Sudah menjadi kebiasaan kita menggunakan minyak masak berulang kali kerana menganggap ia masih selamat digunakan, selain dapat menjimatkan wang. Kadang kala, minyak masak untuk digoreng akan digunakan sehingga hitam, barulah kita menukar dengan minyak masak yang baru.

Namun begitu, mengikut penjelasan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Samhan, beliau telah menjelaskan bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.

Bahaya Guna Berulang Kali, Doktor Ini Beri 6 Peringatan & Panduan Tentang Minyak Masak
Gambar hiasan

Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

Ada beberapa nasihat dan panduan yang telah dikongsi oleh doktor ini di laman Twitternya dan antaranya adalah seperti berikut:

1. Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.

IKLAN

2. Minyak sisa bergoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

Bahaya Guna Berulang Kali, Doktor Ini Beri 6 Peringatan & Panduan Tentang Minyak Masak
Gambar hiasan

3. Hati-hati menggunakan minyak masak dalam paket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

IKLAN
Bahaya Guna Berulang Kali, Doktor Ini Beri 6 Peringatan & Panduan Tentang Minyak Masak
Foto: Harian Metro (Gambar hiasan)

4. Elakkan daripada membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.

5. Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dikhuatiri peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.

IKLAN

6. Gunalah minyak masak yang mendapat pengesahan daripada SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.

Bahaya Guna Berulang Kali, Doktor Ini Beri 6 Peringatan & Panduan Tentang Minyak Masak
Gambar hiasan

Menurut Dr Samhan lagi, minyak masak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodiesel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.

Hm, banyak juga info yang baru kami tahu. Antaranya minyak masak 1kg yang dilaporkan tidak sihat mengikut Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Jadi selepas ini, berhati-hatilah sebelum membeli minyak masak dan ingat, elak menggunakan berulang kali terutamanya bagi masakan makanan daging berdarah.

Sumber: Twitter Dr Samhan

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI