Selepas pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia akan berkuatkuasa selama dua minggu bermula esok, 18 Mac 2020.
Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dan antaranya adalah penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Maka dengan itu, TGV Cinema dan GSC telah pun mengesahkan bahawa premis mereka juga akan ditutup mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 bagi turut sama mengekang penularan virus COVID-19 yang semakin serius di negara kita.
Untuk korang yang telah membuat pembelian tiket secara online sebelum ini, bayaran semula akan dibuat secara automatic, manakala pembelian di kiosk atau kaunter tiket pula, korang diminta untuk menyimpan terlebih dahulu tiket tersebut sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Ads
Diharap inisiatif yang dibuat ini dapat membantu mengurangkan gejala COVID-19 dan semoga negara kita kembali pulih seperti dahulu. Masyarakat juga dinasihatkan untuk mengikut segala perintah kawalan dan jangan sesekali ingkar serta pentingkan diri sendiri.
Utamakan kesihatan, mari kita sama-sama berdoa untuk masa hadapan yang lebih baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kucing sememangnya haiwan peliharaan yang comel dan menghiburkan. Namun, sebagai pemilik yang bertanggungjawab, penting untuk mengetahui risiko kesihatan yang mungkin berkait rapat dengan haiwan kesayangan anda. Salah satunya adalah jangkitan Toxoplasmosis.
Toxoplamosis Boleh Sebabkan Buta Dalam Kes Serius
Lebih teruk lagi, toxoplasmosis juga boleh menyebabkan kerosakan serius pada mata sehingga buta dalam kes serius seperti yang diterangkan oleh pusat optometri Ar Rayyan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang ahli optik sedang memberi konsultasi kepada pesakitnya berkenaan sakit mata yang dihadapi.
Ahli optik tersebut menjelaskan bahawa terdapat parut pada mata seorang pesakit yang disebabkan oleh parasit haiwan. Perkara ini menyebabkan pesakit berkenaan dapat melihat bayang tompok hitam pada penglihatan.
@rayyanoptometry Toxoplasma bahaya tau.. Hati-hati pada yang bela kucing terutamanya kucing luar. Risiko sentiasa ada. Kunjungi cawangan Rayyan berhampiran untuk pemeriksaan professional percuma ya #fyp♬ original sound – Ar Rayyan Optometry
Apabila ditanya sama ada perkara itu akan melarat, dia menjelaskan bahawa parasit yang aktif terutamanya di bahagian tengah retina atau saraf optik, berisiko menyebabkan penglihatan mata secara kekal atau buta.
Sehubungan itu, pusat optometri tersebut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika mengendalikan kucing peliharaan yang dibiarkan berkeliaran di luar rumah.
Difahamkan pesakit terbabit tidak memelihara kucing sendiri, namun sering bermain dengan si bulus yang dimiliki oleh jiran-jiran.
Jangkitan Toxoplasmosis Tidak Boleh Dirawat Sepenuhnya
Seperti kebanyakan penyakit lain, toxoplasmosis boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan anti-parasit dan antibiotik yang menghentikan tumbesaran dan pembiakan di dalam tubuh badan.
Kebiasaannya toxoplasmosis hanya dirawat dalam individu yang mempunyai simptom dan sistem imun lemah memandangkan rawatan itu hanya berkesan ketika parasit tersebut aktif.
Rawatan tersebut bagaimanapun tidak boleh menyingkirkan sista yang mengandungi parasit T. gondii, sekaligus menyebabkan toxoplasmosis tidak boleh dirawat sepenuhnya.
Parasit berkenaan tidak akan aktif semula dalam individu dengan sistem imun kuat, namun boleh wujud apabila sistem imun lemah atau bagi mereka dengan toxoplasmosis kongenital.
Apa Itu Toxoplasmosis?
Toxoplasmosis ialah jangkitan yang disebabkan oleh parasit Toxoplasma gondii, yang boleh ditemui dalam najis kucing. Jangkitan ini biasanya tidak berbahaya kepada individu yang sihat, namun boleh menjadi serius sekiranya menjangkiti wanita hamil atau individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Jangkitan boleh berlaku melalui:
Sentuhan langsung dengan najis kucing yang dijangkiti, terutama semasa membersihkan pasir najis
Pengambilan daging mentah atau separuh masak yang tercemar dengan parasit
Sayur atau buah yang tidak dibasuh dengan sempurna
Penularan dari ibu kepada janin semasa kehamilan
Apakah Risiko Kesihatan Toxoplasmosis?
Walaupun kebanyakan individu tidak menunjukkan simptom, toxoplasmosis boleh menyebabkan komplikasi serius seperti:
Keradangan mata (retinochoroiditis) yang boleh mengakibatkan penglihatan kabur atau buta
Gangguan neurologi seperti sawan, kekeliruan atau sakit kepala berpanjangan
Jangkitan teruk pada paru-paru atau jantung
Kecacatan kelahiran sekiranya jangkitan berlaku semasa kehamilan
Gejala Umum Toxoplasmosis:
Demam ringan
Sakit otot
Bengkak pada kelenjar limfa
Masalah penglihatan atau kesakitan pada mata
Langkah Pencegahan Bagi Pemilik Kucing:
Sebagai langkah berjaga-jaga, pemilik kucing dinasihatkan untuk:
Mencuci tangan dengan bersih selepas membersihkan najis kucing
Menukar pasir najis setiap hari – parasit mengambil masa untuk menjadi berjangkit
Tidak mencium mulut atau muka kucing
Memasak daging sehingga betul-betul masak
Membasuh buah-buahan dan sayuran dengan bersih sebelum dimakan
Mengelakkan kucing daripada berburu atau memakan haiwan liar
Tapi jangan risau, memelihara kucing tidak semestinya membawa risiko jika anda tahu cara penjagaan yang betul. Ambil langkah pencegahan awal untuk memastikan kesihatan anda dan keluarga sentiasa terjaga.
Penggunaan aplikasi MySejahtera untuk proses imbas masuk ke satu-satu kawasan telah diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia bagi menjejak penyebaran wabak pandemik yang sedang melanda negara.
Foto Via Astro Awani
Aplikasi ini memang sangat membantu pihak kerajaan bagi mengenalpasti titik penyebaran COVID-19 serta langkah pencegahan untuk mengawalnya di lokasi tersebut dengan lebih efisen.
Terbaru, fungsi MySejahtera ditambah baik dengan membolehkan pengguna mengajukan aduan mereka kepada pihak berwajib dalam beberapa langkah mudah.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkongsi perkara itu melalui Twitter beliau, yang turut disertai klip video pendek menunjukkan cara aduan dibuat.
Aplikasi MySejahtera kini dilengkapi dengan butang baharu “Aduan” yang akan membawa pengguna ke halaman lain untuk mereka memilih jenis pelanggaran yang ingin mereka laporkan.
Ia menyenaraikan 4 pilihan:
Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal)
Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan)
Pelanggaran perintah kuarantin
Isu lain
Pengguna kemudian diminta menanda lokasi tempat pelanggaran yang didakwa terjadi, sebelum memuat naik foto sebagai bukti. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua laporan kes cabul disahkan diterima oleh Polis Sepang kelmarin oleh Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof.
Tular di laman media sosial Twitter pada 6 April mengenai dua kes cabul oleh suspek berusia 20 tahun ke atas dua mangsa wanita di kawasan parkir pusat komersil, Tamarind Square dekat Cyberjaya.
Laporan pertama melibatkan seorang pembantu peribadi berusia 27 tahun berlaku pada jam 2 petang di kawasan parkir aras bawah tanah. Manakala laporan kedua pula diterima oleh seorang lagi wanita berusia 34 tahun. Kali ini ia berlaku di hadapan lif tingkat dua Tamarind Square hanya selang 15 minit kemudian.
Sejurus menerima aduan tersebut, Polis Sepang melakukan semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek lelaki tempatan yang bekerja sebagai seorang penghantar makanan (food rider) menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115 ZR berwarna merah. Dia meletakkan motosikal di kawasan parkir aras bawah sebelum dilihat berjalan menuju ke kawasan kaki lima pusat berkenaan.
Kata Wan Kamarul, suspek ditahan pada 6 April di Taman Putra Perdana, Puchong, kira-kira pada jam 12.50 tengah hari dan suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaaan kerana mencabul. Beliau turut menambah bahawa suspek mempunyai rekod jenayah untuk kesalahan mencuri motosikal dan memiliki barang curi serta dipercayai terlibat dalam kes cabul di pusat komersial sama pada 21 Disember 2021.
Girls! REMAJA berharap korang terus berhati-hati apabila berada di kawasan awam seperti ini walaupun pada hari siang. Seeloknya, berjalanlah berpasangan dengan kenalan atau ahli keluarga untuk mengelakkan perkara seperti ini daripada terjadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!