Filem yang berkisarkan tentang haiwan sememangnya mampu menarik perhatian penonton untuk ke pawagam. Aksi comel mereka menjadi sebab utama kenapa ramai yang suka menonton, lebih-lebih lagi filem yang bergenre animasi.
Kalau pernah menonton The Secret Life of Pets, pastinya korang dah tahu macam mana comelnya kehidupan haiwan-haiwan peliharaan yang ditonjolkan dalam filem tersebut. Begitu juga dengan The Secret Life of Pets 2, filem ini adalah kesinambungan daripada filem pertamanya, berkisarkan tentang pengembaraan sekumpulan haiwan yang tinggal di bandar New York.
Diarahkan oleh Chris Renaud, pengembaraan kali ini lebih ‘mencabar’ dan dalam masa yang sama, aksi-aksi haiwan tersebut pastinya berjaya membuatkan korang tersenyum sendiri.
Serious comel, tak tipu!
Ads
Filem ini dibintangi oleh aktor popular seperti Patton Oswalt, Eric Stonestreet, Kevin Hart, Jenny Slate, Ellie Kemper, Lake Bell dan ramai lagi.
Apa yang kami suka tentang filem ini adalah semangat setia kawan yang dimiliki oleh sekumpulan haiwan yang tinggal di bandar. Boleh la dikategorikan sebagai haiwan bandar yang bukan ‘biasa-biasa’. Hiks! Selalunya orang cakap, anjing tak boleh jumpa kucing, pasti bergaduh. Tetapi dalam filem ini, korang boleh lihat macam mana keakraban mereka. Tak kiralah haiwan apa sekali pun, mereka tetap bersatu hati dan saling bantu-membantu.
Ads
So sweet!
Ads
Telatah mereka juga buat kami tersenyum sepanjang menonton file mini. Pendek kata, bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa pun pasti terhibur.
Nah, tak bolehlah nak cerita lebih-lebih. Nanti tak syok pula. Apa kata korang tonton sendiri The Secret Life of Pets 2 yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 May 2019.
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terhibur kami melihat aksi Super Junior yang menyanyikan lagu Sorry Sorry dalam versi Indonesia. Video yang dimuat naik di YouTube ini menjadi viral apabila artis Kpop pujaan ramai ini menyahut cabaran untuk Try-lingual-live di YouTube channel hello82.
Kumpulan popular Kpop ini menyampaikan tiga buah lagu yang turut dinyanyikan dalam bahasa Indonesia, iaitu Sorry Sorry, Mr. Simple dan 2YA2YAO!
Ramai meninggalkan komen dengan memuji serta berkongsi rasa lucu melihat telatah 5 jejaka Korea ini.
Bagi sesiapa yang tengah stres tu, korang wajib tonton video ni. Mesti terhibur sepanjang hari. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang telah menyaksikan episod kelima program Hero Remaja 2017, pastinya korang tahu siapakah tetamu jemputan yang menjayakan salah satu segmen pada episod tersebut.
Ia tak lain, tak bukan penyanyi Hafiz Hamidun!
Di sebalik kemelut kontroversi yang melanda bekas ahli kumpulan nasyid UNIC ini, salah satu perkara yang penulis lihat masih tak berubah mengenai Hafiz adalah sifat ingin berkongsinya. Sejak dulu lagi, Hafiz tak pernah lokek untuk berkongsi ilmu.
Buka sajalah topik yang berkaitan dengan isu semasa mahupun yang dikategorikan sebagai Islamik, Hafiz akan cuba untuk menjawab atau sekadar memberi pandangan.
Dalam pada penulis dan Hafiz berbual di Rumah Bakti Al Kausar Bangi untuk penggambaran Hero Remaja 2017 ketika itu, salah satu daripada topik yang dibentangkan adalah perihal solat dalam kalangan penggiat industri seni tanah air.
Ramai yang beranggapan, apabila seseorang itu sudah bergelar ‘retis’, secara tak langsung ikatannya dengan ibadah yang dituntut oleh Islam – yakni kewajipan solat 5 kali sehari – itu sudah longlai. Senang cerita, bila dah jadi artis, dia tak akan solat. Gitu?
Tidak. Hafiz berpendapat itu hanyalah cerita lama yang selalu dijaja. Baginya, tak semua artis punya perangai sebegitu rupa. Lihat sajalah kepada artis senior seperti Rosyam Nor.
“Soal solat ni sebenarnya berbalik kepada individu itu. Tak kiralah dia mencari rezeki di jalan Allah melalui landasan anak seni, sebagai peguam, sebagai polis, sebagai bibik sekalipun. Selagi dia beragama Islam, dia bertanggung jawab untuk menunaikan kewajipan yang diletakkan ke atas dirinya,” ujar Hafiz.
Tapi...bagaimana pula dengan perihal solekan pada wajah artis? Itu tak termasuk lagi kalau ada body paint atau efek makeup pada badan dia. Macam mana pulak tu?
“Makeup ini sebenarnya adalah perkara kecil je. Again, ia berbalik kepada individu tersebut.”
“Sedangkan orang yang dalam keadaan darurat tanpa air pun mempunyai cara untuk mengambil wudhuk, inikan lagi artis di Malaysia yang ada segala macam kemudahan tapi dibebani beribu alasan.”
Kata Hafiz, sebelum bersolek, seorang artis (tak kiralah lelaki mahupun perempuan) boleh saja mengambil air wudhuk terlebih dahulu. Masuk saja waktu solat, terus tunaikan solat agar dia boleh fokus dengan babak lakonan selepas itu. Kan senang, tak jadi masalah pun.
Tapi…bagaimana pula jika wudhuk dia terbatal? (Ini bukan alasan okay! Hehe tapi kerisauan)
“Ini memerlukan budi bicara di antara artis tersebut dengan kru produksi dan jurusoleknya. Sebagai seorang artis dan sebagai seorang Muslim, kamu mempunyai hak untuk meminta jurusolek membersihkan solekan agar kamu boleh mengambil wudhuk.
“Zaman sekarang ni pun saya rasa lebih senang berbanding 10 tahun yang lalu. Wet tissue dijual di merata-rata tempat. Artis sendiri boleh bersihkan solekan. Betul tak?” tanya Hafiz.
“Artis itu juga perlu pandai menyusun jadual kerja dan jadual solatnya. Jika di sebelah tengah hari dia sibuk dengan penggambaran, mungkin dia boleh ‘schedule’ kan waktu solat Zuhur berdekatan dengan waktu solat Asar agar jurusolek tak perlu terlalu kerap memperbetulkan solekan.”
Hhm betul juga tu. Nampaknya memang tak ada alasan untuk seorang artis tidak menunaikan solat. Soalnya adalah sama ada dia nak atau tak je.
Bagi para finalis Hero Remaja 2017 yang baru berkecimpung di dalam industri ini, REMAJA harap agar korang tak lupakan kepada Yang Esa yang membantu korang untuk sampai ke tahap ini. Amin.
Memang mudah untuk seseorang itu menyimpang dari laluan lurus. Namun seandainya jiwa dan hati kita tekad pada Yang Satu, pasti korang tak akan hadapi masalah untuk kembali kepada kewajipan kamu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Amira Othman baru-baru ini mengakui beliau sedar akan reaksi pelbagai pihak apabila kerap dilihat bersama pelakon popular, Fattah Amin.
Menurut Amira atau nama sebenar Nadia Amira Othman (32), dirinya tidak menolak kemungkinan ada yang tidak selesa dengan kemunculan mereka yang sering kali mencuri perhatian ramai di media sosial.
Dalam pada itu, beliau juga sedar setiap individu mempunyai pendapat tersendiri dan tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.
Kredit foto: Instagram Amira Othman
“Apabila saya kerap bersama dengan Fattah untuk beberapa penampilan, mungkin ada yang kurang selesa. Ada juga yang gembira untuk mendengar dan melihat. Saya tak mampu nak memuaskan hati semua pihak. Cuma kalau ada komen yang memberikan kebaikan, saya menerimanya dengan hati terbuka,” katanya.
“Tapi kalau komen itu hanya untuk membuatkan saya terkesan, saya tidak akan ambil peduli kerana saya percaya peminat ini, sebaik mereka memilih untuk menjadi peminat, mereka akan terus menyokong saat susah dan senang,” jelas pelantun lagu ‘Hati Hati’ itu.
Kredit foto: Instagram Amira OthmanKredit foto: Instagram Amira Othman
Mengulas lanjut, Amira menegaskan beliau tetap menghormati pandangan orang ramai dan tahu bukan semua orang mampu menerima gandingan mereka secara positif.
Selain itu, kakak kepada penyanyi Irfan Haris itu juga akan sentiasa cuba menjaga nama baik dirinya dan keluarga setiap kali tampil di khalayak ramai, lebih-lebih lagi apabila terlibat dalam sebarang kerjasama seni bersama rakan artis lain.
“Saya sangat menghargai peminat yang sentiasa ada saat susah dan senang. Kalau ada yang kurang selesa, saya mohon maaf”
“Saya akan sedaya upaya menjaga reputasi nama saya dengan baik kerana saya tidak membawa nama saya seorang,” ujarnya.
Kredit foto: Instagram Amira Othman
Sementara itu, Amira tidak menafikan wujudnya segelintir pihak yang kurang senang, namun memilih untuk kekal profesional dalam setiap urusan kerja yang dijalankan.
Walaupun dihimpit persepsi dan kecaman, Amira tetap berdiri teguh dengan prinsipnya untuk kekal bersikap positif dan menghargai mereka yang terus memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!