
Jika jujur dengan diri sendiri, ‘sugar craving’ ini memang susah nak lawan. Lebih lagi bila terlalu depan kedai kopi dan teh yang tengah trend, nampak tiramisu dan aneka kek di media sosial, atau rasa teringin itu tiba-tiba muncul waktu tengah stress buat assignment.
Craving ini bukan soal lapar saja, tapi otak kita sudah terbiasa cari keselesaan daripada gula. Nah! Kali ini Remaja nak kongsikan dengan anda beberapa trik mudah untuk kawal craving tanpa rasa macam tengah torture diri sendiri.
Instead of terus beli coklat bar, cuba swap dengan buah-buahan manis macam kurma, mangga, beri, atau pisang. Bila craving datang, gula semulajadi dalam buah boleh ubah otak anda untuk rasa puas. Bukan setakat itu saja, badan pun lengkap dapat fiber dan vitamin. Kalau nak lagi best, anda juga boleh cuba ambil dark chocolate sebab ia mempunyai kadar gula rendah tetapi masih boleh hilangkan craving sebab ia lebih baik dari coklat biasa.
Bila anda skip breakfast atau lunch, gula dalam darah jadi tak stabil. Itu yang akan buat craving manis datang menyerang. Jadi, pastikan makan makanan seimbang ikut masa yang sesuai. Apabila perut kenyang dengan pengambilan yang lebih sihat, craving akan mula hilang sedikit demi sedikit. Antara contoh mudah yang mungkin korang boleh ikut adalah mulakan sarapan dengan overnight oats + buah, atau makan tengah hari dengan nasi + ayam bakar + sayur.
Kadang-kadang ada masa kita ingat badan craving gula, tapi sebenarnya badan cuma haus. Selepas ini, jika tiba-tiba rasa nak minum air manis, cuba minum segelas besar air kosong dulu. Kalau craving hilang, maksudnya badan cuma kurang hidrasi. Kalau tak, barulah cari alternatif lain. Nak lebih seronok, boleh letak hirisan lemon, timun atau daun mint untuk rasa lebih segar!
Rasa nak makan manis ini selalunya akan muncul bila kita stress atau bosan. Apa kata, anda cuba alih perhatian dengan aktiviti lain seperti membaca, jalan-jalan, atau lakukan senaman ringan. Mungkin bagi yang suka menulis boleh mula buat jurnal atau dengar lagu chill. Bila mood semakin okay, craving secara automatik akan jadi berkurang kerana otak sudah tertarik dengan perkara lain.
Selain daripada itu, tidur cukup pun memainkan peranan penting. Jika kurang tidur, hormon lapar jadi kacau-bilau, dan craving makanan manis jadi lagi ‘rancak’. Jadi, kalau rasa craving pelik-pelik, sebaiknya anda periksa semula balik rutin tidur.
Kalau craving datang memuncak, tak salah untuk cuit sikit selagi porsi makanan yang anda ambil itu sedikit. Konsep paling mudah adalah ‘control portion, not totally eliminate’ sebab jika terlalu tegas, nanti lagi senang untuk balas ‘dendam’ semula dan terlebih makan. Apa yang lagi menarik, jika anda konsisten, tenaga juga akan jadi lebih stabil, kulit nampak cerah dan mood jadi lebih baik sepanjang hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.