Takziah REMAJA ucapkan kepada seluruh ahli keluarga pengarah tersohor negara, Mamat Khalid yang meninggal dunia lewat malam tadi di Hospital Slim River, Perak susulan serangan jantung.

Mamat Khalid, 58 meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima orang naik. Arwah telah disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh selepas solat Zuhur hari ini.

Di saat seluruh rakyat Malaysia masih terkejut dengan perkhabaran tersebut, abang arwah yang juga merupakan kartunis terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid ataupun Datuk Lat berkata mereka sekeluarga redha dengan pemergian beliau.

IKLAN
“Arwah Seniman Yang Mengangkat Perak Dalam Seninya..” Datuk Lat Peringati Adik, Mamat Khalid
Abang kepada arwah Mamat Khalid, Datuk Lat.

Menyifatkan arwah Mamat Khalid sebagai seorang pencinta seni tegar kepada rakan media di Berita Harian, Datuk Lat juga merasakan banyak perkara dan minat sama yang dikongsi oleh mereka berdua di samping tiga lagi adik-beradik yang lain. Senang cerita, seluruh keluarganya itu punyai minat dalam bidang seni. Ada yang pandai menyanyi, melukis, bermain alat muzik dan dalam kes arwah Mamat Khalid, bergelar sutradara yang cukup kreatif.

“Seperti saya, arwah seperti pulang ke sarang (Ipoh) untuk berkarya. Saya pun akhirnya balik ke sini selepas puas merantau.

IKLAN

“Arwah antara seniman yang terus mengangkat Perak sebagai lokasi penggambaran utama kerja seninya. Hinggakan arwah mengasas dan menubuhkan kafe Sarang Art Hub di Tanjong Malim sebagai pusat hentian dan persinggahan berpaksi seni,” ulasnya.

IKLAN
“Arwah Seniman Yang Mengangkat Perak Dalam Seninya..” Datuk Lat Peringati Adik, Mamat Khalid
Allahyarham Mamat Khalid.

Untuk pengetahuan, sebelum arwah Mamat Khalid dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans , beliau sebenarnya berada di kafe Sarang Art Hub tersebut yang menganjurkan persembahan langsung kumpulan Pasukan Gerak Am (PGA) Batalion 3 Orang Asli semalam. Ketika sedang membuat persembahan dengan bermain keyboard, secara tiba-tiba arwah tidak sedarkan diri disebabkan serangan jantung.

Antara karya seni arwah Mamat Khalid yang masih menjadi tontonan rakyat Malaysia dari semasa ke semasa termasuklah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang, Rock, Rock Oo!, Apokalips X, Estet dan Rumah Pusaka Di Simpang Jalan.

Seperti Datuk Lat yang sinonim dengan karya Kampung Boy yang menceritakan mengenai kehidupannya sebagai Lat (panggilan manja yang lebih pendek kepada ‘Bulat’ iaitu panggilan keluarga beliau kepadanya semasa membesar) di Perak dahulu kala, kebanyakan filem-filem arahan Mamat Khalid ini juga mengambil tempat di Perak.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI