Salah seorang anggota kumpulan gadis K-pop, Kep1er iaitu Yujin serta agensi yang mewakilinya, KLAP Entertainment mengambil keputusan untuk memohon maaf berikutan pemakaian baju dengan imej Kaabah serta kalimah Allah dan Muhammad.
Perbuatan Yujin yang memuat naik hantaran video dengan berpakaian sedemikian telah mengundang amarah warganet yang merasakan ia satu bentuk penghinaan terhadap isu keagamaan yang sensitif.
Di platform X, rata-rata warganet menggunakan tanda pagar #YujinApologizeToMuslim bagi meluahkan ketidakpuashatian mereka. Malah ada juga yang nekad ingin memboikot kumpulan tersebut serta KLAP Entertainment.
Tambah mengecewakan lagi adalah apabila warganet pantas mengenal pasti baahawa ini bukanlah kali pertama baju T itu dipakai oleh seorang artis K-pop. Malah, satu lagi kumpulan gadis K-pop dikenali sebagai Badvillain juga pernah menyarungkannya.
Ads
Permohonan Maaf
Menerusi plaform media sosial Bubble, Yujin melakukan permohonan maaf peribadi bagi mengiringi kenyataan maaf yang terlebih dahulu dikeluarkan oleh agensi KLAP Entertainment.
“Hello, ini ialah KLAP Entertainment.
“Kami mengesahkan bahawa Yujin Kep1er baru-baru ini telah menyarungkan baju dengan rekaan menyerupai kandungan keagamaan, dan kami telah memadamkan kesemua gambar yang memaparkan baju tersebut.
“Kami seharusnya memeriksa rekaan baju secara teliti sebelum menyerahkannya kepada artis kami. Kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan akibat kejahilan dan ketidakcekapan kami.
Ads
“Sebagai sebuah kumpulan yang bukan hanya mempunyai peminat di Korea tetapi di serata dunia, kami seharusnya bertindak lebih berhati-hati untuk tidak mengulang kesilapan sama pada masa akan datang,” ulas kenyataan terbabit.
Sementara itu, jenama pakaian yang mengeluarkan rekaan baju tersebut juga bertindak untuk menarik semula stok jualannya dan seterusnya akan lebih berwaspada demi menghormati pembeli mereka yang terdiri daripada komuniti yang berbilang kaum serta kepercayaan.
Haih, apa pendapat korang? Adakah ini isu terkhilaf ataupun sememangnya akibat kejahilan atau ignorance?
Ads
Ini bukanlah kali pertama industri hiburan K-pop terpalit dengan kontroversi melibatkan kalimah sensitif di sisi agama Islam.
Terdahulu REMAJA pernah melaporkan mengenai lirik kontroversial melibatkan rapper solo, Jay Park.
Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona akhirnya bersuara apabila sering menerima komen daripada warganet tentang caranya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Menurut anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu, dia memberitahu cara dirinya bertutur adalah normal.
“Saya dapat banyak komen yang macam ini. Bagi saya, cara saya cakap dalam Bahasa Melayu adalah normal. Kawan-kawan saya pun rasa begitu.
“Tapi bila saya muat naik video dan cakap bahasa Melayu, orang cakap saya pelat dan tak fasih.
“Bagi saya inilah cara saya bercakap. Saya agak terkejut bila ada orang mengejek cara saya bercakap,” katanya.
Pemerhatian Remaja mendapati, pelbagai reaksi yang dilontarkan warganet antaranya ada yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.
Bagaimanapun, ada di antara mereka yang memahami situasi Leona dan memberi semangat agar dia berlatih lebih lagi bertutur dalam Bahasa Melayu.
“Ia normal sebab kawan-kawan awak pun jarang cakap Melayu. Sejujurnya awak cakap macam warga asing tapi tak mengapa, asalkan awak tahu untuk bercakap dalam Bahasa Melayu,” komen seorang netizen.
“Jangan normalisasi orang Malaysia tak reti cakap Melayu. Belajar Bahasa Inggeris memang bagus tapi bahasa ibunda jangan dilupakan,” komen lagi pengguna lain.
“Tak apa Leona, saya faham. Sekurang-kurangnya awak cuba,” komen juga pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah karakter robot kucing popular ini mencuri tumpuan dengan kemunculan filem Stand By Me Doraemon 2, Februari lalu, sekali lagi ia menjadi topik perbualan hangat setelah muncul beberapa foto terbaru Doraemon berwarna hijau.
Aik, sejak bila pula Doraemon bertukar warna ini. Baik dalam bentuk komik mahupun dalam siri animasinya, Doraemon sentiasa kekal berwarna biru.
Jangan terkejut pula bila melihat foto terbaru Doraemon ini melintasi timeline korang.
Ia sebenarnya bersempena pengenalan watak Doraemon sebagai Duta Kemampanan (Sustainability) Dunia oleh Uniqlo.
Kolaborasi di antara dua nama besar dari Jepun ini bukan saja memperkenalkan watak tersebut dalam versi Doraemon Sustainability Mode. Malah, Uniqlo juga menukar warna ikonik merah pada logo mereka kepada hijau.
Semasa majlis pengumuman UNIQLO Global Sustainability Ambassador.
Menurut Koji Yanai yang mewakili Uniqlo, mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan Doraemon demi membawakan mesej kesedaran alam sekitar kepada masyarakat.
“Sepanjang dua dekad lalu, Uniqlo telah mengambil pelbagai pendekatan dan inisiatif baharu agar perniagaan kami lebih mesra alam. Kami percaya, dengan impak pandemik COVID-19, pelanggan Uniqlo lebih terbuka hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan alam.”
Doraemon juga tidak ketinggalan menyatakan keterujaannya dengan warna baru tersebut.
“Hi, semua! Saya Doraemon dan kini saya berwarna hijau! Saya akan melakukan yang terbaik sebagai Duta Kemampanan Dunia Uniqlo untuk membantu mencipta masa depan yang lebih cerah untuk kita semua.”
“Saya ingin melakukannya dengan anda semua supaya kita bole menyebarkan mesej ini kepada mereka yang memandang serius akan masa depan dunia kita.”
Selain Doraemon, usaha Uniqlo ini turut mendapat sokongan daripada pelakon Jepun, Haruka Ayase, Roger Fedeer, Kei Nashikoi, Shingo Kunieda, Gardon Reid, Ayumu Hirano dan Adam Scott.
Mereka semua merupakan duta yang telah dilantik bagi kempen yang sama sebelum ini.
Korang juga boleh menyokong kempen tersebut DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa anugerah telahpun diberikan kepada para pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33, setakat masa ini.
Antara yang sememangnya mendapat sokongan jitu daripada kelab peminat sehingga berjaya membawa pulang trofi pada malam ini termasuklah Sherry Alhahad (Pengacara Popular), DJ Lin (Penyampai Radio Popular) dan Chubb-E (Artis Lelaki Baharu Popular).
Salah seorang penerima anugerah pada malam ini telah mencuri perhatian ramai. Ini kerana tidak ramai penonton di hadapan kaca televisyen dan di YouTube yang begitu mengenalinya lagi secara meluas.
Haa, ini 4 trivia menarik mengenai pemenang kategori Artis Wanita Baharu Popular, Isyariana.
01
Isyariana, 30 menyertai industri nyanyian tanah air menerusi gandingan kumpulan duo bernama Hanarose bersama Eka Sharif pada tahun 2014. Melalui program Akademi Fantasia 2016, Isyariana semakin dikenali ramai walaupun dia tersingkir di konsert minggu kelima.
Sumber foto: Instagram Isyariana
02
Walaupun dikurniakan dengan bakat nyanyian, nama Isyariana dilihat lebih dikenali ramai menerusi drama lakonannya. Penulis pasti korang pernah melihat kelibatnya dalam drama-drama seperti Puteri Yang Ditukar (2019), Lelaki Kiriman Tuhan (2018), Duda Pujaan Dara (2017) dan banyak lagi. Isyariana juga aktif dengan lakonan telefilem dari semasa ke semasa.
03
Jelas Isyariana mempunyai sokongan kelab peminat yang kuat sehingga mampu membolot salah satu kategori utama pada ABPBH33. Namun, dia sendiri merasakan dirinya kerdil jika dibandingkan dengan calon lain seperti Shasha Abedul, Nynaa Harizal, Bunga Isme, Riena Diana, Yuna Rahim dah ramai lagi.
“Mereka lebih popular dan cantik. Saya pula entah dikenali atau tidak. Apabila berjaya melepasi senari top 20 pun saya sudah bersyukur,” katanya kepada rakan media di BH Online.
Sumber foto: Instagram Isyariana.
04
Menariknya, dia hanya membolosi pencalonan kategori ini selepas 6 tahun bergelar selebriti.
“Cepat lambat, ia bukan halangan untuk saya membuktikan hasil kerja. Saya pernah disuruh untuk mereka-reka cerita untuk meraih populariti ketika nama saya suam-suam kuku. Memang ada orang produksi yang menyarankan saya mereka cerita panas untuk menaikkan nama. Tapi, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk mengelak terjerumus dalam kontroversi.”
*
Tahniah Isyariana!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.