Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim dan bukan muslim di sedunia termasuklah sunnah terapi berbekam.
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lelaki dengan bayaran paling tinggi di dunia ini. Daripada seorang selebriti dunia wrestling dia menggegar Hollywood dengan bakat lakonannya.
The Rock atau pun nama sebenarnya Dwayne Johnson menerusi satu hantaran di laman Instagramnya telah berkongsi sekeping gambar ‘mirror selfie’ memaparkan belakang badannya dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan bekam .
“Kali pertama melakukan kaedah bekam. Nampak lebih berbentuk daripada apa yang dirasai, tapi secara keseluruhan saya menikmati terapi ini,” tulisnya.
Malah, pelakon berusia 49 tahun itu mengakui sering mencari pelbagai alternatif baru bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Ads
Sebenarnya, teknik bekam ini telah wujud sejak dahulu lagi. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cawan atau mangkuk kaca telah digunakan untuk tujuan berbekam. Manakala, orang Cina pada zaman kuno pula berbekam menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah kotor dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di negara Barat hingga sekarang.
Sumber Gambar : dbfitnessinjuryclinic
4 Kelebihan Terapi Bekam
1. Kesegaran Tubuh Badan
Terapi bekam dilakukan bertujuan untuk memanas dan melancarkan aliran tenaga dalam darah, sekaligus mampu membuatkan tubuh seseorang kembali segar dan bertenaga. Darah yang keluar menerusi kulit hasil daripada rawatan bekam adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah ini yang mendorong pelbagai penyakit dalam tubuh badan seseorang.
Ads
2. Kurangkan Migrain dan Senggugut Pada Wanita
Berbekam juga mampu mengurangkan migrain dan masalah senggugut pada wanita, serta melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat pada badan, dan terapi bekam akan melancarkan kembali peredaran darah tersebut.
3. Rawat Kulit Bermasalah
Ads
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit dan juga resdung, terapi bekam boleh dilakukan bagi merawat masalah berkenaan. Bekam juga mampu melancarkan aliran darah pada bahagian wajah agar kelihatan awet muda. Kulit muka yang bermasalah berpunca daripada bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka. Apabila bekam darah dilakukan, kesemua bakteria tersebut akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat.
4. Buang Angin Dalam Badan
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan, bekam pada kawasan leher, bahu dan otot mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan. Kebiasaannya, selepas berbekam, seseorang itu akan sendawa dan banyak angin akan keluar daripada badan, hasilnya badan akan terasa lebih ringan.
Untuk info, terapi bekam ini terdiri daripada dua jenis teknik iaitu bekam kering dan juga bekam basah. Namun, mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi 3 jam selepas menjalankan bekam.
Seperti dijangka, ranking skuad Harimau Malaya jatuh dua anak tangga dikedudukan No. 132 dunia selepas berakhir kempen Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar bulan lepas.
Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi, skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa akur dengan kedudukan terkini berbanding No. 130 yang dicatatkan pada tahun lalu.
Menurut KOSMO, skuad kebangsaan meraih 1110.17 mata ketika ini selepas merekodkan dua kekalahan kepada Jordan dan Bahrain sebelum bangkit mengikat Korea Selatan 3-3 pada peringkat kumpulan Piala Asia baru-baru ini.
Berdasarkan ranking Asia Tenggara, Thailand mencipta kejutan apabila meraih status No. 1 dengan meraih 1206.72 mata di kedudukan ke-101 manakala Vietnam ke-105 (1194.58 mata)
Malaysia kekal menjadi negara ketiga terbaik rantau ini disusuli Filipina di ranking ke-139 (1086.17 mata) dan negara jiran, Indonesia di kedudukan ke-142 (1072.66 mata).
Skuad Harimau Malaya dijadualkan menjalani kem latihan pusat dalam masa terdekat sebagai persiapan mengharungi dua perlawanan kelayakan menentang Oman pada bulan depan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: KOSMO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemanis mulut sering menjadi pilihan kerana masyarakat kita sudah terbiasa menikmati hidangan manis selepas makan. Tambah pula jika ia adalah pemanis mulut yang menyejukkan, tatkala cuaca panas membahang, memang confirm laris dijual. Hiks!
Kali ini, Remaja nak berkongsi satu lagi hidangan pemanis mulut yang enak dimakan sewaktu cuaca panas. Buko pandan adalah pemanis mulut sejuk yang berasal dari Filipina, disajikan dengan rasa lemak berkrim, dipenuhi rasa pandan. Ia diperbuat dengan pelbagai bahan seperti isi kelapa yang lembut dan manis, susu pekat manis, dan jeli pandan.
– Isi kelapa dihiris halus (2 biji)
– 1 mangkuk sago dicuci dan direbus
– 1 mangkuk agar-agar perisa kelapa pandan buatan sendiri dan dipotong dadu
– 1 tin nata de coco perisa asli atau laici
– Cheddar cheese
Bahan-bahan kuah (B)
– Air kelapa daripada 2 biji kelapa
– 500 gram atau separuh kotah fresh cream
– 2 kotak susu full cream
– 3 tin susu cair
– 2 tin susu pekat
– Air daripada nata de coco pun boleh masukkan sekali, jangan dibuang
– Perisa kelapa pandan
– Pewarna hijau
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan A dan parutkan cheese di bahagian atas sajian
2. Campurkan semua bahan B, ikut selera masing-masing. Buat manis sikit sebab nanti bila dicampurkan dengan semua bahan, ia akan menjadi kurang manis
3. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais.
4. Kalau nak makan terus, boleh campurkan dengan kiub ais. Siap!
Sedikit tip yang dikongsikan, Amber tidak campur air biasa dan gula pasir dalam bahan kuah. Semua kemanisan datang daripada susu pekat dan fresh cream. Jadi, kalau korang nak buat dalam kuantiti yang banyak, tambah sahaja susu full cream banyak sikit, adjust kemanisan menggunakan susu pekat.
Kalau tak suka cheese, tak letak pun memang dah rasa sedap. Makan sejuk-sejuk baru sedap tau. Selamat mencuba!
Baru-baru ini, penyanyi Elyana telah pun berkongsi tentang tahap kesihatannya yang terkini, iaitu dia hampir memasuki tahap lima kanser limfoma sejak 10 tahun bertarung dengan penyakit itu.
Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya apa itu kanser limfoma?
Kanser limfoma bermula dari sel darah putih yang dipanggil lymphocytes iaitu sel darah putih yang mengalir ke tubuh menerusi bendalir yang dipanggil limfa. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Gambar hiasan
Berikut kami jelaskan beberapa perkara tentang kanser limfoma yang mungkin lebih mudah untuk korang fahami.
Tanda dan gejala Kanser Limfoma
– Benjolan di leher, ketiak atau pangkal paha (tanda utama)
– Demam berpanjangan
– Hilang selera makan
– Hilang berat badan
– Ruam dan kegatalan kulit
– Keletihan dan tidak bertenaga
Siapa yang berisiko?
Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti:
– Pesakit autoimun
– Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
– Penerima organ
– Mempunyai keluarga terdekat menghidap limfoma
Kanser limfoma meningkat dengan peningkatan umur seseorang. Dikatakan dalam golongan muda berumur 20 hingga 24 tahun, insiden limfoma adalah 2.4 kes dalam 100,000, tetapi meningkat kepada 46 kes dalam 100,000 dalam golongan dewasa berumur 60 hingga 64 tahun.
Tahap Limfoma
Sumber: myhealth.gov.my
Jika korang mempunyai sebarang simptom atau pun tanda-tanda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Walaupun masih muda, jangan ingat yang korang tidak terlepas daripada dihidapi kanser. Sesungguhnya penyakit ini tidak mengenal mangsa.