Setelah satu perkongsian daripada REMAJA semalam berkenaan penggunaan DIY skincare pada wajah, ramai pembaca yang berkongsi tip yang mereka amalkan sendiri.
Walaupun DIY skincare mempunyai risiko seperti yang dikatakan oleh Doktor Norbaizura, namun jika dilakukan dengan cara yang betul, tak mustahil masalah kulit wajah boleh diatasi.
Jangan pakai hari-hari, paling kerap adalah untuk memakai seminggu sekali atau dua kali. Jika terlalu kerap, kulit akan mudah bertambah kasar dan menggerutu.
Ketahui dulu masalah kulit wajah yang korang hadapi. Ini agar korang boleh bezakan bahan apa yang boleh dipilih. Tak semua sayur dan buah di luar sana itu berkesan untuk semua jenis masalah. Kalau tersilap pilih, takut kulit bertambah rengsa pula kerana ia tak sesuai dengan masalah korang.
Contohnya, jika korang nak hilang kulit jeragat, korang boleh campurkan madu dan kulit pisang. Madu diketahui ramai elok untuk menghilangkan kesan jerawat pada wajah.
Fokus kepada hanya satu atau dua bahan saja bergantung kepada masalah kulit yang korang nak atasi. Elakkan campuran bahan yang terlalu banyak kerana tidak semuanya boleh dicampur aduk.
Seperkara lagi, pastikan bahan tersebut adalah asli dan bersih.
* * * * *
Apa pun, seperti yang kami katakan pada artikel terdahulu, lebih baik jika pengamal DIY skincare ini merujuk kepada pakar dahulu sebelum mencuba. Kalau makin teruk kondisi kulit, kan dah susah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya bila korang keluar rumah, sangatlah penting. Tak kisah lah cuaca panas terik atau mendung, kulit tetap memerlukan perlindungan!
Sunblock bukan saja melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB, malah membantu mencegah iritasi kulit, terutama di negara panas dan lembap macam Malaysia.
Sinaran matahari boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit, jadi kita perlukan perlindungan yang betul.
SPF, atau Sun Protection Factor, berfungsi berdasarkan jenis kulit dan warna kulit korang. SPF ni sangat penting untuk mencegah keadaan perubatan yang serius seperti kanser kulit.
Selain itu, TPF (Tan Protection Factor) pula membantu untuk elak pigmentasi dan perubahan warna pada kulit. Pilih pelindung matahari ikut warna kulit, ya! Kalau kulit gelap, pilih SPF rendah, dan kalau kulit cerah, SPF lebih tinggi lebih sesuai.
Jom kita tengok tip memilih sunblock yang sesuai mengikut jenis kulit!
Kulit Berminyak
Kulit berminyak memang agak mencabar. Biasanya kawasan hidung, dahi, dan pipi cepat berminyak. Jadi, pilihan terbaik untuk korang adalah sunblock dalam bentuk gel atau formula SPF berasaskan air (aqua). Krim dalam bentuk serbuk juga boleh bantu kurangkan kilauan minyak. Produk ini mengeringkan kulit tanpa buatkan ia kelihatan terlalu berminyak.
Kulit Normal
Bagi yang memiliki kulit normal, korang bertuah sebab jenis kulit ni tak banyak masalah. Kulit nampak sihat dan berseri, cuma perlukan pelindung matahari biasa. Krim sunblock berasaskan krim yang ringan adalah pilihan terbaik.
Kulit Kering
Kulit kering mempunyai sedikit sebum dan boleh jadi sangat sensitif. Biasanya kulit akan rasa ketat dan kurang selesa selepas mencuci muka. Untuk kulit jenis ini, losyen atau pelembap SPF adalah pilihan terbaik. Krim yang lebih tebal dan melembapkan akan memberi kelegaan kepada kulit kering, jadi pastikan memilih produk yang lebih berkrim dan bukan matte. Semakin tinggi SPF, semakin berat formulanya.
Apa Jadi Kalau Tak Pakai Sunblock?
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine pada 2013, pendedahan kepada sinaran matahari merupakan punca utama penuaan kulit, dengan sekitar 90% kerosakan kulit disebabkan oleh sinaran matahari. Tanpa perlindungan, kulit boleh mengalami keradangan atau melepuh yang menyebabkan tisu kulit rosak.
Kerosakan kulit ini akan menyebabkan sel-sel imun berkumpul untuk menyembuhkan tempat yang rosak, dan ini boleh mengakibatkan sensasi terbakar yang menyakitkan. Lebih teruk lagi, kerosakan ini menjadi risiko kepada kanser kulit.
Sinaran matahari juga menyebabkan pembentukan jerawat. Sinar UV yang terlalu banyak boleh menyebabkan sel-sel mati yang menyumbat liang pori dan memperburuk jerawat.
Walaupun kulit yang tan mungkin kelihatan menyembunyikan kemerahan jerawat, hakikatnya, pendedahan kepada matahari hanya memperburuk masalah tersebut!
Bila Waktu Sesuai Pakai Sunblock?
Disyorkan supaya korang memakai sunblock sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum keluar rumah. Ini memberi masa untuk produk kering dan bertindak dengan baik pada kawasan kulit yang terdedah. Sapu semula setiap 2 jam kalau korang berada di bawah matahari sepanjang hari, walaupun ketika cuaca berawan. Sebabnya, 80% sinaran UV masih boleh menembus awan!
Kalau keluar ke pantai atau kawasan terbuka, pastikan sapu semula setiap 15-20 minit. Jangan lupa untuk bersihkan muka atau lap dengan tisu basah sebelum menyapu semula sunblock.
Ingat, setiap kali keluar rumah, pastikan krim pelindung matahari tak tertinggal! Jangan ambil mudah, kerana kulit kita memerlukan perlindungan sepanjang masa!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas melakukan banyak aktiviti di siang hari, tentu kita mengharapkan dapat tidur lena dan benar-benar berkualiti pada sebelah malam.
Tidur lena tanpa terganggu menjadi impian ramai orang kerana kekurangan tidur boleh membuatkan mood berubah pada keesokkan harinya.
Kalau ramai tertanya-tanya bagaimana mahu mendapatkan tidur yang nyenyak, tahukah faktor pemakanan banyak membantu korang. Korang disarankan mengambil makanan seperti magnesium, protein selain karbohidrat bagi yang ada masalah untuk tidur.
Jom tengok apa menu makanan yang boleh buat tidur korang lena. Korang sangat digalakkan makan makanan ada tryptophan yang banyak diperoleh dari telur, pisang, susu, kuaci bunga matahari dan coklat gelap (dark coklat).
Tapi kalau susah nak tidur, korang disarankan ambil makanan mengandungi magnesium, protein, dan karbohidrat ternyata sangat disarankan untuk dimakan jika korang ada masalah susah tidur.
Telur antara makanan paling baik untuk tidur lena kerana ada tryptophan yang banyak padanya
Kenapa telur rebus sangat baik untuk dimakan di malam hari?
Telur rebus kaya dengan protein dan dapat menjaga keseimbangan gula dalam darah dan mampu membuatkan tidur lena. Makanlah sebagai lauk dan gerenti korang tidur lena.
Pisang. Kaya dengan magnesium dan potasium yang ada di dalam pisang mampu meningkatkan melatonin iaitu hormon tidur. Apa yang baik, pisang boleh membantu mengatasi masalah krem pada badan jika diamalkan secara berterusan.
Pisang kaya dengan magnesium dan potasiumKandungan melatonin yang banyak dalam ceri bantu korang yang ada masalah tidur lena
Buah ceri – Boleh dibuat jus tetapi makan begitu saja jauh lebih baik. Jika korang makan buah ceri sebelum tidur, kandungan melatonin yang banyak didalamnya membantu korang tidur dengan nyenyak.
– Sayur bayam – Sayuran hijau ini kaya dengan magnesium, potassium dan kalsium yang buat tidur lebih lelap.
Oatmeal – Biasa kita ambil sebagai sarapankan. Tapi ia juga boleh diambil sebelum tidur. Oatmeal kaya dengan magnesium dan bantu korang tidur lena.
Pilihlah makanan laut terutama yang mengandungi Omega 3 untuk tidur lebih lena
Ikan – Makanan laut ini mengandungi vitamin B6 yang membantu mengeluarkan melatonin dan buat tidur lebih nyenyak. Makanlah apa saja jenis ikan tapi paling kaya dengan kandungan omega 3.
Kacang Almond – Kandungan magnesium yang ada di dalam kacang almond sangat tinggi dan baik untuk membuat otot lebih rilek. Selain itu, protein yang ada menjadikan gula dalam darah menjadi seimbang di saat tubuh sedang berehat.
Jadi bagi korang yang ada masalah nak tidur lena, susah nak tidur tu, makanlah makanan disarankan ini ya. Insya Allah, tidur yang lena akan buatkan hidup lebih mudah diuruskan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin sudah ajal mendiang untuk ‘pergi’ pada usia yang muda..
Namun, khabar kematian singer-song writer K-Pop iaitu Maeng Yuna pada hari ini cukup mengejutkan ramai peminatnya yang terdiri daripada pendengar muzik Indie.
Ini kerana Yuna baru saja berusia 29 tahun dan punca kematiannya disahkan sebagai sakit jantung. Satu punca yang jarang sekali didengari di kalangan insan semuda Yuna. Namun, itulah yang dikhabarkan oleh agensinya, JH Entertainment.
Menurut wakil mereka lagi, Yuna telah meninggal dunia pada 26 Disember 2018. Disebabkan ramai yang masih berada dalam mood perayaan, khabar kematian disorokkan terlebih dahulu dan majlis pengebumiaan Yuna hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapatnya saja.
Penyanyi OST drama Sping Waltz ini juga dikatakan sedang bersedia untuk melakukan comeback pada bulan Jun akan datang.
”Kami sendiri terkejut. Selain kadangkala stres akibat kerja, Yuna bagaimanapun tak mempunyai apa-apa sejarah penyakit. Jadi semua masih keliru akan sebab sakit jantung itu,” kata mereka lagi.
***
Menurut pakar, terdapat beberapa sebab utama yang menjadi punca kepada sakit jantung pada usia muda.
Salah satu adalah tekanan darah tinggi. Ia sebenarnya lebih berbahaya terhadap remaja memandangkan tiada simptom darah tinggi yang boleh ‘memberi amaran’ kepada pesakit – tidak seperti di kalangan pesakit dewasa.
Selain itu, remaja juga boleh berdepan dengan sakit jantung jika mempunyai kadar kolestrol tinggi kerana ia punca kepada saluran tersumbat. Situasi yang dinamakan sebagai atherosclerosis ini cukup berbahaya tanpa mengenal usia.
Akhir sekali adalah kerana tabiat merokok. 9 daripada 10 orang perokok mula merokok sebelum tamat sekolah menengah.
Walaupun remaja jarang terkena sakit jantung, namun kajian mendapati 75% perokok terdedah kepada penyakit itu.
***
Apapun, kami tumpang sedih dengan kematian mengejut Maeng Yuna ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!