Situasi penutupan syarikat Utusan Melayu Berhad disebabkan tidak mampu membayar gaji pekerja mereka telah mendapat perhatian beberapa selebriti Malaysia.
Masakan tidak, akhbar Utusan Malaysia, akhbar Kosmo serta portal di bawah kelolaan syarikat penerbitan tersebut banyak membantu untuk menaikkan nama selebriti tempatan sejak peringkat awal karier mereka.
Antara yang sedih mendengar akan berita penutupan tersebut ialah Neelofa, Syafiq Kyle, Wany Hasrita, Lan Solo, Khai Bahar dan beberapa lagi. Akaun media sosial menjadi medan bagi mereka bersimpati dan mengajak followers masing-masing bagi menghulurkan bantuan.
Neelofa
“Saya sedih mendengar keadaan semasa di Utusan. Mereka banyak membantu karier Lofa dari awal. Jadi, saya ingin cuba membalasnya. Kalau korang kenal sesiapa daripada jabatan sumber manusia di syarikat yang sedang mencari pekerja, sila nyatakan di bawah.
“Diharap dengan kerjasama semua, kita boleh membantu mereka mencari pekerjaan baru secepat mungkin.”
Ads
Wany Hasrita
“Utusan adalah salah satu rakan media yang banyak membantu Wany sepanjang dalam industri. Sudilah hulurkan bantuan kepada mereka di Utusan.”
Syafiq Kyle
“Jujur, Syafiq speechless bila membaca tentang keadaan Utusan dan Kosmo hari ini. Terkejut sebab tak percaya operasi dua akhbar ini akan dihentikan.
Ads
“Mari kita sama-sama bantu mereka. Selama ini, akhbar-akhbar ini yang banyak membantu kerjaya Syafiq. Semoga semuanya baik-baik untuk warga Utusan dan Kosmo.”
Lan Solo
“Dugaan besar untuk sahabat-sahabat media kami. Moga dipermudahkan segala yang sulit, amin.”
*
Sementara itu, selebriti lain seperti Scha Al-Yahya, Khai Bahar turut berkongsi posting yang sama untuk membantu keadaan staf di Utusan yang sedang dilanda krisis hilang kerja, di akaun media sosial masing-masing. REMAJA turut terlihat komen daripada Sarimah Ibrahim dan Haiza yang berduka cita.
Ads
Bagi yang ingin menyumbangkan wang tunai, korang boleh menghulurkan terus ke akaun National Union of Journalists (NUJ) Malaysia seperti di bawah:
Susulan penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak dan didakwa atas 3 pertuduhan jenayah pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa oleh mahkamah semalam , nampaknya episod cerita mengenai bekas keluarga Perdana Menteri ini semakin menarik perhatian.
Terkini anak sulungnya, Nooryana Najwa dalam laporannya di Malaysiakini mendakwa akaun bank peribadinya telah dibekukan selepas dia membayar wang ikat jamin bapanya semalam (DS Najib dibebaskan selepas membayar RM500,000 dan berbaki lagi RM500,000 yang perlu dibayar Isnin akan datang).
“Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook dalam bahasa Inggeris, hari ini.
Nooryana Najib kesal dengan tindakan dilakukan terhadap keluarganya. Gambar dari MalaysiaKiniDS Najib yang dibawa ke mahkamah semalam mendapat liputan meluas kerana inilah kali pertama bekas PM didakwa
Nooryana mendakwa bahawa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan juga dibekukan.
“(Ia adalah) duit ‘raya’ pertamanya tahun ini,” katanya.
Malaysiakini juga difahamkan bahawa akaun bank peribadi seorang lagi anak Najib, Norashman juga dibekukan hari ini.
Sementara itu, Nooryana mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan begitu berdendam dan berusaha untuk “menghapuskan” seluruh keluarganya.
“Apa kaitan duit raya saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?” tambahnya.
Najib ditangkap pada malam Selasa lalu oleh SPRM dan dihadapkan ke mahkamah pada pagi Rabu dan dikenakan tiga tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhanan menyalahgunakan kuasa.
Bekas perdana menteri itu memohon untuk dibicarakan terhadap semua empat tuduhan yang berkaitan dengan isu SRC International.
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan Najib dibenarkan pulang selepas anggota keluarganya berjaya membayar separuh daripada jumlah itu.
Kelibat bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Binti Azman atau lebih terkenal dengan nama pentas Zalina Azman, 58 masih tidak ditemui sejak November tahun lepas apabila ahli keluarganya membuat laporan kehilangannya pada waktu itu.
Berita tersebut telah dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin lalu. Ia juga dikongsikan menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi IPD Shah Alam.
Zalina Azman
Menurut laporan IPD itu, Zalina disifatkan sebagai seorang wanita berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam Selangor.
Sewaktu laporan kehilangan dibuat, anak lelaki Zalina bernama Mikhael Normal, 33 dan bapa saudaranya telah ke kediaman Zalina di Shah Alam dan mendapati kereta diletakkan di tepi rumah.
Anaknya mendapati keadaan rumah Zalina tidak tersusun dan menemukan beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta dan wang tunai berjumlah RM600.
Begitupun setelah usaha mencarinya dibuat, Zalina yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata masih gagal ditemukan.
Justeru, ramai warganet dan rakan-rakan personaliti yang pernah bekerja dengan Zalina Azman tampil menyuarakan rasa terkejut dan sedih apabila mendapat tahu beliau masih hilang sejak sembilan bulan lalu.
Datuk Aznil Haji Nawawi (tengah) bersama Zalina (kanan) dan Suhaimi Sulaiman.
Personaliti popular, Datuk Aznil Haji Nawawi menerusi hantaran di Instagram menulis, “Siapa ada maklumat di mana kawan Paknik Zalina Azman berada tolong hubungi pegawai penyiasat Sarjan Sabturia 03 55194622.”
Aznil juga berkongsi dengan BHarian sewaktu dihubungi bahawa Zalina merupakan seorang yang sangat perahsia sejak dahulu lagi. Dia juga tiada dalam kumpulan sembang WhatsApp dalam kalangan bekas personaliti TV3.
“Kalau sesama kami (bekas kakitangan TV3) anjurkan majlis reunion, Zal memang memilih untuk tidak hadir,” katanya.
Daphne Iking
Sementara itu, bekas pengacara The Breakfast Show, Daphne Ikingberkata, “Saya berharap dia ok. Kak Zal di manakah anda?”
Zakiah Anas
Bekas pengacara program 999, Zakiah Anas pula mendoakan buat beliau, “Allahuma Yassir Walatuassir. Moga Allah mudahkan segalanya, jangan dipersulitkan. Moga Allah segera pertumakan kita semua dengan sahabat kita ini.”
Datuk Ras Adiba Radzi
Aktivis kemasyarakatan merangkap Senator Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Radzimenerusi hantaran di Instagram juga merayu agar orang ramai dapat membantu menjejaki semula Zalina.
“Pohon bantu kami mencari sahabat kami, Zalina Azman. Sila ke balai terdekat sekiranya betemu beliau. Sungguh kami hargai jasa kalian semua.”
Seorang lagi personaliti TV3, Sharifah Shawati juga mencatat komen berbunyi, “Prayers for her that she is safe somewhere. And we hear a good news.
“Kali terakhir kami berhubungan ada sebelum Mikhael menamatkan zaman bujang selepas sambutan hari lahirnya. Dan belum pernah mendengar apa-apa khabar daripadanya sejak itu. Beliau telah berdiam diri untuk beberapa tahun hingga kini,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini akhbar melaporkan seorang wanita membuat panggilan ke talian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hanya untuk menangkap ikan keli yang menyengat kucingnya sehingga mati. Dalam kejadian 7 pagi tadi di sebuah kediaman di Jalan Pulau Indah, Shah Alam, wanita berusia 49 tahun itu menghubungi bilik kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengadu hal berkenaan.
Jurucakap JBPM Selangor berkata, pihaknya sudah menerangkan kepada wanita itu ia bukan kes kecemasan yang memerlukan tindakan bomba.
“Wanita itu mempertikaikan jika bukan bomba yang buat, siapa sepatutnya melakukan tugas itu. “Ketika kejadian hanya wanita dan anak lelakinya saja di rumah,” katanya.
Petugas bilik kawalan kemudiannya memaklumkan kepada pusat gerakan operasi dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik untuk menangkap ikan berkenaan. “Ikan terbabit berjaya ditangkap dan kini disimpan di balai bomba,” katanya. Sumber Harian Metro.
Mungkin “terkasima” dengan tugas tidak terduga itu, facebook atas nama Friends Of Bomba Malaysia “membalas” dengan agak win iaitu menyiarkan resipi Ikan Keli Goreng Berlada, hikz.
Malah jika dilihat pada komen-komen netizen ramai menyifatkan tindakan memanggil bomba hanya untuk menangkap ikan keli itu sebagai tidak masuk akal. REMAJA senaraikan tugas-tugas bomba yang agak win untuk korang nilaikan sendiri ya.
Tapi sebelum tu tentu kita tak perlu lupa kisah Mohamad Adib yang maut dalam tragedi rusuhan kuil di Subang Jaya dan pendengaran kesnya masih dalam mahkamah untuk menyiasat punca kematiannya.
Tidak hanya kisah Adib, negara pasti tidak akan melupakan tragedi 6 anggota bomba mati lemas di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong dalam satu operasi mencari pelajar lemas, Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam, 17 pada kejadian 3 Oktober lalu yang menjadi satu sejarah di mana begitu ramai anggota bomba terkorban dalam satu misi menyelamat.
6 anggota bomba ini terkorban dalam misi mencari pelajar lemas di lombong Putra Perdana sekaligus mencatat sejarah pertama kali buat Bomba kerana kematian ramai sekaligus tahun lalu.
Pakar menangkap ular tedung selar ini, arwah Abu Zarin terkorban dalam kejadian menangkap ular pada 16 Mac lalu.
Bukan itu saja, pemergian pakar menangkap ular tedung dari Balai Bomba & Penyelamat Temerloh, allahyarham Abu Zarin Hussin pada 16 Mac tahun lalu dalam satu operasi menangkap ular tedung ini amat mengesankan jiwa.
Allahyarham mengetuai Skuad Cobra King JBPM Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.
Ternyata tugas bomba bukan saja memadamkan kebakaran tapi juga penuh warna warni dalam menjalankan amanah terhadap negara tercinta.
Di sebalik semua yang terjadi, tentu korang tak pernah terfikir apa lagi kerja-kerja lain anggota bomba lakukan. Tidak melucukan tapi perlu salute kerana bidang kerja mereka amat meluas sehingga korang pasti tak percaya itu pun bidang kerja ahli bomba.
Jom tengok apa lagi kerja-kerja anggota Bomba dan Penyelamat lakukan. Tahniah untuk semua wira tidak didendang ini. Sebahagian gambar-gambar diambil dari fb rasmi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.
a) Kucing tersangkut di luar bangunan tinggi di Klang
Misi menyelamatkan kucing yang terperangkap di luar bangunan tinggi. Walau hanya seekor kucing, binatang ini juga makhluk Allah. kejadian ini berlaku 5 Disember lalu.Operasi ini dilakukan oleh pasukan bomba dari Pelabuhan Klang. Tahniah abang Bomba. Moga Allah memberi asbab kebaikan di akhirat.
b) Kucing patah kaki dilanggar kereta
Kisah seekor anak kucing yang diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja pada 9 November 2018, Jam 08:00 pagi. Oleh disebabkan keadaannya yang sangat kritikal kerana mengalami patah pada salah satu kaki. Anggota-anggota bomba balai berkenaan mengambil keputusan untuk membawa anak kucing tersebut ke balai untuk dirawat.
Miming yang tinggal nyawa-nyawa ikan selepas kena langgar akhirnya sudah sihat dan dijaga oleh seorang anggota bomba sendiri. Kejadian ini berlaku pada 3 Disember di Kota Raja, Klang
Dan sekarang, anak kucing tersebut telah dipelihara oleh anggota bomba wanita Jenny Merrylin Subin dan Paul ank kiat dirumahnya dan diberikan nama Miming.
c) Kaki tersepit dalam lubang tandas pun bomba selamatkan
Tugas bomba tidak hanya memadamkan kebakaran tetapi pada banyak operasi menyelamat yang lain seperti kaki tersepit dalam lubang tandas.
4) Selamatkan bayi terperangkap dalam kereta selepas mak ayah terlupa anak ada di dalamnya
Tanpa peralatan dan kecekapan dari abang bomba, nyawa bayi kecil begini boleh terancam jika pintu kereta tak boleh dibuka
5) Cubaan bunuh diri di KLCC pada pada 25 November selepas tertekan dengan hutang yang banyak
Cubaan remaja ini untuk bunuh diri bulan lalu mencetuskan gempar di KLCC. Semua hal diselesaikan selepas remaja ini berjaya dipegang oleh anggota bomba selepas dia sempat terjun
6) Potong paip PVC pada kemaluan lelaki berusia 60 tahun di Hospital Sungai Buloh pada kejadian 24 November lalu. Alahai ko dah kenapa atokkkkk
Khidmat khas potong PVC dua inci di kemaluan lelaki 60 tahun. Anggota bomba memotong menggunakan air rescue ring cutetr (ARRC).
7) Tangkap King Cobra, seram wei tengok ular tu beli kaki anggota bomba
Hati-hati musim hujan. King Cobra berjaya ditangkap oleh anggota bomba dekat Surau Lama Kg Naka Selama, Kedah pada 6 November lalu
8) Muntahlah adik, abang tak kisah
Adik: “nak muntah” Abam_Bomba: “xpe, muntah je” Sambil tu habis baju api beliau di penuhi dengan muntah adik tu. Adegan menyentuh hati dalam jentera EMRS melibatkan 7 mangsa.
9) Ponteng sekolah pun abam Bomba selamatkan
Dah la ponteng sekolah kemudian terperangkap dalam rumah kosong di sebuah flat di Lobak, Seremban. Tidak hanya pelajar lelaki, perempuan pun sama
10) Please..hargai jasa abang-abang bomba ini. Doakan mereka diberi kekuatan untuk terus berbakti
Penat hanya Allah yang tahu selepas terbabit dalam kerja-kerja menyelamat. Mereka juga manusia dan please hargai jasa pasukan bomba lakukan
Bayangkan, kerbau jatuh parit pun bomba selamatkan. Tq to abam bomba
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.