Pelakon, Aniq Suhair bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya menghamilkan seorang wanita dan menggesa menggugurkan kandungan itu.
Aniq dalam satu kenyataan berkata, dia menyerahkan kepada peguamnya berhubung isu berkenaan dan menyifatkan tuduhan itu mencalar reputasinya.
“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini. Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.
“Saya sudah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman.
Ads
“Atas nasihat peguam, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang. Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang pelakon lelaki.
Ads
Dia turut mendakwa pelakon itu tidak mahu bertanggungjawab dan menggesa supaya kandungan itu digugurkan.
Sekadar info, nama Aniq menjadi perhatian apabila ada memberi bayangan pelaku adalah pelakon lelaki yang sedang dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Aniq Suhair, Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama bekas anggota kumpulanEXO, Kris Wu menjadi topik perbualan paling hangat di platform media sosial sejak tengah malam tadi setelah dia dituduh pernah merogol gadis di bawah umur serta bertindak memanipulasi pemikiran mereka dan bertindak kasar terhadap mereka.
Sebelum ini, pernah timbul ura-ura mengaitkan Kris atau nama sebenarnya Wu Yi Fan, 30 dengan beberapa pertuduhan salah laku termasuklah tindakan seksual membabitkan beberapa mangsa perempuan.
Namun setelah seketika waktu, pertuduhan tersebut tidak lagi diperbualkan orang ramai dan ia dibiarkan berlalu begitu saja; sehinggalah seorang pelajar perempuan bernama Du Meizhu muncul membongkarkan kisahnya pada 8 Julai lalu.
(Dari Kiri) Kris Wu dan remaja berusia 19 tahun yang dikaitkan sebagai bekas kekasihnya, Du Meizhu.
Menurut Meizhu yang baru berusia 19 tahun, lebih 30 orang remaja perempuan termasuklah dirinya mula memberanikan diri menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap penyanyi berdarah Cina-Kanada itu.
Kris didakwa menggoda gadis di bawah umur dan membenarkan mereka mabuk demi melakukan seks. Bukan setakat itu, Meizhu berkata salah seorang mangsa pernah mengambil keputusan menggugurkan kandungan setelah mengetahui Kris (dikatakan) mempunyai penyakit STD (Sexually Transmitted Disease).
Meizhu juga berdepan cabaran dari segi kesihatan mentalnya setelah membongkarkan isu ini. Dia menjadi mangsa buli siber oleh peminat Kris di media sosial yang terang-terangan masih mempertahankan selebriti idola mereka itu.
This boy is unique. He is firm and strong in his way. So do not try to pull him down ^^
Kris stay strong
We always with u@KrisWu Kris Wu
Kris Wu 20XX
Kris Wu The Coolest
Kris Wu Cute Boy
— ●~●پیژامه کاپلی کایسو●~● (@Nasim06183881) July 18, 2021
Setelah pembongkaran Meizhu pada 8 Julai lalu, pasukan Kris berkata akan mengambil tindakan undang-undang fitnah (defamation) terhadap gadis itu. Namun kata Meizhu, dia masih belum menerima surat saman hingga ke hari ini.
Sebaliknya, pasukan Kris dikatakan cuba menutup isu ini dengan menghulurkan wang sebanyak 500,000 yuan (kira-kira RM325,380) di bawah nama Wu Stacy Yu (ibu Kris) dan Wu Yi Fan (nama Cina Kris). Wang yang dialihkan ke akaun Meizhu ini telahpun dipulangkan semula.
Wow, ini satu pertuduhan yang berat dijatuhkan kepada seorang selebriti sepopular Kris Wu.
Semalam, Meizhu kembali mengaitkan Kris dengan pertuduhan seksual dalam temuramah bersama NetEase Entertainment. Buat masa ini, pihak Kris belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pertuduhan dalam temuramah terbaru ini.
*
Setelah isu ini berleluasa di media sosial, Kris mula merasai bahang impaknya.
Jenama produk penjagaan kulit wajah dari Shanghai, KANS telah menamatkan kontrak dengan Kris semalam. Kenyataan rasmi KANS itu dimuat naik sekitar jam 7 petang semalam menerusi akaun Weibo mereka. Satu lagi jenama, Liby turut mengambil tindakan yang sama pada pagi ini dengan menamatkan kontrak dengan Kris.
Kris Wu sebagai duta KANS.Kris Wu sebagai duta Liby.
Tinjauan di halaman digital jenama seperti Lancome, Kiehl’s, Bestore (jenama snek dari Wuhan) , Porsche, Master Kong Ice Tea, Vatti dan Kind of Glory yang diwakili oleh Kris juga dilihat ‘memadamkan’ atau ‘menyembunyikan’ sebarang kandungan yang mengaitkan jenama masing-masing dengan Kris.
Kris Wu sebagai wajah jenama Lancome.Kris Wu sebagai wajah jenama Louis Vuitton.Kris Wu sewaktu menjadi model terakhir dalam pertunjukan fesyen Louis Vuitton di Shanghai, China.
Untuk pengetahuan, walaupun Kris Wu kini tidak lagi bersama kumpulan EXO, dia merupakan salah seorang selebriti Asia yang paling digemari jenama-jenama besar global. Ini temasuklah jenama Louis Vuitton, Bvlgari, Porsche, L’Oreal dan banyak lagi.
Hankook Ilbo melaporkan pelakon Kim Bo Kyung telah meninggal dunia pada usia 44 tahun Isnin lalu setelah bertarung dengan kanser selama 11 tahun. Berita kematiannya telah disahkan sendiri oleh keluarga terdekat.
Pelakon lulusan Seoul Institute of the Arts itu meula membabitkan diri dalam bidang lakonan ketika berusia 22 tahun dalam antara filemnya yang hit adalah Friend, ketika dia memegang watak Jin Sook sebagai vokalis untuk kumpulan Rainbow. Kim Bo Kyung juga pernah muncul dalam filem-filem lain seperti “RU Ready?”, “Sword in the Moon,” “My Little Bride,” “Blue Sky,” “Epitaph,” “Paju,” dan “The Day He Arrives.”
Difahamkan, pelakon wanita ini telah dikebumikan di tempat kelahirannya di Busan semalam.
Pasangan pengantin baharu, Hyun Bin dan Son Ye Jin telah pun tiba di Los Angeles bagi menikmati percutian bulan madu mereka. Keberangkatan mereka ke sana mendapat perhatian ramai dan setiap gerak-geri pasangan ini berjaya dirakam lensa kamera.
Foto: Allkpop via SPOTVNEWS
Malah, ketibaan pasangan Hyun Bin dan Son Ye Jin di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 12 April mendapat perhatian peminatnya di sana. Selepas penerbangan yang panjang, pasangan itu muncul di LAX dan bertemu dengan peminat yang sudah berkumpul di lapangan terbang untuk mengalu-alukan kehadiran mereka.
Foto: Allkpop via SPOTVNEWS
Para peminat tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka dan pasangan ini menyambut peminat dengan senyuman di wajah.
Hyun Bin dan Son Ye Jin dilihat membawa peralatan golf dan dijangka pasangan bakal bermain golf sebagai salah satu antara aktiviti mereka di sana.
Foto: Allkpop via SPOTVNEWSFoto: Allkpop via SPOTVNEWS
Susah betul jadi selebriti popular, pergi mana-mana pun ada sahaja mata yang memandang. Hiks!
Sama-sama kita nantikan lebih banyak foto bulan madu yang dikongsi oleh pasangan romantis ini nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.