Syarikat penerbangan di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) seperti Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings tidak lagi akan melaksanakan peraturan memadamkan peranti elektronik mudah alih termasuklah telefon pintar sewaktu pesawat berlepas, mendarat dan sepanjang perjalanan mulai 1 Julai 2023.
Pengumuman yang dilakukan oleh Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu sekaligus menjadikan ketiga-tiga syarikat penerbangan itu sebagai syarikat penerbangan pertama tempatan yang membenarkan sambungan internet pintu-ke-pintu untuk penumpang.
Peraturan Menjadi Longgar
Seperti yang kita semua tahu, sudah menjadi kewajiban agar semua anak kapal dan penumpang pesawat untuk mematikan peranti seperti telefon pintar, tablet atau sebarang peranti mudahalih kecil. Kesemua itu seharusnya disimpan di dalam poket di belakang kerusi.
Namun dengan peraturan baru ini, peranti ini boleh terus digunakan selagi korang mengaktifkan mod penerbangan pada peranti. Jadi, korang bolehlah terus menonton kandungan yang telah dimuat turun ataupun merakam foto serta video pada bila-bila masa.
Ads
Seperkara lagi, bagi penumpang kelas perniagaan dan suite perniagaan di dalam pesawat Malaysia Airlines, mereka juga boleh menikmati jaringan Wi-Fi berkelajuan 512kbps dan had kuota 100MB secara PERCUMA dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2023. Sekiranya korang merupakan ahli Enrich Platinum, korang juga akan menerima tawaran ini tanpa mengira kelas penerbangn.
Ads
Selain itu, MAG juga menyatakan bahawa ia akan terus memodenkan pengalaman di dalam pesawat seperti menggunakan kerusi lebih ringan tanpa skrin, tempat meletak peranti, dua post USB jenis A dan C di samping memastikan keselamatan dan keselasaan penumpang.
Ads
Jadi selepas ini sekiranya korang lihat sesiapa ligat menggunakan telefon pintar sewaktu pesawat berlepas dan mendarat, janganlah jadi ‘pembaris’ dengan menegur mereka. Hehe.. Tidak mustahil lebih banyk syarikat penerbangan yang akan mengaplikasi peraturan baharu ini.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia digital kini telah menjadikan ‘peta dunia’ semakin kecil. Maksud REMAJA, kita kita berpotensi untuk berkenalan dengan ramai orang dari seluruh dunia dengan hanya menggunakan Internet dan aplikasi yang ada.
Siapa dekat sini single? Okay mungkin ada berita baik untuk korang. Kalau selalu menghadap sedih mengenangkan nasib diri yang belum ditemukan jodoh. Mungkin selepas ini korang boleh memuatnaik aplikasi Tinder di handphone masing-masing.
Tinder kini mempunyai ciri-ciri ‘explore’, sama seperti Instagram, yang membolehkan pengguna mencari pelbagai jenis kaedah untuk berinteraksi dan berkenalan dengan pasangan yang berpotensi.
Selain itu, penambahbaikan dalam ciri terbaru ini ialah mod ‘explore’ , pengguna akan disediakan aktiviti seperti Swipe Night, permainan video interaktif Tinder, dan ciri baharu yang dipanggil ‘Hot Takes’.
Dengan mod itu juga, Tinder akan menyediakan tempoh waktu dari seawal jam 6 petang hingga 12 malam mengikut kepada waktu tempatan dengan menjawab soalan-soalan kuiz sebagai permulaan perbualan menerusi aplikasi tersebut.
Ini adalah kali pertama pengguna Tinder dapat berinteraksi dengan seseorang sebelum benar-benar dijodohkan atau ‘matched’.
Ideanya juga jelas memberi mereka sesuatu untuk dibincangkan dan dapat menilai ‘chemistry’ atau jodoh sebelum memulakan perbualan dengan lebih serius.
Selain daripada itu, pengguna kini boleh memilih pasangan serasi menerusi ‘passion’ atau minat yang boleh dikaitkan dengan diri pengguna.
Lebih menarik lagi, Tinder kini membolehkan pengguna untuk memuat naik video sebagai sebahagian daripada profil – dan ia boleh dimuat naik sehingga sembilan video dengan durasi hingga 15 saat, dan semuanya adalah percuma.
Wow, menarik bukan? Tapi sebelum tu kami nak ingatkan, jangan salah gunakan pula fungsi baru Tinder ni ya. Untuk yang bujang saja, yang dah kahwin jangan pandai-pandai nak try. Jadi apa-apa nanti tanggung sendiri. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend ini bukanlah tentang memelihara haiwan atau tanaman, tetapi tentang memelihara batu. Ya, batu. Mungkin terdengar aneh, tetapi ramai anak muda di Korea Selatan telah mendapati ketenangan dan kepuasan dalam mengumpul dan menjaga batu sebagai hobi.
Foto: Weverse Jeonghan SEVENTEEN
Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, separuh daripada penduduk Korea Selatan tinggal bersendirian dan menghabiskan masa dengan bekerja sepanjang hari.
Kesepian telah mendorong anak muda untuk mencari ‘kawan’ dalam bentuk yang berbeza. Namun, berbeza dengan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing yang memerlukan banyak perhatian daripada pemilik, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyimpan batu.
Batu peliharaan ini bukan sekadar disimpan atau digunakan sebagai hiasan, tetapi diberi nama, diajak berbicara, malah dipakaikan pakaian seperti makhluk hidup. Beberapa pemilik batu bahkan meletakkan batu tersebut di atas katil untuk tidur bersama mereka.
Dalam satu video yang viral di TikTok, batu tersebut boleh dilihat dibalut dengan tuala, dilapisi dengan foundation, disapu dengan solek kening, atau dipasang mata dan bibir palsu.
Doljjong ialah batu peliharaan Jeonghan SEVENTEEN. Dia rajin mencucinya untuk menyediakan rumah yang selesa untuk batu itu
Trend ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat umum tetapi juga di kalangan selebriti termasuk ahli kumpulan idola seperti Seventeen dan Enhypen. Ahli Seventeen, Jeonghan adalah salah seorang yang menyertai trend ini, dan menamakan batu kesayangannya ‘Doljjong’.
Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Julai 2023, pandemik virus corona juga telah mendorong kepopularan batu peliharaan ini. Malah, beberapa idola K-Pop juga secara terbuka mengakui bahawa mereka turut mengikuti tren tersebut.
Adui, macam-macam la dorang ni, dah kenapa bela batu. hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muruku bukan sahaja makanan tradisi masyarakat India tetapi kegemaran rakyat Malaysia.
Ahad ini, masyarakat India akan menyambut Deepavali dan pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk berkunjung ke rumah kenalan bagi sama-sama meraikan perayaan itu. Sudah tentu, tumpuan utama nanti adalah makanan istimewa termasuklah hidangan wajib iaitu muruku.
Apa kata tahun ini anda cuba sendiri buat muruku dan dibawa sebagai hadiah kepada rakan-rakan beragama Hindu. Bagi anda yang tercari-cari resipi muruku yang sedap, mudah & rangup, resipi perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram ni antara yang boleh dicuba.
1. MURUKU RIBEN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung kacang kuda
1 ½ sudu teh serbuk cili merah
¼ sudu teh asafoetida
1 sudu teh mentega
110ml air
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas sejuk.
Sedia untuk dinikmati.
2. MURUKU BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
2 cawan tepung kacang kuda
5 tangkai cili kering
10 ulas bawang putih (dikupas)
1/8 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
50ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
3. BUTTER MURUKU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan Tepung Beras
1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
1 cubit Asafoetida
1/8 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
100ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
4. MURUKU JINTAN MANIS
BAHAN-BAHAN:
¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
2 cawan Tepung Beras
½ cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
1 ½ sudu kecil Jintan Manis
¼ sudu kecil Asafoetida
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
300ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
5. OMAPODI
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan tepung beras
1 cawan Tepung Kacang Kuda
¼ sudu kecil Asafoetida
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil mentega
100ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.
Untuk info Asafoetida bermaksud Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!