Nampaknya negara jiran kita, Thailand sudah pun bersedia untuk membuka ‘pintu rumah’ mereka kepada lebih ramai pelawat asing terutamanya Malaysia dalam usaha untuk merangsang sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Kerajaan Thailand merancang membuka semula sempadan Thai-Malaysia bulan depan iaitu Mac 2022 bagi merangsang sektor pelancongan dan ekonomi di wilayah selatan.
Timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) serta pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan untuk menggariskan langkah mitigasi pandemik bagi pembukaan semula pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala , Narathiwat dan Satun.
Memetik laporan Bangkok Post — berikutan dasar kerajaan untuk membuka gelembung perjalanan dengan Malaysia, pelancong dari negara jiran akan dibenarkan masuk di bawah skim ‘Test and Go’ tanpa kuarantin ketika ketibaan.
Ads
Bagaimanapun, pelawat masih perlu lulus dua ujian RT-PCR selepas tiba di Thailand.
“Perdana Menteri yakin Thailand akan kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama dunia walaupun berdepan pandemik.
“Kerajaan akan menyokong usaha untuk menggiatkan semula pelancongan dengan penekanan pada kesihatan dan keselamatan awam,” kata Rachada.
Inspektor Jeneral yang bertugas di zon kesihatan awam 12, Dr Suthep Phetmak, berkata situasi COVID-19 di Malaysia dan Thailand adalah sama.
Ads
Jadi, adakah korang merasakan sudah selamat untuk melancong ke Thailand? Atau korang lebih yakin untuk melancong di dalam negara terlebih dahulu? Eh…yangn penting jangan pula pergi sempadan untuk tujuan menikah ye….hehehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Belum sampai sebulan melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta, si isteri terpaksa menerima ujian dengan reda apabila cinta hatinya telah pergi buat selama-lamanya akibat barah otot tahap empat, pada Rabu.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Marha Azua dan suaminya, Allahyarham Mohd Hashmi Arifin sebelum ini pernah mendapat perhatian warganet selepas dilihat pasangan pengantin itu berkahwin walaupun si suami terlantar sakit di atas pelamin, pada 13 November lalu.
Berita duka tersebut dikongsi Marha menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok sehingga meraih rasa simpati orang ramai. Video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan foto hitam putih arwah suaminya selain rakaman sekumpulan lelaki mengangkat keranda untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.
“Mohon doakan suami saya, Mohd Hashmi Arifin,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen tanpa memaklumkan waktu pemergian suami tercintanya.
Pemerhatian REMAJA mendapati, rata-rata pengguna aplikasi berkenaan membajiri ruangan komen perkongsian tersebut dengan mengucapkan salam takziah buat Siti Marha dan mendoakan semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sekadar informasi, Allahyarham Mohd Hashmi disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Kapar, Klang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sudah menjadi kebiasaan segelintir rakyat Malaysia, apabila menang dijulang, bila kalah disindir. Ini yang berlaku sewaktu sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, ada masyarakat Malaysia yang tidak sensitif mengeluarkan kata-kata negatif kepada barisan atlet yang gagal di sukan berprestij itu.
Situasi ini telah menarik perhatian penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mengatakan komen-komen negatif yang diberikan tiada faedahnya dan tidak sihat.
Penerjun berusia 22 tahun itu dalam misi memburu pingat Olimpik pertamanya berkata, atlet negara juga turut memerlukan sokongan dalam tempoh sukar terutama apabila tidak berjaya dalam perjalanan mereka mencipta kejayaan.
Dhabitah juga menjelaskan bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan terutama apabila terpaksa ‘dikurung’ dalam gelembung sukan untuk menghindarkan mereka daripada wabak pandemik COVID-19.
“Mereka fikir kita (atlet) tidak mahu buat elok-elok sedangkan mereka tidak tahu bahawa kita telah berlatih bermati-matian untuk menyertai Sukan Olimpik ini, namun mereka (kritik) berdasarkan apa dilihat dalam masa singkat,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei telah pun melahirkan rasa sedih terhadap komen-komen negatif dalam talian terhadap pemain badminton negara selepas kalah dalam perlawanan mereka di Olimpik. Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D.
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tetap memberikan sokongan buat kontijen negara.
Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan buat atlet wakil negara ke sukan Olimpik Tokyo 2020. Kami pasti mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik, jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan tidak kiralah sama ada mereka berjaya mendapat tempat atau tidak.
Saat ini Amerika Syarikat mencatat jumlah bilangan mereka yang positif tertinggi di dunia dengan lebih 8.8 juta dijangkiti dari keseluruhan lebih 16 juta mereka yang dikesan positif. Bahkan di negara Uncle Sam yang selalu mahu menjadi juara dalam soal kepimpinan negara lain khususnya di Timur Tengah mencatatkan jumlah kematian lebih dari 2.3 juta sejak wabak itu tersebar di USA.
Semalam Ketua Kakitangan Rumah Putih, Mark Meadows memaklumkan kepada CNN bahawa pemerintah AS tidak akan mengendalikan pandemic COVID-19 yang semakin memburuk dengan pantas.
“Kami tidak akan mengendalikan virus corona,”kata Meadows di State Of The Union dengan alasan faktor mitigasi yang tepat seperti terapi dan vaksin yang harus menjadi keutamaan masa kini.
Ternyata dari kenyataan itu, pakar perubatan bimbang kerana dengan membiarkan virus ini terus merebak, ia akan membawa kematian nyawa ramai orang.
Setiap hari, di AS kes mereka yang positif terlalu tinggi tetapi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sendiri secara terang terangan mengabaikan langkah-langkah pencegahan penyebaran virus corona seperti menjaga penjarakan fizikal dan menggunakan pelitup muka yang mampu memperlambatkan penyebaran penyakit.
Malah Trump turut mengeluh media hanya pandai membicarakan soal covid covid covid, seolah tiada berita lain hendak disiarkan. Wakil Presiden, Mike Pence juga menolak untuk menerima panduan rasmi dikeluarkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pencegahan Penyakit agar melakukan kuarantin. Malah sebelum itu, pembantunya adalah individu yang disahkan terjangkit COVID-19. Malah Trump juga semasa berkempen mengabaikan jarak fizikal demi kerjaya politiknya. Ramai mengecam tindakannya kerana beranggapan dirinya hanya mementingkan kerjaya politiknya dan bukan menjaga kepentingan rakyat kala ini.
Dalam satu tinjauan ramai mendapati, lebih 60 peratus rakyat Amerika tidak menyetujui cara Trump dan barisannya mengendalikan pandemik ini. Malah mereka meremehkan ancaman dari corona virus, mengejek penggunaan mask, mengubahnya menjadi masalah perang budaya dan menekan agar dibuka pintu sempadan negara.
Mungkinkah Trump sudah awal-awal “mengangkat tangan”selepas tidak mampu menangani wabak ini di negara sendiri. Ini kerana Presiden itu sering menjadi jaguh di negara orang lain? Alangkah beruntungnya kita kerana mempunyai barisan Perdana Menteri yang sangat sayangkan rakyat dan begitu prihatin dengan isu kesihatan rakyat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!