Pada zaman sekarang permainan video atau dikenali sebagai eSport bukan lagi perkara enteng yang boleh dipandang sebelah mata. Ia kini menjadi acara yang dipertandingkan dan menawarkan sumber pendapatan serta penajaan bernilai jutaan ringgit.
.
Populariti eSport yang semakin hari semakin meningkat merupakan satu perkara yang tidak dapat disangkal lagi. Menyedari akan peningkatan serta populariti luar biasa eSport, Yoodo hari ini mengumumkan yang mana mereka akan kembali menaja kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) bagi negara Malaysia dan Singapura untuk musim keenam.
Wow…musim ke 6 ye guyss!!
Ads
Hal ini merupakan tajaan kedua mereka selepas musim kelima sebelum ini di mana ia merupakan salah satu musim terbesar buat kejohanan tersebut dengan sejumlah lebih dari 9.5 juta tontonan. Menurut Michael Lin, iaitu pengurus pemasaran Esukan MPL menyatakan yang mana mereka amat gembira dengan tajaan Yoodo dan bagi musim keenam ini, mereka menjanjikan satu kejohanan yang lebih besar dari pelbagai pasukan Malaysia dan Singapura.
Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) bagi negara Malaysia dan Singapura musim keenam akan menyediakan wang hadiah terkumpul sebanyak $100,000(~RM417,000) dan ia akan menempatkan enam pasukan dari Malaysia dan empat dari Singapura. Kejohanan tersebut akan berlangsung bermula 28 Ogos ini sehingga 25 Oktober 2020 ini.
.
Ads
Pada masa yang sama, Yoodo juga mengumumkan yang mana mereka kini akan menaja pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Geek Fam, sekaligus menambahkan lagi barisan tajaan esukan di bawah naungan Yoodo selepas Yoodo Gank dan juga Yoodo FV.
Menurut Chow Tuck Mun, ketua Yoodo, belia sangat teruja untuk membawa jenama mereka ke kejohanan MPL yang bakal berlangsung kelak, ditambah pula dengan pencapaian pasukan tersebut di musim lepas, mereka bersedia untuk memberi sokongan penuh buat pasukan Geek Fam. Beliau juga menyatakan tajaan ini bukan sahaja dari segi tajaan telco, malah dari segi kewangan buat pasukan tersebut.
Ads
.
Yoodo Geek Fam terdiri daripada Nik Aqieff (Dominus) sebagai kapten pasukan, Muhammad Zul Hisham (Xorn), Poon Kok Sing (OzoraVeki), Muhammad Nazmie (Artz) , Amirul Shafiq (Feekz) dan Tai Ming Hong (Rumpel).
Jadi kepada games di luar sana, teruskan berjuang di alam digital dengan penuh semangat. Buat pasukan Yoodo Geek Fam untuk kejohanan MPL musim keenam ini. good luck okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ahli kumpulan sensasi Blackpink, Jennie Kim pada tahun ini tidak keseorangan di acara pertunjukan fesyen Chanel di Paris apabila dia turut didampingi rakan seindustri dari Korea Selatan dan Jepun, Park Seo Joon dan Nana Komatsu.
Seperti biasa, gaya kemunculan Jennie dinanti-nantikan oleh peminat K-pop dan fesyenista di seluruh dunia dan ternyata dia tidak mengecewakan.
Jennie tampil ‘gagah’ dan menitipkan gaya ’empowered woman’ di karpet merah Chanel dengan dandanan rambut braided low ponytail dan persalinan serba putih terdiri daripada top tidak berlengan dan celana berpotongan straight-cut.
Ada yang berpendapat gaya Jennie ini mirip konsep pakaiannya dalam video muzik How You Like That dahulu. Korang rasa sama tak?
Anyway, kehadiran Jennie dan Park Seo Joon turut diperkatakan oleh kerana interaksi mereka di karpet merah Chanel.
No no, mereka tidaklah kelihatan mesra bak pasangan kekasih. Sebaliknya, layanan penuh hormat dan gentleman Seo Joon kepada Jennie ketika mereka sedang bergambar bersama telah mencetuskan fenomena di media sosial.
Biarpun jelas, pelakon dan penyanyi itu masih dalam fasa ‘awkward’; itu hanyalah disebabkan mereka saling menghormati antara satu sama lain.
Contohnya sewaktu Park Seo Joon cuba menutupi wajah Jennie daripada kamera yang ada. Ataupun semasa Park Seo Joon cuba mendekati Jennie tetapi ahli Blackpink itu mengambil satu langkah ke belakang.
Haih! Bukan setakat itu, Park Seo Joon juga bertindak ‘gentleman’ apabila tidak meletakkan tangan kirinya di bahagian pinggang Jennie semasa bergambar.
Sebaliknya, tangan beliau dibiarkan ‘terapung’ di belakang tubuh Jennie untuk mendapatkan efek seakan-akan mereka saling bersentuhan.
now we all know why park seojoon did not touch jennie in the second pic 😭
Persis pelakon Malaysia Beto Kusyairi yang baru-baru ini viral kerana menjaga jarak dengan pasangan pelakon dalam poster filem Imaginur, Diana Danielle.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali tiba musim percutian akhir tahun saja, pastinya akan ada tawaran edisi istimewa dan terhad yang akan muncul di stor kegemaran ramai, Sephora.
Tahun 2019 juga sama seperti tahun-tahun lepas. Kali ini Sephora menawarkan kempen Best Holiday Feels Ever dengan pakej yang comel!
Why not korang rebut pada bulan Disember ini sementara stok masih ada. Ini 10 produk pilihan REMAJA di bawah harga RM100.
Untung kulit yang lebih licin dan berseri. Bebas daripada alkohol dan sesuai digunakan untuk kulit sensitif.
.
.
02
TARTE Hey Curl, Hey Lash Curler RM92
Serius comel! Curler edisi besi ini digemari ramai kerana ia sesuai untuk melentikkan bulu mata agar tampil natural. Juga didatangkan dengan maskara untuk impak dramatik.
.
.
03
SEPHORA Frosted Party Skincare Surprise Box (Edisi Terhad) RM60
Pakej ini mempunyai 4 produk asas untuk kulit kamu iaitu lychee face mask, cucumber eye mask, charcoal nose strip dan coconut hand balm.
.
.
04
SEPHORA #Lipstories Trio Set RM95
Inginkan koleksi baru lipstik untuk tahun hadapan. Why not dapatkan ketiga-tiga warna berbeza ini dalam satu kit percutian. Masing-masing mempunyai tekstur berlainan iaitu krim, matte dan metal.
.
.
05
SEPHORA Glittery Hand Cleansing Gel (Edisi Terhad) RM15
Mudah dibawa ke mana-mana dan murah! Ia juga mempunyai bauan kelapa yang menyenangkan.
.
.
06
COCO & EVE The Gift of Good Hair Like A Virgin Hair (Edisi Terhad) RM78
Jangan biarkan rambut korang kering dan rosak akibat menggunakan peralatan seperti curler dan straightener. Ratakan hair masque ini sebelum mendandan rambut untuk rambut sihat dan bersinar.
.
.
07
CLINIQUE Pop Treats Lip Colour Duo RM62
Mengapa hanya dapatkan lip gloss saja sekiranya korang boleh dapatkannya bersama lip primer? Set istimewa oleh Clinique ini memberikan kemasan yang tak melekit.
.
.
08
TOO FACED Melted Matte Long Wear Lipstick – Gingerbread Man (Edisi Terhad) RM92
Comelnya! Bagi korang yang gemarkan tekstur lipstik matte dan warna yang lebih gelap daripada kebiasaan, this is for you.
.
.
09
SEPHORA Aloe Hand Masks RM19
Katakan tak pada tapak tangan yang kering. Hanya sarungkan hand mask ini untuk 15 minit sambil lakukan aktiviti seperti biasa demi mendapatkan kelebihan estrak aloe vera.
.
.
.
10
SEPHORA Frosted Party Makeup Surprise Box RM85
Dapatkan 3 produk dengan satu harga! Ia adalah hadiah istimewa musim percutian ini dan sebelum memasuki tahun baru 2020. Produk yang terkandung di dalamnya adalah maskara, pensil mata dan stick luminizer untuk mendapatkan efek mata yang menarik.
*
Selain mendapatkannya di stor, korang juga cuma melihat sekiranya stok masih ada secara online. Sambil tu, apa kata korang dapatkan promosi tambahan dengan menggunakan aplikasi Shopback.
Kesetiaan peminat Ziana Zain yang menanti selama bertahun-tahun untuk menyaksikan penyanyi kegemaran mereka itu kembali mengadakan persembahan pentas terbalas jua, Sabtu lalu.
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 berlangsung meriah apabila ia disaksikan oleh kira-kira 2800 orang penonton yang memenuhi ruang tempat duduk di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Selama konsert tersebut berlangsung kira-kira tiga jam lamanya, pasangan penyanyi adik-beradik itu saling mengambil giliran menyanyi secara solo sambil turut berkesempatan untuk berduet menerusi beberapa buah lagu hit mereka berdua.
Tambah manis apabila persembahan mereka turut disaksikan oleh kedua ibu bapa serta dua orang anak teruna Ziana, Muhammad Amar Armin Zaharin dan Muhammad Aiman.
Tinta Ziana sewaktu sidang media dilangsungkan selepas tirai dilabuhkan malam itu, beliau menyifatkan tiada apa yang lebih membanggakan dirinya dan Anuar melainkan melihat rasa bangga pada raut wajah dua insan yang membesarkan mereka itu.
“Dulu abah datang semasa konsert Unplugged (1996) dan konsert Ziana Zain In The Park (2001). Dan selepas itu, sudah jarang. Sokongannya terhadap anak-anaknya amat kuat. Walaupun sekarang usianya sudah 84 tahun manakala ibu kami sudah berusia 71 tahun, kami ingin sangat mereka datang (ke konsert kelmarin).
“Tanya beliau, ‘Boleh ke abah datang? Takut abah sudah tak terdaya.’ Kata saya, tak mengapa insyaAllah ada abah, semangat kami lebih kuat. Jadi, abah gagahkan diri untuk datang juga bersama dua orang anak saya, Muhammad Ammar dan Muhammad Aiman.
“Saya meminta mereka temani atuk mereka ke konsert. Ammar bertanya, ‘Nak tengok Mama dan Pak Ngah nyanyi ke?’. Mereka belum pernah menonton kami berdua berkerjasama. Mereka setuju, dengan pesanan usah panggil nama saya dari atas pentas. (ketawa). Tapi anak kan, perlulah panggil,” seloroh Ziana.
Tidak menafikan dirinya dilanda arus sebak sewaktu berbicara mengenai sokongan ibu bapanya di hadapan ribuan penonton yang hadir, Ziana bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.
Puas Hati Dengan Setiap Lagu?
Apabila dua sosok hebat dunia nyanyian lokal itu digabungkan dalam satu acara seperti ini, tentunya mustahil untuk kesemua repertoire yang menjadi sebahagian daripada identiti diri mereka dapat dimainkan. Soal pemilihan lagu menjadi salah satu perkara yang diutamakan Ziana dan Anuar.
“Setiap kali mengadakan konsert, kami mempunyai pasukan sendiri. Semua akan duduk berbincang tentang konsep, pemilihan lagu dan sebagainya. Kali ini, kami bersetuju menjadikan konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 sebagai ‘konsert kasih sayang’.
“Pemilihan lagu lebih kepada lagu-lagu cinta, lagu nostalgia dan lagu hit. Sukar juga (hendak pilih lagu). Tapi saya percaya malam ini, lagu yang kita nyanyikan diterima baik oleh peminat kerana ini juga adalah lagu-lagu permintaan mereka.
“Malah komposisi semula lagu pada malam ini sangat segar. Bayangkan sajalah, Madah Berhelah telah saya nyanyikan sejak 1992. Tapi disebabkan olahan muzik malam ini, saya rasa bersemangat balik untuk nyanyikannya,” ujar Ziana yang jelita menggayakan dua busana rekaan AMAZE dan Rizman Ruzaini.
Pemilihan lagu Ziana juga dilihat berpandukan kepada trend semasa dalam kalangan pendengar. Sebagai contoh, terdapat lagu yang dipilih dek kerana popularitinya di platform media sosial TikTok, baru-baru ini.
Tak Bolehlah Harapkan Ziana Zain Sekarang Seperti Dulu
Biarpun sudah berulang kali menyanyikan lagu-lagu hit miliknya sepanjang lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri ini, Ziana masih tidak mampu menghapuskan rasa gugup dalam dirinya sebelum berpijak di pentas konsert.
“Saya yang paling lama tak buat konsert, Anuar Zain selalu jugalah buat konsert. Saya nervous sebenarnya, tak boleh nak tidur seminggu lepas. Dalam hati saya selalu fikirkan, kita nak buat show. Walaupun sudah lama (berkecimpung), gugup itu masih ada.
“Alhamdulillah pada malam ini, sebaik melihat kelibat peminat, mereka seakan berikan ‘energy’ kepada kami berdua. Saya juga bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menghiburkan mereka. Selepas menjalani pembedahan untuk gastrik tempoh hari, tenaga saya pun lain. Nafas lain dan saya boleh tahan note dengan agak lama.
“Seperkara lagi, ‘mental’ memang saya jaga. Segala masalah kecil-kecil saya ketepikan untuk fokus kepada konsert ini.
“(Bagi saya) ini kerja, orang datang dan bayar duit untuk tonton kita. Jadi apa yang saya boleh lakukan adalah bersiap-sedia seadanya, (seiring) dengan umur saya. Peminat tidak bolehlah harapkan kami seperti pada usia 20-an, 30-an. Namun, saya dan Anuar tetap lakukan sebaik mungkin demi mereka,” simpulnya.
Dalam pada itu, Ziana dan Anuar turut mengejutkan para peminat apabila mengesahkan bahawa mereka bakal menggegarkan Singapura pula pada 24 September ini. Jadi buat korang yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan konsert mereka Sabtu lalu, jangan lepaskan peluang untuk ke kota singa tidak lama lagi okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kumpulan nasyid legenda tanah air, Inteam, masih berbisa apabila tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun habis terjual hanya dalam tempoh dua jam sahaja.
Perkara...