Setelah 33 tahun bertapak dalam industri seni hiburan tanah air, pencarian Hero Remaja kini sudahpun mencapai usia matang dalam mencungkil bakat-bakat remaja lelaki terpendam yang layak diketengahkan ke hadapan.
Beberapa generasi finalis Hero Remaja telahpun berjaya dibentuk dan masing-masing hadir dengan kelebihan serta karakter yang tersendiri.
Dalam 11 edisi pencarian Hero Remaja sehingga yang terakhir dianjurkan pada tahun 2021 (dimenangi oleh Mierul Aiman yang kini meniti populariti menerusi drama bersiri Projek High Council), pastinya akan muncul para peserta termuda dalam setiap edisi.
Percaya tak, satu ketika dahulu, peringkat umur termuda yang layak menyertainya adalah 17 tahun. SPM pun belum habis lagi gaiss! Sudah berimpian luas untuk mencorak kerjaya sebagai seorang public figure.
Kini, had umur penyertaan sudahpun dinaikkan ke usia 18 tahun sehingga 24 tahun sejajar dengan kehendak pencarian yang ingin mencari seorang individu yang sudah bersiap sedia baik dari segi fizikal, mental dan tahap pendidikan.
Jom kita imbas kembali finalis termuda yang pernah menyertai pencarian Hero Remaja sejak edisi 2011/2012 hingga ke edisi 2021.
Hafidz Roshdi (Hero Remaja 2011/2012)
Hafidz Roshdi (2011)Hafidz Roshdi (2023)
Pelakon yang kian menjadi bualan mulut masyarakat di Malaysia ini pernah bergelar finalis Hero Remaja pada usia 17 tahun. Difahamkan, Hafidz yang masih belum layak memiliki lesen kenderaan pada waktu itu terpaksa mengharapkan bantuan ahli keluarganya untuk memandu Hafidz dari kediamannya di Shah Alam ke mana-mana lokasi pertemuan.
Biarpun mewakili finalis termuda pencarian Hero Remaja 2011/2012, Hafidz yang kini berusia 28 tahun membuktikan potensi beliau tidak boleh disisihkan apabila berjaya menembusi senarai 10 finalis terbaik di malam finale daripada 25 lelaki yang bertanding. Ia akhirnya dimenangi oleh Fattah Amin, manakala Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan masing-masing membawa pulang trofi pemenang tempat kedua dan ketiga.
Agak jarang wajahnya dilihat di mana-mana setelah menamatkan saingannya di pencarian Hero Remaja 2017 pada episod kedua. Ilham Anuar, 22 juga menyertainya sewaktu berusia 17 tahun dan pada peringkat awal berjaya menarik perhatian juri menerusi wajahnya yang komersil serta personaliti yang disenangi ramai.
Ads
Sebaik sahaja menamatkan persekolahan dan pencarian Hero Remaja 2017, Ilham menyertai bahagian pengurusan perniagaan makanan dan minuman popular yang diusahakan oleh keluarganya, Restoran Sidah & Catering di Seksyen 7, Shah Alam berhampiran Universiti Selangor (UNISEL).
Hariz Hamdan (Hero Remaja 2020)
Hariz Hamdan (2020)Hariz Hamdan (2023)
Dari fizikal luaran, anak kelahiran Selangor ini langsung tidak menggambarkan usia mudanya. Berwajah matang, berbadan kekar dan mempunyai daya intelek yang mengagumkan, Hariz Hamdan menamatkan saingan di kedudukan kelapan daripada 12 orang finalis.
Apa yang membuatkan penyertaan Hariz, 21 lebih menarik adalah apabila dia merupakan peserta yang melakukan comeback sewaktu pencarian Hero Remaja 2020. Pada episod kelima, Hariz tersingkir bersama-sama seorang lagi finalis, Jazmy Juma. Memasuki episod keenam, Hariz dan empat finalis lain diberi peluang untuk kembali bertanding sesama mereka bagi menyertai semula pencarian. Begitupun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia kembali disingkirkan setelah tidak memberi saingan secukupnya pada cabaran seterusnya.
Hariz kini boleh tersenyum dengan pencapaiannya setelah tiga tahun menceburi dunia seni lakonan. Wajahnya selalu ditonton menerusi drama bersiri televisyen seperti Kisah Cinta Rumi, Terlerai Noktah, Ahli Bapak Bapak Club, Air Mata Allisya, Biarkan Ia Pergi dan banyak lagi.
Ads
Syazani Zainal (Hero Remaja 2021)
Syazani Zainal (2021)Syazani Zainal (2022)
Fun Fact! Syazani atau mesra dengan panggilan Syaz pernah menyertai uji bakat pencarian Hero Remaja 2021 pada tahun 2020. Biarpun menarik perhatian para juri yang bertugas pada waktu itu, nama Syaz tidak ‘sangkut’ dalam senarai Top 12.
Lantas, anak kelahiran Selangor ini kembali mencuba nasib pada edisi 2021 dan ternyata rezeki tidak pernah silap alamat. Syaz menjadi sebahagian daripada keluarga Hero Remaja dan berjaya menempatkan diri hingga ke peringkat separuh akhir (Top 6).
Pada malam finale pula, Syazani telah dinobatkan sebagai penerima kategori Hero Favourite hasil undian para peminatnya. Syazani yang kini berusia 20 tahun sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan senang untuk senang. Namun, bukan sukar juga untuk senang jika sepenuh hati dan jiwa kita diberikan.
Setelah hampir 10 bulan dilangsungkan, akhirnya Pencarian Hero Remaja 2021 kini akan bermula secara rasminya pada malam ini menerusi episod pertama program tersebut di saluran Astro Ria.
Pencarian Hero Remaja kembali untuk edisi kesebelasnya pada tahun ini dengan misi mencungkil pelapis bakat baharu industri seni di samping menjadi suara baharu kelompok remaja di Malaysia.
Sejak dianjurkan bermula tahun 1990/1991, industri seni tanah air selama 31 tahun ini telah diwarnai dengan kehadiran finalis Hero Remaja daripada generasi berbeza. Legasi yang dipegang oleh pencarian ini justeru diteruskan menerusi Hero Remaja 2021. Bukan hanya pakej paras rupa dan fizikal positif yang dicari, ia juga kekal menjadi platform nombor satu bagi mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti berkaliber ke peringkat seterusnya.
Terdahulu, siriPrelude Hero Remaja 2021 telahpun ditayangkan sebanyak lapan episod di saluran Astro Ria sejak 13 Julai lalu pada setiap hari Sabtu. Di situ, penonton telah dapat mengikuti persediaan 12 orang jejaka muda yang telahpun memenuhi slot finalis.
12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 tersebut ialah AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21, Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD @AKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor).
Kini memasuki program Hero Remaja 2021 sebenar selama lapan buah episod berdurasi sejam, peminat mereka dapat menyaksikan pelbagai cabaran utama yang perlu diharungi 12 finalis bagi melihat potensi dan kelebihan masing-masing sebelum seorang juara dinobatkan sebagai juara pada episod finale kelak.
Kali ini, Scha Alyahya kembali ke kerusi Juri Tetap dan akan bergandingan dengan pelakon, pengacara, penerbit, pengarah dan usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor. Pemilihan Dato’ Rosyam dibuat selepas mengambil kira pengalaman beliau dalam pelbagai cabang bidang seni dan kebolehan beliau menggilap bakat baharu selama beliau bertapak dalam industri seni.
Dalam teaser terbaru untuk episod pertama pada malam ini, para finalis dapat dilihat berada di sebuah lokasi di luar ibu negara dan telah dikerah oleh Datuk Rosyam Nor! Sambil cuba untuk menilai prestasi mereka semalam melakukan tugas seakan sedang mencari petunjuk di beberapa tempat, Rosyam sempat lagi memberikan sindiran manja dan menggertak finalis untuk benar-benar mengambil cabaran tersebut secara serius. Iyalah, mana tahu ada yang tersingkir pula malam ini. Kan pula kecewa nanti..
Tambah menarik, Hero Remaja 2021 turut menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos yang akan menceriakan hujung minggu anda.
Untuk pengetahuan, bukan hanya gelaran juara Hero Remaja 2021 yang akan menjadi rebutan. Malah, dua lagi kategori berasingan iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite juga boleh dibawa pulang oleh mana-mana finalis semasa acara finale. Bagi mengundi Hero Favourite bagi edisi ini, anda boleh melayari laman webwww.remaja.my/heropada setiap hari dan menekan butang ‘vote’ pada profil hero kegemaran anda. Undian akan terus dibuka sehingga acara finale.
Program Hero Remaja 2021 akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria dan On Demandmulai 11 September 2021. Penonton juga boleh strim episod yang disiarkan menerusi aplikasi Astro Go. Pencarian Hero Remaja turut meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men yang akan mempersiapkan para finalis dan mewarnai lagi intipati program sepanjang musim ini.
Siapa di sini pernah menonton drama Korea berjudul “Black”, lakonan Song Seung-heon dan Go Ara?
Nak tahu drama tersebut kini dibuat dalam versi Malaysia pula dan bakal ditayangkan eksklusif di Viu, laman streaming terkemuka.
Menariknya, siri yang merupakan adaptasi format Korea ini turut akan mengangkat Hero Remaja 2007/2008 iaitu Kamal Adli sebagai hero utamanya. Selain itu ia turut dibintangi Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman dan ramai lagi.
Dalam siri asal Korea, Black merupakan kisah sebuah drama fantasi cinta dan seram yang mengikuti Grim Reaper yang telah memasuki dunia manusia dan telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang boleh meramal kematian.
Siri terbitan CJ E&M dengan nama sama akan diselitkan dengan elemen Mitologi Melayu yang bersesuaian dengan masyarakat tempatan.
Sinopsis Versi Malaysia
Adaptasi Viu menggantikan konsep grim reaper dengan bunian (makhluk ghaib dari dimensi lain) dan bermula dengan misi Black (dilakonkan oleh Kamal Adli) ke alam manusia untuk mencari rakannya yang sedang diburu. Melanggar peraturan orang bunian, Black (dilakonkan oleh Kamal Adli) menghuni badan Malik, seorang pegawai polis yang telah mati, dan menggunakan identiti Malik untuk memudahkan siasatannya. Walaupun membenci manusia kerana “cara primitif’ mereka, Black tertarik dengan Sofia (dilakonkan oleh Siti Saleha), seorang wanita yang berupaya meramalkan kematian dan menjadi kunci penting dalam misi Malik. Kecewa dengan dirinya, Malik mula jatuh cinta dengan Sofia (satu lagi peraturan yang dilanggar). Pada pertengahan cerita, mereka terperangkap dengan kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan lebih 20 tahun yang membawa mereka kembali kepada kisah silam yang dikongsi bersama.
Trailer
Black bakal ditayangkan dengan empat episod berturut-turut pada 17 dan 24 Disember secara eksklusif di Viu. Tak sabar rasanya nak tengok Hero Remaja kita ni berlakon.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!