Sudah 24 tahun berada dalam industri muzik, penyanyi Misha Omar tetap menganggap dirinya sebagai seorang yang masih perlu banyak belajar.

Bagi pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu, pengalaman yang dikumpul sepanjang lebih dua dekad dalam dunia seni bukan alasan untuk berhenti memperbaiki diri.

Misha berkata prinsip untuk terus belajar menjadi antara pegangan penting dalam perjalanan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

24 Tahun Dalam Industri, Misha Omar Tak Pernah Berhenti Belajar, Persiapan ‘Aku & Lelaki’ Sudah Empat Bulan

Menurutnya, bidang nyanyian sentiasa berkembang dan seseorang penyanyi perlu bersedia untuk meningkatkan kemampuan dari semasa ke semasa.

“Di saat kita rasa kita dah cukup (bagus), habislah. Kita perlu berkembang, setiap hari adalah hari baharu dan menjadi peluang untuk kita meningkatkan diri dalam semua benda,” katanya ketika sesi media eksklusif bagi mempromosikan persembahan Misha Omar – Aku & Lelaki.

Tak malu anggap diri sebagai pelajar

Misha turut selesa meletakkan dirinya sebagai seorang pelajar dalam bidang vokal meskipun sudah lama berkecimpung dalam industri.

Ads

Malah, penyanyi berkenaan kini konsisten mendapatkan bimbingan daripada dua guru vokal, Shaffiq Erwin dan Datuk Shafinaz Selamat, bagi membantu memperkemas teknik serta kawalan suaranya.

“Seiring dengan peningkatan usia, emosi, tenaga dan ketangkasan perlu dijaga. Oleh sebab itu saya konsisten berguru kerana ilmu nyanyian ini adalah proses pembelajaran berterusan,” katanya yang berazam mahu sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat.

24 Tahun Dalam Industri, Misha Omar Tak Pernah Berhenti Belajar, Persiapan ‘Aku & Lelaki’ Sudah Empat Bulan

Lebih empat bulan buat persiapan

Dalam perkembangan berkaitan, Misha bakal tampil menerusi persembahan Misha Omar – Aku & Lelaki yang dijadualkan berlangsung di JioSpace pada 24 Oktober depan.

Bagi memastikan persembahan tersebut berjalan lancar, Misha mendedahkan dia sudah menjalani latihan sejak lebih empat bulan lalu, merangkumi persiapan fizikal dan vokal.

Ads

Tempoh latihan itu juga secara tidak langsung membolehkan dirinya menyedari beberapa perubahan yang berlaku terhadap kekuatan fizikal dan emosinya seiring peningkatan usia.

“Memang nampak perubahan dari segi kekuatan fizikal dan emosi, cuma saya perasan saya cepat penat. Tapi saya mahu memberikan yang terbaik untuk peminat yang sudah membeli tiket dan menyokong saya,” katanya.

24 Tahun Dalam Industri, Misha Omar Tak Pernah Berhenti Belajar, Persiapan ‘Aku & Lelaki’ Sudah Empat Bulan

Konsert ulang tahun ke-25 ditangguhkan

Sementara itu, Misha turut berkongsi mengenai perancangan untuk mengadakan konsert bersempena ulang tahun ke-25 penglibatannya dalam industri muzik yang dijangka diraikan tahun depan.

Ads

Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan susulan pelbagai agenda besar yang sudah dijadualkan berlangsung pada tahun berkenaan.

Meski begitu, Misha memilih untuk melihat perkara tersebut dari sudut positif dan menganggap penangguhan itu mungkin memberikan lebih banyak ruang untuk dirinya mempersiapkan sesuatu yang lebih bermakna.

“Mungkin Allah beri saya masa untuk cipta lebih banyak lagu, tambah lagi katalog sebelum kita buat konsert ulang tahun ke-25 itu,” katanya.

24 Tahun Dalam Industri, Misha Omar Tak Pernah Berhenti Belajar, Persiapan ‘Aku & Lelaki’ Sudah Empat Bulan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads