Negara kita sebenarnya antara yang menyediakan fasiliti terbaik dan buktinya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pernah dipilih sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia dalam kategori masing-masing bagi tahun 2021 dalam kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ) yang dijalankan oleh Airports Council International (ACI).
Terbaharu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sekali lagi membuat perubahan apabila mengumumkan KLIA kini dikenali sebagai Terminal 1, manakala KLIA2 pula dikenali sebagai Terminal 2.
Ads
Dalam kenyataan Februari lalu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood menyatakan penjenamaan semula itu membolehkan pihaknya memasarkan perkhidmatan lapangan terbang dengan lebih berkesan sekali gus mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa KL sebagai hab serantau.
MAHB juga mengumumkan bahawa ia telah mendapat kelulusan secara prinsip daripada kerajaan mengenai syarat material Perjanjian Operasi (OA 2023) untuk mengendalikan, mengurus, menyelenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan STOLports di seluruh negara sehingga 2069.
Ads
Untuk info, pada awal Februari lalu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pihak mereka senang mendapatkan kelulusan pihak kerajaan untuk menjenamakan semula KLIA dan KLIA2 di Sepang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukanlah niat kami untuk menakutkan korang, tetapi ini adalah situasi yang harus dijadikan sebagai penbagai pengajaran oleh kita semua.
Sewaktu seorang pejalan kaki cuba untuk melintas jalan raya sebelum lampu trafik dekat Jalan Ampang, individu yang hanya dikenal pasti sebagai seorang wanita itu telahpun dilanggar oleh sebuah kenderaan.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang berhampiran susur keluar Flamingo itu dilaporkan terjadi apabila wanita ingin mempercepatkan langkahannya semasa melintas jalan (mungkin kerana cuaca hujan).
Namun sebelum menghampiri bahu jalan tersebut, dia melangkah ke hadapan tanpa menoleh dahulu ke arah kenderaan di laluan paling kiri yang sedang bergerak. Akibatnya, wanita tersebut dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Proton Wira.
Biarpun kami tidak pasti sama ada mangsa tercedera parah ataupun ringan akibat insiden itu, berdasarkan sebuah video yang sempat direkodkan oleh kamera dashcam seorang pengguna jalan raya menunjukkan wanita tersebut cuba dibantu oleh orang ramai.
Tak kiralah jika korang ingin melintas jalanraya pada waktu puncak seperti ini ataupun ketika jalan lengang, jangan sesekali terlupa untuk menoleh ke kanan dan ke kiri demi memastikan keadaan selamat untuk korang lintas, okay.
Seringkali kita mendengar mengenai kejayaan beberapa individu yang sedang dicari oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melarikan diri ke negara Australia.
Terbaru, usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih popular sebagai Nur Sajat dilaporkan telah berada di Canterbury, Australia setelah kali terakhir dia dikesan di Bangkok, Thailand.
Nur Sajat kini dilaporkan sudah selamat berada di Australia dan tidak berniat untuk pulang semula ke Malaysia.
Ia diakui sendiri oleh Nur Sajat semasa melakukan sesi Instagram live baru-baru ini. Katanya, dia sedang menjalani proses kuarantin di sana setelah berjaya berhijrah secara rasmi ke sana dengan bantuan kerajaan Australia. Namun, kesahihan berita tersebut masih lagi dalam siasatan dan proses pengesahaan oleh PDRM.
*
Bagaimana cara individu-individu ini ‘terbang’ ke sana tanpa berjaya dikesan oleh pihak berkuasa masih menjadi misteri.
Cuma persoalan utamanya adalah, mengapakah Australia menjadi negara pilihan ramai individu yang sedang atau bakal berdepan kes jenayah? Mengapa tidak negara lain yang lebih berhampiran dengan Malaysia atau yang lebih jauh berbanding Australia sekiranya benar mereka ingin melarikan diri.
Bekas anggota polis, Sirul juga pernah cabut ke Australia untuk mencari perlindungan dan hak suaka. Sumber Foto : NST
Jom kita lihat dulu statistik yang pernah dikongsikan oleh laporan BBC pada tahun 2017. Katanya, negara itu telah membenarkan seramai 12,000 hingga 13,000 pelarian masuk pada setiap tahun dan proses ini telah dipraktikkan bagi tempoh lebih 20 tahun yang lalu.
Kebanyakan daripada kes pelarian ini adalah menerusi program kemanusiaan sekiranya individu itu mempunyai dokumen yang sah untuk mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Australia.
Namun, tidak kurang juga berbelas-belas ribu warga asing lain yang cuba menyeludup masuk ke dalam Australia dengan cara haram menerusi laluan laut kerana tidak mempunyai dokumen sah. Dalam hal ini, ratusan individu telah maut akibat perbuatan merbahaya itu.
Polisi Australia juga sudah menguatkuasa halangan untuk mengelak sebarang percerobohan dan ia telah menyukarkan pelarian haram untuk merancang taktik menaiki bot selepas ini.
Mengapa Australia Jadi Sasaran Pelarian Setiap Tahun?
Secara teknikalnya, mereka ini bergelar ‘pelarian’ dan mereka mempunyai hak untuk mendapatkan suaka daripada ‘penganiayaan’ di negara sendiri yang menyebabkan rasa takut kepada diri mereka menurut alasan tertentu.
Antara alasan yang disenaraikan termasuklah isu ras, kasta, kewarganegaraan, agama, pendapat politik dan keahlian dalam mana-mana kumpulan sosial atau kegiatan sosial tertentu.
Lalu, negara-negara seperti Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Australia yang menjaga hak kemanusiaan menjadi sasaran utama pencari suaka yang inginkan visa perlindungan. Apayang membuatkan Australia sebagai negara pilihan pelarian Malaysia berbanding Amerika Syarikat dan Eropah Barat pula tentulah kerana faktor geografinya yang lebih hampir.
Menariknya, Malaysia kini ialah salah sebuah negara penyumbang permintaan suaka tertinggi di Australia. Bukan hanya individu yang ingin melepaskan diri daripada ditangkap saja yang ke sana tau. Tetapi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai rekod jenayah juga ingin bermigrasi sebagai pelarian di sana.
Ramai dilaporkan ke sana untuk mengambil pekerjaan asas seperti sebagai pemetik buah yang dikatakan menawarkan upah lebih tinggi daripada gaji di Malaysia. Malaysia mendahului senarai itu berbanding beberapa negara serantau seperti Indonesia (yang juga lebih dekat dengan Australia) walaupun taraf kehidupan di Malaysia lebih baik daripada mereka.
Situasi penutupan syarikat Utusan Melayu Berhad disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja mereka telah mendapat perhatian beberapa selebriti Malaysia.
Masakan tidak, akhbar Utusan Malaysia, akhbar Kosmo serta portal di bawah kelolaan syarikat penerbitan tersebut banyak membantu untuk menaikkan nama selebriti tempatan sejak peringkat awal karier mereka.
Antara yang sedih mendengar akan berita penutupan tersebut ialah Neelofa, Syafiq Kyle, Wany Hasrita, Lan Solo, Khai Bahar dan beberapa lagi. Akaun media sosial menjadi medan bagi mereka bersimpati dan mengajak followers masing-masing bagi menghulurkan bantuan.
Neelofa
“Saya sedih mendengar keadaan semasa di Utusan. Mereka banyak membantu karier Lofa dari awal. Jadi, saya ingin cuba membalasnya. Kalau korang kenal sesiapa daripada jabatan sumber manusia di syarikat yang sedang mencari pekerja, sila nyatakan di bawah.
“Diharap dengan kerjasama semua, kita boleh membantu mereka mencari pekerjaan baru secepat mungkin.”
Wany Hasrita
“Utusan adalah salah satu rakan media yang banyak membantu Wany sepanjang dalam industri. Sudilah hulurkan bantuan kepada mereka di Utusan.”
Syafiq Kyle
“Jujur, Syafiq speechless bila membaca tentang keadaan Utusan dan Kosmo hari ini. Terkejut sebab tak percaya operasi dua akhbar ini akan dihentikan.
“Mari kita sama-sama bantu mereka. Selama ini, akhbar-akhbar ini yang banyak membantu kerjaya Syafiq. Semoga semuanya baik-baik untuk warga Utusan dan Kosmo.”
Lan Solo
“Dugaan besar untuk sahabat-sahabat media kami. Moga dipermudahkan segala yang sulit, amin.”
*
Sementara itu, selebriti lain seperti Scha Al-Yahya, Khai Bahar turut berkongsi posting yang sama untuk membantu keadaan staf di Utusan yang sedang dilanda krisis hilang kerja, di akaun media sosial masing-masing. REMAJA turut terlihat komen daripada Sarimah Ibrahim dan Haiza yang berduka cita.
Bagi yang ingin menyumbangkan wang tunai, korang boleh menghulurkan terus ke akaun National Union of Journalists (NUJ) Malaysia seperti di bawah:
Akaun Semasa CIMB 80-0082256-0
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan konflik yang kian meruncing di Asia Barat, proses membawa pulang rakyat Malaysia dari beberapa negara menemui sedikit kesukaran.Ini berikutan penutupan ruang udara di...