Baru-baru ini, minggu separuh akhir Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila ketujuh-tujuh peserta berjaya melayakkan diri mara ke peringkat akhir selepas tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu ketujuh dari pentas saingan itu, pada Ahad.
Tampil dengan bertemakan ‘One Step Closer’, kesemua peserta iaitu Daniel Sher, Rizal Rasid, Ray-D, Izat Ibrahim, Araff, Afiq Sky dan Ariel Fesol turut membuat persembahan istimewa sebagai OT7 menerusi lagu Gento nyanyian asal kumpulan terkenal dari Filipina, SB19.
Dalam pada itu, menurut juri tetap Datuk Syafinaz Selamat (Tok Naz) berkata sejurus selepas persembahan pertama, beliau meluahkan rasa kagum terhadap semangat para peserta serta berharap mereka akan memberikan yang terbaik dalam setiap nyanyian sama ada secara berkumpulan mahupun solo.
“Saya suka dengan persembahan malam ini dan rasa sayang betul kalau malam ini ada yang tersingkir”
Ads
“Bila mereka semua atas pentas sama-sama, kita nampak eh semua ini menjadi. Kalau betul pihak produksi mahu tujuh orang sehingga akhir, saya harap mereka semua bekerja lebih keras lagi,” katanya.
“Untuk persembahan solo pula, minggu ini mereka agak menurun sedikit mungkin disebabkan penat dan terlalu fokus untuk nyanyian berkumpulan,” jelasnya lagi.
Sementara itu, pentas separuh akhir Big Stage Alpha menyaksikan Daniel Sher mengungguli dengan bergaya di tempat pertama, dengan markah keseluruhan daripada juri sebanyak (75.05 %), Rizal Rasid kekal di tempat kedua dengan markah 72.48 % dan di tempat ketiga Ray-D dengan 68.18 %.
Ads
Manakala, bagi Ariel Fesol dengan markah 60.40 %, hampir berdepan dengan detik mendebarkan apabila terselamat dari penyingkiran pada minggu ini setelah mendapat undian paling rendah dari penonton
Bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, program edisi all-male ini menyaksikan para peserta tampil dalam persembahan berkumpulan iaitu Alpha Prime dianggotai oleh Araff, Rizal Rasid, Daniel Sher, dan Ariel Fesol serta Alpha Ultra yang dianggotai oleh Ray D, Izat Ibrahim, dan Afiq Sky.
Big Stage Alpha merupakan spin-off pertama Big Stage dengan konsep 18 bintang lelaki akan bertanding untuk dijadikan sebuah kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Astro. Walau bagaimanapun, kini hanya 7 orang yang berjaya mara ke minggu ‘Grand Finale’.
Setiap minggu, para peserta akan diuji menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan mengikut tema yang diberikan.
Penjurian dikendalikan oleh barisan juri tetap seperti Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, dan Edry Abdul Halim, manakala Ajai tampil sebagai juri jemputan untuk minggu ketujuh.
Program yang dihoskan oleh gandingan mantap Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan senang untuk individu menerima subsidi sebanyak RM200 sebulan dalam tempoh dua tahun pembiayaan dengan pihak bank. Namun demi menggalakkan golongan belia berusia 18-45 tahun sama ada yang masih bujang atau sudah berkahwin dan ianya pembelian rumah pertama, melalui Skim Perumahan Belia korang boleh dapat subsidi sebanyak RM200 setiap bulan.
Ambil contoh kalau pembiayaan rumah korang perlu dibayar RM1000 sebulan pada bank. Tapi dengan subsidi ditawarkan ini, korang perlu bayar cuma RM800 sahaja untuk tempoh pembiayaan selama dua tahun sebelum bayaran penuh pada tahun ke tiga pembiayaan.
Nak tahu caranya bagaimana? Yalah, muda-muda terutama kalau masih bujang kalau dapat beli rumah ianya satu pencapaian yang sangat bagus. Ini maknanya korang pandai merancang masa depan. Bila berkahwin nanti, senang je pasangan sudah ada rumah untuk berteduh, ya tak?
Dapat beli apartment bawah RM300,000 dah cukup bermakna sekarang ini terutama bagi orang bujang. Sekurangnya boleh buat sewa atau bila dah kahwin, sudah ada rumah kediamaan sendiri
Hokay, apa yang perlu korang tahu tentang Skim Perumahan Belia ini?
Skim Perumahan Belia BSN 2019 ini merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berusia 18-45 tahun, sama ada masih bujang mahu pun sudah berkahwin untuk membeli rumah pertama SAHAJA.
Rumah yang bernilai di bawah RM500,000 ke bawah, adalah layak untuk membuat pinjaman ini di mana Skim Perumahan Belia BSN 2019 ini terletak di bawah skim My Home BSN. Kiranya pinjaman perumahan ini adalah di bawah Bank Simpanan Nasional.
Melalui skim ini, korang boleh dapat dana subsidi sebanyak RM200 SEBULAN selama dua tahun. Konsepnya, siapa cepat dia dapat kerana skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 rumah sahaja berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Antara ciri-ciri dan kelebihan skim ini adalah:
Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.
100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000 (tak payah bayar duti setem kalau hartanah bawah RM300,000)
Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual
Skim ini sesuai untuk hartanah dari RM100,000 – RM500,000.
Tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).
Kalau ada rezeki lepas kahwin boleh saja beli rumah begini. Kata orang selesa untuk yang sudah berkahwin
Kadar faedah pula seperti yang ditetapkan di portal rasmi BSN iaitu:
Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*.
Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).
Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Bagi anda yang berminat untuk memohon skim perumahan BSN ini, sila penuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:
Warganegara Malaysia
Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
Pembeli rumah pertama sahaja
Permohonan perlu disertakan bersama beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
Kalau korang masih ingat masa waktu sekolah dulu, masuk saja bulan Ogos mesti diwajibkan menyanyi lagu-lagu patriotik ketika dalam perhimpunan. Ingat lagi kan?
Setiap pelajar diberikan lirik-lirik lagu patriotik yang akan dinyanyikan secara bergilir-gilir setiap hari. Kena pula nyanyi lagu best, pergh memang bersemangat la kita nak nyanyi. Siap kibarkan bendera Malaysia lagi.
Bila sampai akhir bulan, kertas lirik pun dah lunyai dan sebenarnya tak perlu tengok pun pelajar dah boleh hafal. Kalau teringat balik time tu mesti rindu kan.
Korang ingat tak antara lagu-lagu patriotik yang kita nyanyi dekat sekolah dulu? Jom recap sikit..
1. Tanggal 31 Ogos
2. Setia
3. Sejahtera Malaysia
4. Inilah Barisan Kita
5. Tanah Pusaka
6. Kampungku
7. Malaysia Oh Tanahairku
8. Keranamu Malaysia
9. Jalur Gemilang
10. Dirgahayu Tanah Airku
Kalau korang dak-dak 90’s mesti familiar dengan lagu-lagu ni kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff KL memaklumkan hal berkenaan kira-kira jam 9.30 malam tadi selepas ia mempertimbangkan pelbagai cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan acara berkenaan.
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada pembatalan tersebut adalah kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran. Menganjur juga berkata pembatalan ini tidak disebabkan oleh mana-mana rakan strategik, penaja atau vendor yang terlibat.
Feby PutriInsomniacksNadin Amizah
“Tuff KL mengambil tanggungjawab penuh atas keputusan ini dan komited untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan.
“Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan festival ini dan ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.”
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong One Love Music Festival termasuk penonton, artis, penaja, rakan strategik dan vendor.
“Sokongan anda amat kami hargai dan kami berharap dapat bangkit semula dengan acara yang lebih baik pada masa hadapan,” ujar Tuff KL.
Dalam pada itu, pengunjung yang telah membeli tiket masuk boleh menghubungi penganjur untuk proses pemulangan dana. Maklumat lanjut akan diumumkan melalui saluran rasminya di akaun Instagram @olmfest_ dalam masa terdekat.
One Love Music Festival sebelum ini menyenaraikan barisan artis dari Malaysia dan Indonesia bagi menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut. Antaranya terdiri daripada Nadin Amizah, Salma Salsabil, Insomniacks, Bunkface, Kugiran Masdo, Hujan Band, Drama Band, Feby Putri, 53 Universe dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...