
Pelik bukan? Wanita ini tiba-tiba sakit perut dan rupa-rupanya dia sakit mahu bersalin. Itulah yang dialami oleh Lavinia ‘Lavi’ Mounga ketika dalam penerbangan dari Salt Lake City menuju ke Honolulu.
Setelah separuh perjalanan kapal terbang di atas awan, dia mula merasa sakit perut dan melahirkan seorang bayi lelaki pada usia kandungan 29 minggu. Mujurlah terdapat penumpang pesawat tersebut yang merupakan seorang doktor dan juga tiga orang jururawat.

Dr Dale Glenn, yang merupakan doktor perubatan keluarga dari Hawaii Pacific Health dibantu oleh Lani bamfield, Amanda Beeding dan Mimi Ho yang merupakan jururawat unit rawatan intensif neonatal.
Bayi lelaki yang diberi nama Raymond itu tidak mengalami sebarang komplikasi biarpun dilahirkan tidak cukup bulan.

Sebaik sahaja dia disambut oleh doktor di atas pesawat, mereka menggunakan botol ketuhar gelombang untuk memanaskan bayi tersebut selain menggunakan Apple watch untuk memantau denyutan nadi.
Selain itu, kerana mereka tidak mempunyai alat biasa yang mereka lakukan di hospital, Dr Glenn bergantung pada latihan perubatan hutan belantara, dia dan jururawat menggunakan tali kasut untuk mengikat dan memotong tali pusat bayi.
Sumber: People, Sumber gambar: Instagram Hawaii Pacific Health
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cantik & Pantas Bertindak, Juruterbang Wanita Monica Khanna Selamatkan Nyawa 185 Penumpang

Siapa saja yang ingin terlibat dalam situasi cemas sewaktu berada di tengah-tengah penerbangan.
Namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh 185 orang penumpang dan enam orang anak kapal pesawat Boeing 737 SpiceJet dalam perjalanan dari Patna ke Delhi setelah salah satu enjin pesawatnya terbakar di tengah-tengah penerbangan akibat hentakan burung.
Menurut laporan media di India, dalam keadaan tersebut, juruterbang pesawat iaitu Kapten Monica Khanna terpaksa melakukan pendaratan cemas. Dia bertindak pantas dengan mematikan enjin penerbangan yang terjejas tadi dan mendarat semula di Lapangan Terbang Patna.


Jelas penumpang, biarpun mereka berada dalam ketakutan, Kapten Monica telahpun memastikan semua penumpang dan anak kapal selamat dengan melakukan pendaratan secara tenang bersama Pegawai Pertamanya, Balpreet Singh Bhatia.
Sehingga ke saat akhir pendaratan, hanya satu enjin saja berfungsi manakala api dalam enjin satu lagi telah padam ketika ia menghampiri landasan.

Lihat pautan video di bawah yang sempat merakam waktu selepas pesawat berlepas dari landasan.
Fire Visual From Inside Spicejet Plane.#SpiceJet pic.twitter.com/fbZuiVyB1p
— Sandeep Panwar (@tweet_sandeep) June 19, 2022
Sebaik selamat mendarat, wakil syarikat penerbangan dan pegawai lapangan terbang hadir menyambut Kapten Monica dengan tepukan!


Ternyata, tugas sebagai seorang juruterbang juga mampu digalas oleh seorang wanita. Cantik, bijak dan pantas bertindak, REMAJA pasti ramai pelajar perempuan di luar sana kini lebih yakin untuk menceburi bidang yang sinonim dengan dominasi kaum Adam ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Berbakat! Peserta Dewi Remaja 2022 Ini Juga Miliki Lesen Penerbangan Komersil – REMAJA
BACA LAGI : Rupanya Pilot Pesawat MAS Mendarat Masa Taufan Eunice Abang Kepada Hero Remaja – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaikan Tiada Titik Noktah, Ini Kes Buli Yang Pernah Terjadi Di Negara Kita

Seperti yang diketahui ramai, masalah buli dalam kalangan pelajar masih lagi berlaku sehingga hari ini.
Macam yang terjadi baru-baru ini, seorang pelajar berusia 20 tahun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan ditekap menggunakan seterika wap paanas dan juga seorang lagi pelajar juga dari UPNM yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat di pijak senior di padang kawad.
Budaya membuli ini harus diakui acap kali berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama, baik di peringkat sekolah juga institusi pengajian tinggi. Paling menakutkan, kes seperti ini bukanlah kali pertama terjadi sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada pelajar di kawasan tempat belajar seperti sekolah dan universiti.
Sudah banyak kisah tragis yang serupa berlaku sehingga ada yang meragut nyawa. Jom kami kongsikan kepada anda beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita.

AMIRUL NASHRIQ OTHMAN – 2018
Menurut laporan, sebelum ini hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018. Namun, kes ini dibuka semula pada tahun ini apabila peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mahu menuntut keadilan bagi pihak Amirul Nashriq.
Ini disebabkan pemergiaannya menimbulkan 1001 persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, ada juga yang mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.

ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN – 2017
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan telah didera melalui tekapan seterika wap terhadap badannya secara berulang kali serta pukulan-pukulan menggunakan tali pinggang, getah paip, dan hanger oleh sekumpulan pelajar sealiran atas tuduhan pencurian sebuah komputer riba.
Disebabkan cedera parah akibat perbuatan yang dilakukan terhadapnya, Zulfarhan menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2017. Kini, ke 6-6 suspek telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

MOHAMMAD NAIM MUSTAQIM – 2010
Pada tahun 2010, kematian yang meragut nyawa Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri iaitu pelajar Maktab Tentera Di-Raja (RMC) yang pada ketika itu berusia 16 tahun adalah disebabkan dirinya menjadi sasaran pelajar senior sejak sesi persekolahan bermula. Allahyarham dikatakan telah dibelasah pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera Kem Sungai Besi.
Punca kematian Naim disebabkan oleh gegaran yang berlaku pada bahagian kepalanya, selepas dia jatuh ditendang. Lima pelajar senior tersebut telah dibuang serta merta dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.

MUHAMMAD FARID IBRAHIM – 2004
Seterusnya, kes buli yang terjadi kepada allahyarham Muhammad Farid Ibrahim yang berlaku 20 tahun lepas pada tahun 2004. Pelajar Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan yang didapati meninggal dunia selepas dibelasah beramai-ramai 8 orang pelajar lain. Kesemua mereka didapati bersalah, namun disebabkan mereka pada ketika itu dibawah usia 18 tahun mereka tidak boleh dihukum gantung dan hanya dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah.
Bagaimanapun, mereka semua telah diberi pengampunan oleh YDP Negeri Sembilan dan dibebaskan pada tahun 2019.


Jadi itulah antara beberapa kes buli yang pernah terjadi di negara kita. Apa pendapat anda? Kenapa budaya ragging yang teruk ini masih berlaku?
Kami di Remaja ingin menyeru orang ramai jika nampak ada mangsa yang dibuli, cuba bantu mereka. Jika anda takut untuk tampil seorang diri, boleh ajak rakan-rakan lain untuk bantu mangsa sebelum ia menjadi lebih teruk.
Ingat, jangan biarkan ini terjadi lagi. Jom lakukan perubahan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ekoran Isu Boikot, FamilyMart Bakal Tamatkan Kerjasama Dengan Syarikat Israel

FamilyMart Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa anak syarikat induknya akan menamatkan memorandum perjanjian dengan sebuah syarikat pertahanan Israel berikutan gesaan untuk memboikot kedai serbaneka Jepun itu.
ARTIKEL BERKAITAN: “What A Lame Excuse..” – Didakwa ‘Memerli’ Situasi Palestin, ZARA Tampil Beri Kenyataan

Kenyataan ini keluar selepas terdapat gesaan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka itu berikutan anak syarikatnya Itochu Aviation telah menandatangani MoU dengan salah satu syarikat daripada Israel.
Usaha memboikot itu juga telah mendapat sambutan netizen Indonesia dan Malaysia apabila mereka bersama-sama memuat naik foto demonstrasi rakyat Jepun di hadapan ibu pejabat syarikat Penerbangan Itochu.

“Keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di jalur Gaza.
“FamilyMart Malaysia mengulangi pendirian kami bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan dan kami tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel,” katanya.
FamilyMart antara rangkaian serbaneka yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Menjenguk ke ruangan komen pula, rata-rata warganet menyokong tindakan pantas syarikat tersebut dalam memastikan tiada sebarang kaitan dengan penyokongan kekejaman pihak Israel.
“Terbaik FamilyMart! Sentiasa akur dengan netizen. Dari insiden memberhentikan penjualan alkohol sehinggalah ke isu Gaza, harap FM terus maju jaya…” komen seorang warganet.
“Kira dah boleh masuk FamilyMart lah kan?” persoal netizen lain.
“Ini baru statement bukan natural!” sokong pengikut lain.
KREDIT FOTO: Instagram Family Mart
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

