Tiada Lagi Pelamin Impian, Arwah Adib Sepatutnya Berkahwin Disember Ini

Share

 

 

20 hari bertarung nyawa selepas mengalami kecederaan parah di bahagian paru-paru akibat dipukul oleh perusuh dalam kejadian tragedi rusuhan di Kuil Sri Mariamman, USJ 25.

 

Namun, Allah nyata lebih menyayanginya.

Anggota Bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Pemergiannya amat mengejutkan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berdoa agar anggota bomba ini terselamat walaupun masalah paru-parunya semakin kritikal sebelum ini. Berita ini telah disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin sebentar tadi.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pada pagi esok sebagai penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.

Muhammad Adib  telah dirawat di Unit Rawatan Rapi Subang Jaya Medical Centre (SJMC) sebelum dipindahkan ke IJN bagi pemantauan rapi.

 

 

REMAJA sebelum ini pernah menyiarkan kisah luahan hati tunang Adib, Nurul Najihah yang merayu agar tunangnya itu bangun dan kuat menghadapi dugaan.

BACA : Ahli Bomba Dibelasah Di Kuil Kini Kritikal, Tunang Rayu Bangun Adib

Ternyata impian perkahwinan pasangan ini yang sepatutnya diijab kabulkan pada Disember ini hanya tinggal kenangan.

 

Selepas lebih 20 hari bertarung nyawa, arwah Adib akhirnya meninggal dunia

 

Tragedi rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 pada 26 November lepas telah  memberikan impak besar kepada kehormonian perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Lebih 30 orang terdiri dari pelbagai kaum sudah didakwa termasuk empat lelaki berbangsa India yang menghadapi tuduhan memukul Muhammad Adib di bawah Kanun Keseksaan

23 buah kenderaan dibakar dan dipecahkan malah rusuhan itu mendatangkan ketakutan yang bukan sedikit kepada rakyat Malaysia.

Dua hari lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas memaklumkan sebagai jalan penyelesaian bagi isu kuil ini, pihak Kuil Sri Mahariamman perlu memulangkan tanah selain wang RM1.5 yang sudah diberikan oleh pihak pemaju One City kepada mereka.

***

Terdahulu pada 4 Disember lalu, empat lelaki dipercayai terbabit insiden pukul anggota bomba dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dibebaskan daripada reman.

 

 

Majistret Nurshahirah Abd Salim di Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Pada prosiding itu, mereka diwakili peguam Sri Threren.

Al-Fatihah untuk wira negara ini.

Mari sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah di sana.

 

IKLAN