Perbuatan cop parking antara “budaya” yang masih tebal bagi sesetengah individu atas alasan senang meletak kenderaan mereka. Adakalanya boleh menjadi gaduh akibat perbuatan suka-suka main cop parking ini kecualilah kalau petak itu dibeli secara terus dari majlis perbandaran.
Perbuatan cop parking ini bukan saja berlaku di premis perniagaan tetapi banyak rumah-rumah persendirian dan flat atas pelbagai alasan.
Tapi tahukah korang, tiada istilah main-main cop parking ini dan perbuatan ini sebenarnya SALAH SAMA SEKALI.
Tiada istilah cop parking ya. Boleh didenda RM2000 dan 6 bulan penjara bagi kesalahan pertama dan denda RM4000 bagi kesalahan kedua.Gambar hiasanBanyak pemilik rumah khususnya bagi flat dan apartment melakukan cop parking ini
Menurut info dikongsikan di fb Jabatan Pengangkutan Jalan semalam, perbuatan cop (letak kerusi/motor/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SHARE UTK SIMPANAN
INFO:
Ads
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
Gara-gara pihak kerajaan menaikkan harga roti yang menjadi beban ekonomi kepada rakyat, negara Sudan sejak hampir dua minggu lalu menjadi huru-hara apabila rakyat mula merusuh dan memprotes tindakan tersebut.
Perusuh dan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya Khartoum dan sekitar bandar lain dan menuntut Presiden Sudan, Omar al-Bashir meletakkan jawatan. Sehingga kini 8 rakyat Sudan maut akibat rusuhan ini selain ramai cedera.
Namun apa yang mencemaskan di sebalik insiden rusuhan di negara tersebut, keselamatan 105 orang pelajar Malaysia yang menuntut di negara Sudan dilihat agak membimbangkan. Pelajar dikatakan “terperangkap” ekoran penutupan universiti yang disebabkan pergolakan yang berlaku di Khartoum, Sudan sejak 19 Disember lalu.
Kesukaran mendapatkan roti dan kenaikan harga barangan menyebabkan penduduk Sudan merusuh hingga mengakibatkan 8 kematian terjadi. Gambar AFP.
Penuntut Pengajian Islam Pengkhususan Sirah dan Dakwah, Universiti Antarabangsa Afrika, Muhammad Syamim Sazli, 24, berkata rusuhan terbabit menyebabkan kebanyakan mereka tidak dapat menghabiskan peperiksaan yang sedang berlangsung.
Katanya, jadual peperiksaan banyak tertangguh membantutkan rancangan untuk pulang ke tanah air.
“Setakat ini, seramai 10 penuntut sudah membeli tiket kapal terbang, namun kita dimaklumkan peperiksaan hanya dijangka selesai pada 16 Januari ini.
“Justeru, tiada pilihan selain menunggu penyusunan semula jadual kerana kita hanya boleh balik selepas selesai peperiksaan. Kita sedang menunggu keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi Sudan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi wartawan semalam.
Rusuhan mula merebak hingga menjejaskan keselamatan penduduk luar dan pelancong yang dinasihatkan tidak datang ke Sudan dalam masa terdekat.Gambar AFP.Protes besar-besaran ini sudah mulai merebak dan menuntut Presiden Sudan meletakkan jawatan
Mengulas lanjut, Muhammad Syamim berkata, pengalamannya berdepan dengan detik cemas rusuhan selepas menunaikan solat Jumaat minggu lalu agak mencemaskan.
Katanya, puluhan das tembakan dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota keselamatan untuk menyuraikan sekumpulan jemaah yang berkumpul dan melaungkan slogan penentangan terhadap kerajaan sekarang.
“Setibanya di rumah, kedengaran bunyi tembakan dilepaskan ekoran segelintir perusuh membaling batu kepada anggota keselamatan yang bertugas mengawal keadaan.
“Tidak lama kemudian, keadaan kembali normal, namun ia akan berulang kembali sebelum lokasi rusuhan diubah ke kawasan lain,” katanya.
Sementara itu Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Mohd Alif Mohd Ludin, berkata kebanyakan rakyat Sudan berpusu-pusu melakukan pengeluaran wang tunai di mesin ATM.
“Pertukaran nilai mata wang dolar Amerika Syarikat ke Pound Sudan juga agak sukar.
“Ada di antara mereka yang menawarkan untuk melakukan pembayaran menggunakan kad debit dan saya perlu membayarnya semula secara tunai semasa ke pusat beli-belah untuk membeli kelengkapan rumah baru-baru ini,” katanya.
Protes terhadap kerajaan dan menuntut Presiden meletak jawatan semakin meluas dan merebakKemiskinan antara penyebab wanita Sudan agak tertindas
Pelajar kita diminta pulang ke tanah air
Sementara itu, Kedutaan Sudan di Malaysia meminta 105 mahasiswa yang terperangkap untuk pulang ke tanah air ekoran penutupan universiti berpunca pergolakan di Khartoum dan beberapa bandar lain sejak 19 Disember lalu.
Dutanya, Mohamad Razdan Jamil, berkata, tidak mustahil situasi boleh menjadi lebih buruk dalam tempoh 24 jam dan pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjamin keselamatan mahasiswa terbabit.
“Kita akan minta mereka (mahasiswa) balik kerana universiti ditutup dan keselamatan mereka adalah keutamaan kami buat masa ini. Paling penting, kita akan pastikan mereka semua selamat terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya”
” Mahasiswa turut diingatkan supaya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan politik dan menjauhkan diri dari tempat awam yang boleh menjejaskan keselamatan, katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, secara keseluruhannya terdapat 150 rakyat Malaysia yang menetap di Sudan merangkumi mahasiswa, diplomat dan ahli perniagaan.
Katanya, terdapat lima syarikat Malaysia yang beroperasi di Sudan iaitu PETRONAS, Nursyh Engineering Co Ltd, Hanas Services Co Ltd, DSV AL Anwar Trillion Gold Mining dan Beauty Bar.
“Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Sudan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga. Beberapa lokasi berisiko tinggi seperti Omdurman, Souq Al-Araby di Khartoum, Madani, Atbara dan Port Sudan sewajarnya dielakkan bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.
SUMBER : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan model terkenal dari Indonesia, Julia Prastini sah myang merupakan bergelar isteri kepada seorang pemuda Korea bernama Na Dae Hoon bernama dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan di Cikarang, Indonesia baru-baru ini.
Pasangan romantis yang selamat dinikahkan pada 1 Ogos lalu secara tiba-tiba menjadi bualan warganet selepas video yang dimuat naik oleh Dae Hoon menjadi tular. Bukan saja kedua-duanya sama cantik sama padan. Mereka berdua juga sebenarnya berstatuskan saudara mualaf yang telah memasuki agama Islam.
Untuk pengetahuan, Dae Hoon yang berusia 27 tahun merupakan seorang chef, YouTuber dan model yang berasal dari Korea Selatan namun kini menetap di Indonesia.
Bukan saja dia memiliki raut wajah persis artis lelaki Korea, malah dia fasih berbahasa Indonesia dan amat berbakat dalam menghasilkan content baharu. Daehoon dilaporkan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam beberapa bulan lalu untuk mendalami ajarannya sebelum memperisterikan Julia Prastini.
Terdahulu, ibu Julia pernah berkahwin untuk kali kedua, memutuskan untuk memeluk agama islam dan mengajak Julia serta adiknya sekali untuk mengikutnya.
Pada awalnya, Julia yang pada waktu itu berusia sembilan tahun mempersoalkan keperluan untuk memeluk agama Islam, namun akhirnya bersetuju memandangkan ia adalah cara terbaik untuk mereka sebagai sebuah keluarga bahagia.
Di ruangan komen video tular itu, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas hari bahagia pasangan ini. Tidak kurang juga ada dalam kalangan pengikut Dae Hoon yang ‘patah hati’ kerana oppa mereka kini sudah bergelar suami orang.
Pastinya kisah cinta mereka akan membuat lebih ramai remaja di Indonesia semua merasa lebih terbuka hati untuk berkahwin dengan mereka yang berlainan agama dan bangsa. Kami doakan agar Dae Hoon dan Julia akan berbahagia selamanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raut wajahnya cukup manis kalau dipandang. Marissa Dania Hakim, anak gadis kepada Norman Hakim ini bukan saja memiliki kecantikan luaran, malah personalitinya juga wajar dijadikan contoh kepada anak muda hari ini.
Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, bekas juara Hero Remaja 1993/94 ini telah pun mendapat jemputan daripada pihak sekolah anaknya untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa Ke-6 bagi meraikan Dania yang berjaya menamatkan hafazan dan sekaligus menerima anugerah pada majlis tersebut.
Lebih membanggakan lagi, Abby menjelaskan bahawa kata Ustazah, Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat menghafal 160 bait itu dalam masa empat hari.
Kejayaan ini sudah pasti membuatkan kedua orang tua gadis berusia 13 tahun ini bangga dan secara tak langsung menjadi inspirasi buat anak muda dan ibu bapa di luar sana untuk menjadikan keluarga ini sebagai contoh terbaik.
Kami pun memang adore dengan keakraban dua keluarga ini dalam mendidik anak-anak mereka. Semoga keluarga ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dunia dan akhirat.