Jika sebelum ini, pelakon terkenal lelaki Hollywood, Johnny Depp telah memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard sebelum ini. Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta lagi sebagai ganti rugi punitif.

BACA: Johnny Depp Tepis Dakwaan Amber Heard, Terima Ganti Rugi USD15 Juta

Selepas move on dengan kes tersebut, terbaru Johnny Depp dikatakan meraih RM16 juta dalam masa beberapa jam sahaja dengan menjual koleksi sulung miliknya.  Koleksi bernama Friends & Heroes  itu secara rasminya telah habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.

Bintang Hollywood terkenal itu telah mempamerkan koleksi karya seni dengan merangkumi 780 lukisan edisi terhad di 37 galeri Castle Fine Art.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johnny Depp (@johnnydepp)

Menerusi laporan BBC, Johnny Depp menjual 780 lukisannya dalam masa beberapa jam dan lukisan utamanya iaitu empat potret artis dijual satu set pada harga RM80,000.

IKLAN

Johnny Depp juga berkongsi karyanya melalui hantaran Instagram.

Koleksi tersebut adalah sebahagian daripada koleksi Friends and Heroes Johnny Depp yang menampilkan empat potret artis iaitu Bob Dylan, Elizabeth Taylor, Al Pacino dan Keith Richards.

Tahun Bertuah, Johnny Depp Perolehi RM16 Juta Pula Hasil Jualan Karya Seni

Pelakon Hollywood itu menjual lukisan tokoh “inspirasi” termasuk (l-r) Keith Richards, Elizabeth Taylor dan Bob Dylan (Foto Via BBC)

Johnny Depp menyatakan potret artis tersebut adalah orang yang memberi inspirasi kepadanya.

 

IKLAN

Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya.

Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.

Menurutnya lagi, setiap imej merupakan refleksi watak mereka di mata Johnny dan gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya. Rakan baiknya Keith Richard juga dipotretkan atas menginspirasikan dirinya tentang keletah watak terkenal yang pernah dibawa iaitu Jack Sparrow.

Wah, berdarah seni betul Johnny Depp ni kan…

IKLAN

BACA : Mads Mikkelsen Bakal Ganti Johnny Depp Dalam Filem Fantastic Beasts 3

Sumber : 1, 2

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI