Hubungan Lee Seung Gi dan Lee Da In Foto Via Instagram

Pelakon romantik kegemaran ramai, Lee Seung Gi dilaporkan bakal bernikah dengan pelakon berbakat, Lee Da In.

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Yoona & (Mungkin) Suzy, Lee Seung-Gi Kembali Temui Cinta Dengan..

Tiba-Tiba Umum Bernikah, Ini Fakta Hubungan Lee Seung Gi dan Lee Da In
Hubungan Lee Seung Gi dan Lee Da In

Pastinya berita gembira ini memeranjatkan peminat terutama hubungan mereka berdua yang rumit bermula dari penolakan peminat sehingga berita mereka sudah putus cinta. Namun, akhirnya hubungan mereka tidak lama lagi akan diteruskan ke peringkat perkahwinan.

Dalam akaun Instagramnya, Lee Seung Gi memuat naik tulisan tangan, yang melaporkan bahawa dia memutuskan untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama Lee Da In, sebagai suami isteri, yang berjaya membuatkan peminat tersentuh.

 

IKLAN

Menerusi perkongsiannya itu, dia menulis nota tangan mengatakan bahawa majlis perkahwinannya bersama Da-in akan berlangsung pada 7 April ini.

” Saya telah buat keputusan bahawa saya ingin menghabiskan masa sebagai ‘suami isteri’ dan bukannya sebagai ‘pasangan bercinta’. Saya telah melamar dan menerima jawapan ‘iya’.”

Tiba-Tiba Umum Bernikah, Ini Fakta Hubungan Lee Seung Gi dan Lee Da In
Hubungan Lee Seung Gi dan Lee Da In

Tambah penyanyi dan pelakon itu, dia ingin kekal bersama dengan Da-in sehingga ke akhir hayatnya sejak rasmi mengumumkan hubungan cinta mereka pada hujung tahun 2020.

IKLAN

” Dia mempunyai hati yang baik dan penyayang. Saya mahu kekal bersama dengan orang ini (Da-in) selamanya. Saya mahu jalani kehidupan penuh liku dan gembira tanpa melepaskan tangan yang saya pegang.”

Fakta Hubungan

  • Lee Seung-Gi, 35 dan Lee Da In, 30 pada mulanya hanya berkenalan sebagai rakan biasa saja. Namun dek kerana minat mendalam pasangan tersebut dalam sukan golf, mereka mula mengenali hati budi masing-masing.
  • Lee Da In juga dilaporkan telah melawat nenek Lee Seung Gi di Sokcho.
  • Bagaimanapun, selepas berita hubungan antara Lee Seung Gi dan Lee Da In tersebar, beberapa peminat Lee Seung Gi memberi reaksi keras malah menghantar sepanduk dan lori sebagai tanda protes dan menolak hubungan mereka berdua.
  • Penolakan ini didorong oleh ibu bapa Lee Da In yang mengaut kekayaan mereka daripada penipuan kewangan, yang menyebabkan ramai mangsa.
  • Seung-gi sendiri menidakkan dakwaan yang mengatakan hubungannya bersama kekasih telah pun putus pada 5 Jun 2022.
  • Akibat penolakan itu, reputasi Lee Seung Gi dalam dunia Variety Show merosot.
  • Bagaimanapun, Lee Seung Gi mencuba nasib menerusi lakonan dalam drama bertajuk, “Love By Law” pada Ogos 2022.
  • Sehingga akhirnya, pada Selasa, 7 Februari 2023, Lee Seung Gi mengumumkan bahawa dia akan meneruskan hubungannya dengan Lee Da In, hingga ke peringkat perkahwinan. Yang dirancang akan berlangsung pada 7 April 2023. ***

Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat Lee Seung Gi dan Lee Da In.

IKLAN

BACA LAGI : 6 Power Couple Selebriti Korea Yang Pernah Gemparkan Industri Hiburan – REMAJA

Sumber: Instagram, (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI