Figura seorang ini boleh dikatakan punyai bakat besar yang dikurnia dari Ilahi buat dirinya. Berdiri di atas kaki sendiri sebagai seorang anak seni tempatan, ternyata bakat yang dimilikinya membuahkan hasil seperti mana kita lihat dirinya kini.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, pemilik nama Amyra Rosli ini juga kini juga bergiat dalam bidang pengacaraan.
Diberi kepercayaan mengendalikan program popular TV3, Nona, pasitnya ia sedikit sebanyak memberikan sesuatu pengalaman yang berharga buat Amyra.
Berkata kepada Remaja, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya bersyukur dan seronok apabila dapat berkolaborasi sebagai pengacara menerusi program tersebut.
Ads
“Sepanjang bergelar sebagai pengacara Nona, terlalu banyak yang saya belajar lagi-lagi dalam bidang pengacaraan ini. Selain itu, dan juga keyakinan saya untuk kedepan.
“Saya juga seronok apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan Nona, banyak juga pengetahuan yang saya belajar dan peroleh.
“Bahkan, beruntungnya saya apabila berada dalam program ini, saya di bawah didikan pengacara berpengalaman iaitu Rena Hazrena. Selain penerbit yang banyak membantu,” katanya.
Ads
“Paling seronok bekerja dengan Nona ini, kita dapat teroka tempat-tempat yang sangat menarik dan dapat kenal ramai orang.
Dalam pada itu, bercakap mengenai soal cara membahagi masa bersama keluarga pula, pelakon naskhah hit Jangan Menangis Cinta itu memberitahu sentiasa mencuri masa bersama keluarga kecilnya terutama bersama anak-anak tercintanya.
“Kita perlu well managed bila saya seorang yang bekerjaya, jika terlalu sibuk dengan lakonan. Selepas itu, saya akan rehat dalam dua ke tiga bulan untuk meluangkan masa bersama keluarga kecil saya.
“Dari segi soal anak-anak pula, jika suami saya sibuk, saya ada penjaga yang sangat selamat iaitu ibu bapa saya sendiri.
“Jadi, saya tiada isu untuk kurang masa bahagian itu dan ini kerana dari awal lagi, jika apa-apa pekerjaan yang saya akan ambil, saya sudah rancang awal-awal,” tuturnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Amyra Rosli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak suka dengan keletah dan juga kandungan yang dimuatnaik oleh influencer ataupun pempengaruh media sosial, Kimchibudu. Pasangan suami isteri, Muhamad Khalid Ismail dan Lee-Seul merupakan personaliti yang cukup menghiburkan dengan kandungan yang berinformasi di laman YouTube mereka selain berkongsi perjalanan kehidupan mereka di laman Instagram juga.
Khalid yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berhijrah ke Seoul, Korea Selatan 14 tahun lepas dan menjadikan bandaraya tersebut sebagai kampung keduanya. Dalam hantaran terbaru di laman Instagram, dia menceritakan kegembiraan dan juga rasa bersyukur atas anugerah yang diberikan kepadanya.
“Terima kasih Seoul diatas penghormatan dan penganugerahan darjah dan pingat Seoul Honarary Citizenship/ Rakyat Kehormat Seoul. Satu penghormatan besar bagi diri saya. Sejak kali pertama menjejakkan kaki ke Seoul 14 tahun lepas pada 2007 dan menjadikan Korea Selatan kampung ke-2 saya, inilah penghormatan tertinggi pernah saya terima dari pihak kerajaan di Korea Selatan.
Terima kasih Seoul kerana menghargai usaha saya dan isteri dalam menjadikan Seoul sebuah Bandaraya Global yang mesra muslim dgn mengenengahkan pelancongan halal dan menjadi salah satu duta kecil yang menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan tambah-tambah lagi tahun ini adalah ulang tahun ke-60 hubungan diplomasi antara Malaysia-Korea Selatan,” ujarnya.
Selain itu dia juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga, guru, sahabat , pegawai kedutaan Malaysia di Seoul terutama bekas Duta Malaysia ke Korea, Datuk Ashri Muda, Naib Pengerusi Pertubuhan Pelancongan Seoul, Pengerusi Perikatan Bisnes Global Korea, Pengarah Pusat Heanem Gangdong dan Ketua Pengawai Eksekutif TVM TV Channel yang selama ini banyak membantunya.
Kandungan yang dimuat naik oleh Khalid dan juga isterinya dilihat sebagai satu simbolik yang mempromosikan pelancongan halal serta hubungan Malaysia dan Korea Selatan yang sudah terjalin baik sejak 60 tahun lalu.
Walaupun menerima anugerah tersebut dan kini menetap di Seoul, Khalid ada menjelaskan yang ini tidak bermakna dia sudah menukar taraf kewarganegaraannya. Dia masih lagi warganegara Malaysia dan akan setia bersama negara tercinta ini.
Semua syarikat penerbangan di bawah AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) yang merupakan cabang penerbangan Capital A, hari ini menegaskan komitmen mereka untuk menyelesaikan semua permintaan bayaran balik akibat pandemik secepat mungkin.
Menurut siaran yang diberikan kepada media, syarikat penerbangan di bawah AAAGL telah menyelesaikan hampir 99% pertanyaan tetamu berkenaan bayaran balik dan akan berusaha untuk menyelesaikan baki 0.8% lagi dalam masa terdekat.
Selain itu, syarikat penerbangan jarak sederhana dan jarak jauh AirAsia X (AAX) dan Thai AirAsia X (TAAX) juga mempunyai rancangan yang kukuh untuk membuat bayaran balik kepada semua tetamu yang terkesan sejak dua tahun lalu berikutan Covid-19, dalam beberapa bulan akan datang.
Pada masa yang sama, kumpulan syarikat penerbangan itu akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik melalui pelaksanaan pelbagai inovasi baharu serta teknologi digital terkemuka dalam industri yang akan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dalam masa terdekat.
“AirAsia telah membuat bayaran balik kepada hampir semua pelanggan yang terjejas. AirAsia telah menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua dan majoriti daripada tetamu kami telah bersetuju untuk menerima bayaran balik menerusi akaun kredit dan kami amat berterima kasih kepada mereka.
“Kini, sekatan perjalanan telah mula dilonggarkan secara berperingkat di beberapa pasaran utama kami dan kami melihat ramai tetamu kami telah memanfaatkan akaun kredit mereka untuk kembali terbang bersama kami,” ucap Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes “
Beliau juga berkata bahawa ramai yang masih keliru antara syarikat penerbangan di bawah AirAsia Aviation Group dan syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh AAX dan TAAX yang merupakan entiti berasingan.
Ujarnya, “AAX berdepan dengan situasi yang lebih sukar berikutan penutupan sempadan antarabangsa, menyebabkan mereka tidak dapat beroperasi sepenuhnya serta terpaksa bergantung dengan aliran tunai yang terhad sepanjang tempoh itu. Walau bagaimanapun, kini mereka telah kembali beroperasi dan telah mula membuat bayaran balik kepada para tetamu yang terkesan menerusi baucar perjalanan bersamaan nilai tempahan yang dibuat.
“Sebuah lagi syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh kami iaitu TAAX juga turut terkesan oleh pandemik ini dan mereka sedang bekerja keras untuk menyelesaikan semua hutang yang tertunggak kepada para tetamu melalui bayaran balik dan pemberian kredit.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan kita menggunakan minyak masak berulang kali kerana menganggap ia masih selamat digunakan, selain dapat menjimatkan wang. Kadang kala, minyak masak untuk digoreng akan digunakan sehingga hitam, barulah kita menukar dengan minyak masak yang baru.
Namun begitu, mengikut penjelasan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Samhan, beliau telah menjelaskan bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.
Gambar hiasan
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Ada beberapa nasihat dan panduan yang telah dikongsi oleh doktor ini di laman Twitternya dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
2. Minyak sisa bergoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
Gambar hiasan
3. Hati-hati menggunakan minyak masak dalam paket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
4. Elakkan daripada membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
5. Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dikhuatiri peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
6. Gunalah minyak masak yang mendapat pengesahan daripada SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.
Gambar hiasan
Menurut Dr Samhan lagi, minyak masak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodiesel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.
Hm, banyak juga info yang baru kami tahu. Antaranya minyak masak 1kg yang dilaporkan tidak sihat mengikut Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Jadi selepas ini, berhati-hatilah sebelum membeli minyak masak dan ingat, elak menggunakan berulang kali terutamanya bagi masakan makanan daging berdarah.