Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!
Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini di pelancaran koleksi raya ShawlPublika x SethandLuna berkata, Misompuru merupakan impian yang dipendam olehnya sejak 20 tahun lalu dan akhirnya tiba juga waktu yang tepat untuk menerbitkannya.
“Sejak awal berada dalam industri ini, saya memang teringin mempunyai sebuah album muzik Borneo. Bila saya sudah ada sumber mencukupi, dana kewangan pun ada serta pasukan sudah kuat untuk keluarkan sebuah album, maka terhasillah Misompuru.”
“Jujurnya saya sebak sangat bila habis rakaman pada Januari lalu kerana saya rasa projek ini dekat dengan hati saya. Saya suka lagu-lagu Borneo dan saya bangga dengan budaya turun-temurun kami. Ini merupakan ‘passion project’ yang saya sudah lama teringin nak buat. Alhamdulillah,” kata penyanyi yang berasal dari Tamparuli, Tuaran di Sabah itu.

Misompuru memuatkan lima buah lagu gabungan dialek serta kebudayaan negeri Sabah dan Sarawak. Marsha turut merasakan dirinya bertuah kerana mempunyai rakan-rakan kolaborasi bagi Misompuru.
Ini termasuklah Velvet Aduk (dari Akademi Fantasia musim keempat), Alena Murang, Amir Jahari dan Rich Gimbang (vokalis kumpulan Estranged). Kalau nak tahu, Marsha juga tidak ketinggalan untuk menyumbang idea bagi lirik salah satu lagu berjudul Santai Saja.
Berikut merupakan senarai trek bagi Misompuru:
Trek 1: Nalan Nalan (Marsha Milan & Alena Murang)
Trek 2: Lintah Darat (Marsha Milan & Velvet Aduk)
Trek 3: Pelangi Pasti (Amir Jahari)
Trek 4: Santai Saja (Marsha Milan)
Trek 5: Hey Aramai Ti (Marsha Milan & Datuk Francis Landong)

Saya Berasal Dari Suku Kaum Minoriti, Jadi…
Kalau korang masih ingat, Marsha dan Velvet sebelum ini pernah muncul dengan single Sumandak Sabah iaitu sebuah lagu Borneo yang sehingga kini menjadi siulan orang ramai.
Sedari awal, Marsha tidak pernah lupakan asal-usulnya. Tolak ketepi penampilannya bak penyanyi antarabangsa di pentas berprestij, Marsha tetap berdiri di bumi nyata sebagai seorang anak seni kelahiran Sabah. Lalu, penyanyi berusia 39 tahun ini merasakan bahunya digalas dengan tanggungjawab untuk mempromosikan kebudayaan masyarakat dari Borneo.
Anda mungkin berminat dengan
“Terus terang saya cakap dalam industri seni kita, saya datang daripada suku kaum minoriti. Misompuru bukan hanya projek nyanyian saya tetapi ia adalah satu langkah ke hadapan bagi suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak dalam industri arus perdana.
“Dengan konsep keramaian yang menggabungkan pelbagai elemen budaya, album ini dihasilkan sebagai satu perayaan muzik yang meraikan keindahan kepelbagaian,” katanya.
Tidak cukup dengan projek album baharu ini, Marsha juga berkongsi mengenai kemunculan sebuah lagi runut bunyi drama bersiri. Ia hadir selepas kejayaan Hening Rindu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 yang pernah menjadi runut bunyi drama Aku Bukan Ustazah musim pertama.
Nak tahu lagu kali ini adalah untuk drama yang mana satu, kenalah tunggu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Antara drama bersiri yang paling dinantikan oleh ramai penggemar K-Drama, namun disebabkan kontroversi yang melibatkan pelakon utamanya, Kim Soo Hyun, penggambaran ‘Knock Off’ terpaksa menghentikan tanpa had masa.
Khabar ini disahkan sendiri oleh pihak produksi yang sudah pun memaklumkan keputusan tersebut kepada para pelakon dan kru.
Pada 23 April lalu, industri hiburan Korea Selatan digemparkan dengan laporan bahawa syarikat produksi rasmi memutuskan untuk menggantung proses penggambaran drama berkenaan selepas Disney+ mengumumkan bahawa tayangan drama tersebut ditangguhkan atas alasan ‘memerlukan pertimbangan yang cermat’.

Dalam pada itu, kontroversi bermula selepas beberapa tuduhan dilemparkan kepada Kim Soo Hyun, termasuklah dakwaan beliau pernah menjalin hubungan dengan mendiang Kim Sae Ron semasa remaja dan menekan Kim Sae Ron untuk melunaskan hutang berkaitan insiden pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI) menggunakan dana agensi keluarganya.
Walau bagaimanapun, Soo Hyun tampil membantah semua dakwaan ini secara terbuka, termasuk mengadakan sidang media penuh emosi untuk mempertahankan dirinya serta reaksi awam masih belum menunjukkan tanda-tanda positif sekaligus isu ini turut memberi tekanan besar kepada produksi Knock Off.
Terdahulu, drama yang dikatakan sudah hampir melengkapkan semua 18 episod ini dilaporkan akan meneruskan penggambaran meskipun berdepan badai kontroversi. Namun, selepas rundingan dalaman, keputusan drastik diambil untuk menghentikan syuting sepenuhnya buat masa ini.

Sementara itu, beberapa pelakon serta kru produksi yang sebelum ini bersedia untuk beberapa baki penggambaran telah beralih ke projek lain dan hal tersebut menambahkan lagi ketidakpastian terhadap masa depan drama tersebut.
Buat masa ini, nasib drama Knock Off masih tergantung dan masih tidak ada kepastian sama ada ia akan diteruskan atau dibatalkan sepenuhnya bergantung kepada perkembangan kes mahkamah dan penyelesaian kontroversi yang membelenggu Kim Soo Hyun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Beberapa hari selepas selamat diijabkabulkan dengan aktor popular, Fattah Amin, penyanyi Amira Othman berkongsi luahan hatinya di Instagram yang sarat dengan rasa syukur atas perjalanan hidup yang sudah tertulis buat dirinya.
“Alhamdulillah, 14 September 2025 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya. Telah Allah tulis tentang jodoh, ajal maut dan semua urusan hidup kita.
“Pastinya kita semua punya takdir yang berbeza-beza, ujian dan nikmat juga berbeza-beza. Betapa Allah itu Maha Kaya,” tulis Amira yang kini berusia 32 tahun.

Dalam perkongsiannya, Amira turut percaya bahawa setiap yang berlaku dalam hidup pasti hadir dengan sebab dan hikmah tersendiri.
“Tapi apa yang pasti, tidak ada seorang manusia pun yang tahu akan nasib dan takdir kita, tapi kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui.
“Apa sahaja yang Dia tentukan, adalah yang terbaik dan akan jadi pada waktu yang paling baik.

“Terima kasih atas doa yang baik-baik untuk kami, semoga Allah kabulkan doa itu buat kalian semua,” katanya lagi.
Untuk info, pasangan selebriti ini telah disatukan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Sepang, Selangor pada malam Ahad lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 402 buah sekolah di seluruh negeri mempunyai masalah disiplin dan penyalahgunaan dadah.
Selangor menjadi antara negeri yang tertinggi dalam senarai, sebanyak 76 buah sekolah yang masing-masing terbahagi kepada dua kategori iaitu masalah disiplin (kategori 1) dan penyalahgunaan dadah (kategori 3).
Kedua tertinggi adalah Johor dengan 63 buah sekolah (hanya tersenarai dalam kategori 3), diikuti Negeri Sembilan (40 buah sekolah yang lima daripadanya tergolong dalam kategori 3), sementara Pulau Pinang dan Pahang berkongsi tangga keempat dengan bilangan 37 buah sekolah setiap satu.
Daripada 37 buah sekolah di Pulau Pinang, sembilan daripadanya adalah daripada kategori 3 dan Pahang sebanyak tujuh buah sekolah.
Walaupun hanya mempunyai 22 buah sekolah yang tersenarai di Kuala Lumpur, kesemuanya diklasifikasikan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah (kategori 3).
Tiada sekolah dari Sabah yang dilaporkan terlibat dalam senarai ini.
Sementara itu, Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu Bernama malam tadi bahawa mereka akan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk menangani masalah di sekolah hotspot ini.
Beliau berkata, sekolah-sekolah ini telah dikenal pasti dengan masalah disiplin, penyalahgunaan dadah dan jenayah, serta kadar ketidakhadiran yang tinggi.
Satu jawatan kuasa telah ditubuhkan di peringkat kementerian dengan kerjasama polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), NGO dan alumni sekolah sebagai usaha untuk menangani masalah ini.
Di harap masalah ini dapat dibanteras dengan segera kerana pelajar-pelajar inilah sebenarnya yang bakal menjadi tunggak negara satu hari nanti.
Berikut merupakan senarai penuh sekolah-sekolah hotspot di Malaysia.













Sumber: News Straits Times
∞