Fenomena bulan penumbra bakal berlaku pada pada awal pagi esok bersamaan 14 Syawal atau 6 Jun 2020. Menurut laman Mufti Wilayah Persekutuan, fenomena itu bakal bermula pada jam 1.45 pagi dan berlaku sekitar tiga jam dan 18 minit di kawasan tertentu sekitar Malaysia.

Waktu maksimum terjadinya gerhana ialah pada jam 3.24 pagi dan ia dijangka tamat sekitar jam 5.04 pagi.
Untuk info gerhana bulan penumbra ini berlaku apabila kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari yang ‘hampir’ sejajar akan menyebabkan Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. Namun kali ini Bulan hanya akan masuk di dalam kawasan bayang-bayang Bumi yang tidak gelap, yang dikenali sebagai penumbra.
Sebagai ulangkaji, disebabkan cahaya Matahari yang kelihatan daripada Bumi datang daripada sumber yang berbentuk bulatan (kerana Matahari berada dekat dengan Bumi), maka Bumi bayang-bayang yang terhasil di angkasa lepas akan mempunyai 2 bahagian, umbra (Dzil لظ ) dan penumbra (Syibhu Dzil لظلا هبش )

Bahagian umbra ialah bahagian paling dalam dan paling gelap. Di sini jampir keseluruhan cahaya Matahari akan terlindung (kecuali sebahagian kecil cahaya yang akan terlepas akibat biasan atmosfera Bumi).
Bahagian penumbra pula ialah bahagian bayang-bayang di sebelah luar dan kurang gelap.
Simulasi pergerakan Bulan merentasi sempadan bayang-bayang penumbra Bumi.

Di dalam kes Gerhana Bulan nanti, jasad Bulan akan hanya bergerak di kawasan sempadan penumbra sahaja. Cabarannya di sini ialah kesan penumbra ini amat kecil malah boleh dikatakan hampir mustahil untuk kita lihatnya dengan mata kasar.
Perlukah Solat sunat Gerhana?

Anda mungkin berminat dengan
Jawapan yang diberikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bila ditanya mengenai solat sunat gerhana ini ialah solat gerhana tidak disyariatkan untuk fenomena kali ini.
Ini adalah kerana kesan gelap tidak mudah dilihat dengan mata kasar, dan para ulama telah meletakkan syarat kesan gelap ini harus jelas dan mudah dilihat. Oleh itu, disebabkan Bulan masih berada di dalam kawasan bayang-bayang penumbra, maka kesan sempadan gelap umbra itu tidak kelihatan.
Jika kita lihat nanti, warna putih Bulan yang akan kelihatan sedikit ‘suram’ di salah satu sisi Bulan itu nanti mudah akan kita terkeliru dengan benda lain, seperti lapisan awan. Berbeza dengan ketika Bulan memasuki bayang-bayang umbra, kesan gelapnya amat ketara malah warnanya pun kelihatan hitam pekat dan kemerahan.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
∞
Terlampau kreatif, ada seller yang jual lukisan tangan di Shopee. Nampaknya, makin ramai yang berfikir luar kotak untuk menjual ‘barangan’ mereka agar laris terjual.
Jika sebelum ini ada seller yang menjual barang yang tidak dituntut dari gudang China dalam bentuk kotak misteri di Shopee.
Menurut keterangan yang disediakan, antara maklum balas daripada pembeli, ada antara mereka yang menerima tempered glass, pen, putik kapas, vitamin tanah dan mungkin juga sampah jika tidak bernasib baik.
Kali ini, ada satu lagi ‘benda kreatif’ , menerusi perkongsian Facebook Mohd Adib Fortalenzo dalam group Shopee Malaysia menunjukkan ada penjual yang menjual lukisan potrait di Shopee. Menjengah ke Shopee, penjual tersebut mendapat pujian para pembelinya di bahagian product rating.

Namun, hasil dari jualan kedai ini membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan hasil seni nya.
“Laju buat kerja…Terbaik la. Cuma tula lukisan anak tu telinga nya tak ada dah macam alien aku tengok. Saja-saja hiburkan hati ni pape pun 5 star la” pembeli
Warganet juga memuji penjual tersebut yang kreatif menawarkan perkhidmatan melukis gambar. Malah, harganya yang murah iaitu 50 sen sehingga 80 sen sahaja untuk sekeping gambar,

Tapi, korang terlambat lukisan dari seller ini telah berjaya dijual dan telah ‘sold out’. Mungkin lepas raya beliau akan beroperasi semula. Tak sabar kan nak tunggu hasil gambar penulis jadi macam mana….hiks
∞
Bagi membantu misi merawat pesakit COVID-19, Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) telah memanjangkan pesanan khidmat sukarelawan kepada Pembantu/Penolong Pegawai Perubatan serta anggota kesihatan yang lain, yang ingin membantu KKM dalam menangani wabak COVID-19.

Tumpuan khidmat sukarelawan ini adalah di Lembah Klang dan kemudiannya di negeri-negeri lain. Perkhidmatan korang diperlukan mulai 23 Mac 2020 sepanjang hari Isnin hingga Sabtu mengikut option waktu kerja seperti berikut:
Option 1: Kerja 6 hari seminggu (Isnin hingga Sabtu & pulang pada hari Ahad)
Option 2: Kerja syif selama 2 minggu (Isnin hingga Isnin minggu berikutnya & balik pada hari Selasa)
Namun begitu diingatkan, tiada sebarang bayaran atau upah dan imbuhan pendahuluan diri (perjalanan, makan dan minum). Segala perbelanjaan adalah ditanggung sendiri oleh anggota sukarelawan, namun tempat tinggal disediakan di National Health Institute (NIH), Setia Alam bagi sukarelawan yang memerlukan.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah seperti berikut:
1. Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon;
2. Sihat tubuh badan & tidak mempunyai masalah kesihatan yang tidak terkawal.
3. Sanggup bertugas di mana-mana lokasi seperti yang diarahkan.
Sekiranya korang mempunyai rakan-rakan atau keluarga yang bekerja dalam sektor perubatan untuk menjadi sukarelawan ini, bolehlah lengkapkan Google form yang telah disediakan oleh Bahagian Kawalan Penyakit KKM di https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdnO5pPnHNCFlQ9Q…/viewform… dan hadir ke taklimat di NIH, Setia Alam pada masa yang ditetapkan mengikut surat panggilan sebelum mula bertugas.
Individu yang sedang berkhidmat sama ada di sektor awam mahupun swasta, kebenaran Ketua Jabatan atau majikan hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Keizinan Ketua Jabatan adalah perlu bagi mendapatkan pelepasan & melancarkan urusan perkhidmatan sukarelawan.

Sebagai rakyat Malaysia, dah jadi tanggungjawab bersama untuk kita membantu mengurangkan beban individu lain. Mana yang boleh membantu, jom sama-sama menyalurkan tenaga dalam misi sukarelawan ini.
Semoga segala urusan yang dibuat oleh PPPM dan KKM dipermudahkan dan sama-sama kita mengatasi gejala wabak COVID-19 dari terus menular.
Sumber: Amin Zafri Abd Rahman
∞
Kerana mulut badan binasa.
Tapi berbeza pula dengan kes yang berlaku di Kampung Orang Asli Baru, Semenyih, Selangor. Kerana mata dia telah menemui ajal.
Menurut laporan daaripada BERNAMA, seorang lelaki warga Indonesia telah maut selepas dia dipercayai dipukul gara-gara disyaki mengintai di kampung tersebut.
Lelaki berkenaan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi semalam di Hospital Kajang selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala. Dia telah menerima rawatan dan berada di Hospital Kajang selama 12 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh Ulas Tentang #DeleChallenge, PU Azman ‘Sekolahkan’ Dulu Netizen
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata lelaki tersebut telah ditangkap oleh penduduk kampung dan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Hasil bedah siasat mendapati punc kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala selain terdapat kecederaan dalaman. Buat masa ini pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 20 tahun di kampung tersebut bagi membantu siasatan.
Dia direman selama tujuh hari sheingga 29 Ogos ini bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
REMAJA berasa amat kesal akan kejadian seumpama ini boleh berlaku. Perbuatan mengintai bukan sahaja memalukan malah boleh merendahkan martabat dan maruah seseorang. Namun begitu jangalah bertindak menghukum dengan tindakan sendiri.
Apa jua kesalahan perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa. Jika perkara seumpama ini berlaku dalam kehidupan kamu seharian, elakkan daripada melakukan tindakan memukul dan menggunakan kekerasan. Hubungi pihak berkuasa dan serahkan segala siasatan kepada pihak berwajib.
Sumber: BERNAMA
∞