menerusi aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi diterima oleh individu di pusat pemberian vaksin (PPV) boleh digunakan. Orang ramai disaran merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih.
Ads
Jadi, janganlah korang terpedaya sekiranya ada individu yang tidak bertanggungjawab menjual kad fizikal yang dikatakan sebagai sijil lengkap suntikan vaksin COVID-19.
Ads
Dalam keadaan seperti ini ramai yang ingin ambil kesempatan. Hati-hati ya guys!
Dalam keadaan ekonomi yang masih belum benar-benar stabil, ada ketika kita begitu teringin untuk makan makanan yang enak. Jika beli untuk makan seorang, masih ok lagi tapi jika datang sekeluarga, kos dikeluarkan juga pastinya agak banyak.
Memandangkan sekarang ramai berkongsi resipi viral dan mudah dibuat sendiri, REMAJA nak syerkan juga resipi dikongsi oleh Lina Liyana yang berkongsi cara nak buat ayam goreng ala McD. Dalam kata lain, sebijik rasanya dan modal pun tak banyak tapi boleh makan puas-puas.
Jom buat resipi ayam goreng spicy ala McD
Sediakan empat bahan ini untuk perapan
Tepung Bestari (pedas)
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili
Ayam
Cara penyediaan:
Bancuhkan kesemua tepung ke dalam satu adunan dan serbuk cili dalam satu adunan. Jangan letak terlalu banyak air (dalam erti kata lain, tepung bancuhan jangan cair dan jangan terlalu pekat).
Kemudian masukkan ayam dan gaul hingga sebati. Perap selama satu jam dan simpan di dalam peti ais.
Untuk langkah sebelum menggoreng, ambil tepung bestari,, tepung gandum, tepung beras dan sedikit serbuk cili (jangan dicampur air langsung).
Gaul ayam yang diperap tadi ke atas bancuhan tepung ini.
Goreng ayam selepas minyak betul-betul panas. Pastikan ayam tenggelam di dalam minyak.
Goreng hingga masak. Sedia untuk dihidangkan. Mudahkan untuk korang sediakan. Jimat pun jimat.
Sumber : Lina Liyana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend minuman Boba yang viral sebelum ini menjadi ‘kegilaan’ di kalangan remaja SEMUA orang.
Satu per satu stor minuman Boba muncul dengan ciptaan minuman baru yang kelihatan hampir sama, semuanya masih mempunyai bubble pada dasar botol minuman.
Terbaru tular dikatakan kedai minuman boba yang pernah menjadi rebutan orang ramai kini bukan sahaja tutup operasi malah terpampang bunting yang bertulis ‘untuk disewa/ dijual’ di hadapan kedai.
Serious la wey?
Impak penularan COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada sektor pelancongan, malah beberapa premis perniagaan makanan juga turut mengalami masalah sama berkemungkinan tidak lagi mampu menanggung kos operasi.
Minuman boba pernah menjadi kegilaan orang ramai sejak setahun lepas dengan percambahan kedai yang mengusahakan minuman ini terutama di jalan SS15, Subang Jaya. Ketika awal penularan minuman ini, kedai-kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan.
When Reality Strikes! I see millions of dollars drained out, I see disappointment of the business owners, I see sadness, I see losing of hopes…… At the same time, I see possibility in reshaping the ecosystem here, I see stablizing of demand and not speculation I choose to see HOPE! The wave is neither cruel or mercy, face it with no judgement, adjust our mentality and start to adapt the New Normal and may all business strive again!
Melihat video yang dikongsi seorang netizen melalui Facebook miliknya tentang penutupan kedai minuman boba itu, berkemungkinan mereka sudah mula gulung tikar disebabkan krisis COVID-19.
Katanya, kita perlu sediakan mental dan mula menyesuaikan diri dengan normal baru dan semoga semuanya berjalan lancar semula.
Pastinya, inilah realiti yang perlu dihadapi jika mengadakan perniagaan atas nama trending. Tak semua makanan atau minuman yang tular itu kekal lama, ia hanya popular untuk beberapa waktu sahaja.
So bertabah la dengan dugaan ini, moga ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Pendedahan kes seorang penyanyi popular band 90-an kembali ditahan polis disebabkan isu dadah amat mengecewakan orang ramai.
Mamat Exist, 41 tahun dilaporkan ditahan di luar sebuah rumah kedai di Taman Perling, Johor Bahru dan didapati memiliki dadah jenis syabu (crystal methamphetamine) di dalam dompetnya malam tadi. Dia bagaimanapun tidak keseorangan dan ditemani oleh seorang kawan lelaki berusia 40 tahun.
Mamat Exist ketiga menyertai Gegar Vaganza.
Hasil ujian air kencing pula dilaporkan positif setelah penahanan mereka berdua disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asst. Kommissioner Mohd Taib Ahmad.
Apa yang mengecewakan ramai orang terutamanya netizen yang meminati penyanyi tersebut adalah kerana ini bukanlah kes dadah pertama yang melibatkannya.
Pada tahun 2017, Mamat telah mengaku bersalah mengambil methamphetamine pada tahun 2011. 5 tahun Mamat diikenakan pengawasan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan malangnya, hasrat Mamat untuk kembali sebagai ‘penyanyi bersih dadah’ terbantut dengan penahanan semalam.
Adakah benar jika seseorang pernah bergelar penagih dadah, peluang untuk tidak melakukannya lagi adalah tipis?
*
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhiyddin Yassin penah memaklumkan bahawa kaum Melayu menjuarai carta paling ramai terlibat dengan dadah iaitu 88,522 orang ataupun 80.6 peratus berbanding kaum lain.
Jelas beliau, statistik ini berdasarkan laporan salah guna dadah daripada pihak berkuasa dan AADK sendiri. Penagih Melayu yang paling ramai terlibat adalah dari golongan remaja dan belia.
Bayangkan, penagih berusia 19-39 tahun saja mencatatkan bilangan penagih paling ramai iaitu sebanyak 80,598 orang atau 73.4 % diikuti golongan dewasa (40 tahun ke atas) seramai 26,197 orang atau 23.9 %.
Bagi penagih remaja dari usia 13 hingga 18 tahun saja sudah seramai 3043 orang atau 2.8 peratus!
Kaum Melayu menjuarai paling tinggi terlibat dengan najis dadah iaitu kira-kira 80 peratus
Datuk Yunus Pathi bersama tenaga sukarelawan yang membantunya di Rumah Pengasih
REMAJA tampil menemu ramah Presiden Rumah Pengasih Malaysia iaitu Datuk Mohd Yunus Pathi. Beliau sendiri sudah lebih 35 tahun bebas daripada najis dadah.
Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan, Rumah Pengasih bertindak sebagai pusat pemulihan yang membantu sesiapa saja yang terlibat dengan penagihan dadah secara sukarela.
“Di sini kita amalkan konsep bantuan sainsm psikologi, sosial dan spiritual. Kita akan betulkan pola pemikiran mereka, bagaimana mengendalikan emosi, mengubah tingkah laku dan betulkan soal tanggungjawab di mana setiap insan itu berguna biarpun pernah buat silap sebelum ini,” kata beliau.
Rumah Pengasih juga bukan saja untuk kes penagih dadah tapi penagih alkohol, ponteng sekolah malah bekas-bekas banduan juga boleh turut serta dalam program mereka.
Dadah jenis crstal meth atau disebut juga methamphetamine seperti syabu, ais, pil kuda amat popular di kalangan remaja masa kini.Pil kuda amat banyak dan mudah didapati di kelab malam kerana penggunanya mahu menari sehingga tidak memikirkan apa-apa. Hanya mahu berseronok.
Beza dadah dulu dan sekarang?
Menurut Datuk Mohd Yunus Pathi, pola dadah dahulu dan sekarang begitu berbeza.
Kalau dahulu, dadah seperti heroin dan morfin merosakkan tubuh badan sehingga penagih ditemui dengan wajah cengkung. Tetapi trend dadah di kalangan remaja hari ini pula ialah crystal meth ataupun methamphetamine seperti syabu, ais, pil kuda dan sebutan lain. Semua itu dalam kategori yang sama.
Ddah jenis methamphetamine (syabu) mampu merosakkan pemikiran di mana halusinasi begitu tinggi. Beza dulu, tubuh badan jadi reput tapi sekarang otak boleh rosak terus,” katanya lagi.
Bagaimana nak kenal penagih dengan lebih awal?
Sukar bagi ibu bapa kenal pasti anak-anak terlibat dadah. Begitu juga sukar untuk kita tahu kawan kita menagih.
“Zaman dulu jika bau badan busuk dan mata merah, kita sudah boleh mengecam penagih. Tetapi sekarang, kesan methamphetamine tak sama bagi satu individu ke satu individu.
” Cuma kita boleh mengecam dari segi lain seperti tidur melebihi 8 jam, suka berkhayal dan pada waktu malam, mereka lebih terjerumus untuk keluar merayap hingga pagi,” katanya.
Golongan kanak-kanak biasanya bermula dengan menghidu gam sebelum terlibat dengan syabu, ais dan sebagainya apabila remaja kerana faktor kewangan
Boleh ke penagih dibantu oleh rakan sebaya?
Sebagai seorang yang “otai” dan memahami penagih dadah, Datuk Mohd Yunus Pathi ada jawapan kepada persoalan ini.
“Jauhi diri daripada mereka kerana seorang penagih mampu menarik orang lain menagih sama. Namun, jangan biarkan mereka bersendirian. Hubungi pihak berkuasa bagi menahan dan membantu mereka dengan proses rawatan.”
Sambung beliau, “Itu tak bermakna mereka tidak boleh insaf setelah sekali tersilap langkah. Namun apabila mereka sedang menerima rawatan dan selepas disahkan sembuh, kita sebagai ahli keluarga dan rakan perlulah sentiasa memberikan sokongan moral dan spiritual kepadanya untuk berubah.
“Jangan ingat sekali dan bersih, akan bersih selamanya. Proses saling menyayangi dan menjaga antara satu sama lain perlu diteruskan.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!