Penyanyi dan penulis lagu terkenal, The Weeknd baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila memaklumkan bakal hadir menghangatkan pentas di Kuala Lumpur pada 4 November ini menerusi konsert jelajah ‘After Hours Til Dawn Tour’.

Pengumuman tersebut sekaligus menamatkan teka-teki peminat tempatan yang sebelum ini tertanya-tanya sama ada Malaysia akan termasuk dalam senarai destinasi jelajah Asia penyanyi popular itu.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye (36) menerusi Instagram, membuatkan ramai peminat meluahkan rasa teruja selepas sekian lama menantikan kehadiran penyanyi lagu ‘Blinding Lights’ itu ke Malaysia dan menganggap pengumuman tersebut sebagai antara konsert paling dinantikan tahun ini.

BACA: Lightstick Wajib Cas! Ini Konsert K-Pop Di Kuala Lumpur 2026 Yang Peminat Patut Alert!

Penantian Berakhir, The Weeknd Bakal Temui Peminat Malaysia 4 November Ini

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abel (@theweeknd)

Difahamkan, Kuala Lumpur bakal menjadi destinasi penutup bagi siri jelajah Asia ‘After Hours Til Dawn Tour’ selepas beberapa bandar utama lain seperti Tokyo, Jakarta, Singapura, Seoul, Bangkok dan Hong Kong. Jelajah mega itu juga dijangka menjadi antara konsert terbesar yang pernah dibawakan The Weeknd di rantau Asia memandangkan popularitinya yang terus melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, beberapa akaun Live Nation Asia termasuk Malaysia sempat memberi bayangan mengenai “final leg” jelajah berkenaan menerusi posting misteri di media sosial. Perkongsian tersebut pantas mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat yang mula membuat andaian bahawa The Weeknd bakal kembali mengadakan konsert di Asia selepas kejayaan jelajahnya di Amerika Utara, Eropah dan Australia.

Ads

Sementara itu, pihak Live Nation Malaysia turut berkongsi beberapa maklumat awal berkaitan penjualan tiket konsert tersebut. Menurut penganjur, sesi Artist Presale dijadualkan bermula pada 18 Mei ini manakala jualan umum atau General Onsale pula akan dibuka secara rasmi pada 21 Mei depan.

Penantian Berakhir, The Weeknd Bakal Temui Peminat Malaysia 4 November Ini

Ads

Konsert berkenaan dijangka berlangsung di TM Stadium Nasional yang sebelum ini dikenali sebagai Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium ikonik itu sememangnya sering menjadi lokasi pilihan artis antarabangsa terkenal untuk mengadakan persembahan berskala besar kerana mampu menampung puluhan ribu penonton dalam satu masa.

Walau bagaimanapun, harga rasmi tiket setakat ini masih belum didedahkan kepada umum. Namun begitu, ramai peminat sudah mula bersedia lebih awal dan menjangkakan tiket konsert tersebut bakal habis dijual dalam tempoh singkat memandangkan permintaan tinggi terhadap persembahan The Weeknd di Asia.

Untuk rekod, ‘After Hours Til Dawn Tour’ sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila dilaporkan menjadi antara jelajah konsert solo lelaki dengan kutipan tertinggi di dunia. Dengan deretan lagu hit seperti ‘Starboy’, ‘Save Your Tears’ dan ‘Die For You’, kehadiran The Weeknd ke Kuala Lumpur pastinya bakal menjadi momen istimewa buat peminat muzik tempatan tahun ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads