Mesti korang ingat dengan remaja perempuan Iran yang menggemparkan dunia sebelum ini kononnya melakukan pembedahan semata-mata kerana mahu kelihatan seperti Angelina Jolie. Walaupun begitu rupa-rupanya apa yang ditonjolkan hanyalah teknik solekan dan juga penggunaan aplikasi photoshop yang melampau sahaja.
Sahar Tabar atau nama sebenarnya Fatemah Khishvand, 19, telah dijatuhi hukuman penjara selama sepuluh tahun kerana aktivitinya di media sosial yang disifatkan tidak bermoral dan berlawanan dengan pendirian Republik Islam tersebut. Beliau dituduh mempengaruhi generasi muda terjerumus ke arah perkara negatif menerusi perkongsian di media sosial yang dianggap tidak sopan.
Memiliki pengikut hampir 500’000 di laman Instagram, dia dilihat memberi pengaruh besar kepada pengikutnya. Walaupun begitu sejak tangkapan akaun Instagramnya sudah dinyahaktifkan.
Ads
Wajah sebenar dan wajah selepas solekan serta ubah suai digital menggunakan photoshop. Sumber gambar: Instagram Sahar Tabar Fans
Menurut laporan The Guardian, rekod perubatan gadis tersebut menunjukkan yang dia mengalami masalah kesihatan mental dan ini dibuktikan dengan sejarah lawatannya ke hospital psikiatri. Rekod ini menjadikan hukuman penjara yang dikenakan oleh pihak berkuasa Iran terhadapnya tidak munasabah.
Ads
Terdahulu pada Oktober 2019, TV Negara Iran ada menyiarkan pengakuannya dan ekspesi wajah yang ditonjolkan jelas mengundang simpati ramai pihak. Kini penguamnya sedang mencuba membantunya supaya bebas dari penjara setelah disahkan positif Covid-19 di penjara pada April tahun ini.
Menerusi tiga hantaran di Instagram secara berturut-turut sejak tiga hari lalu, model antarabangsa Bella Hadidtelah terbuka untuk membangkitkan isu diskriminasi yang sedang dihadapi oleh gadis hijabi di beberapa buah negara, kebelakangan ini.
Bella, 25 atau nama penuhnya, atau nama sebenarnya, Isabella Khair Hadid sememangnya dikenali sebagai seorang yang lantang mempertahankan sebarang bentuk ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat dunia.
Sumber Foto : Harper’s Bazaar
Pada tahun lalu apabila negara Palestin berdepan serangan agresif penjajah zionis Israel, Bella dan kakaknya, Gigi merupakan di antara personaliti popular yang menentang kekejaman tersebut. Malah, REMAJA pernah melaporkan mengenai pembabitan Bella dalam demonstarasi jalanan di kota New York bersama-sama gadis lain yang tidak bersetuju dengan kekerasan Israel.
Pada minggu lalu, isu diskriminasi terhadap golongan hijabi di negara India telahpun mendapat perhatian menyeluruh menerusi media antarabangsa. REMAJA turut tidak ketinggalan membuka mata para pembaca kami mengenai insiden yang dihadapi penuntut universiti, Muskan Khan yang terpaksa berdepan serangan lisan oleh sekumpulan lelaki di luar kampusnya di India hanya disebabkan penampilannya yang berhijab.
Hanya beberapa hari selepas itu, timbul pula kisah seborang pelajar sekolah bernama Hoda Al-Jamaa yang terpaksa dimasukkan ke hospital di Otago, New Zealand setelah tiga pelajar didakwa menanggalkan hijabnya sebelum memukul pelajar berusia 17 tahun itu.
Ia telah menaikkan rasa amarah penduduk dunia termasuklah Bella Hadid yang berpendapat sudah tiba masanya rasa hormat perlu dititipkan dalam diri setiap insan.
Sumber Foto : Harper’s Bazaar
“Kita perlu mengubah pemikiran menjatuhkan judgement. Ajarilah rakan, anak, ibu bapa dan keluarga kita bahawa pemakaian hijab, menjadi seorang Muslim atau menjadi seseorang yang tidak berkulit putih secara amnya tidak sama sekali bermaksud mereka adalah satu bentuk ancaman atau mereka berbeza daripada orang lain.
“Kasihilah sesama kita sebelum membenci, ajarlah sebelum menjatuhkan hukuman, lindungilah sebelum membuli,” kata Bella sambil berharap golongan hijabi akan terus kekal dengan kepercayaan mereka dan tidak mudah rapuh disebabkan tentangan yang dihadapi mereka.
Hijab juga buatnya bukanlah sesuatu yang harus diremehkan biarpun ia semakin kerap digunakan sebagai aksesori fesyen yang dirinya sendiri pakai semasa memperagakan pakaian.
“Walaupun hijab dan penutup kepala sedang muncul dalam dunia fesyen, kita harus ingat akan perjuangan harian, penderaan dan diskriminasi yang dihadapi wanita Islam disebabkan kepercayaan dan pendirian mereka.
“Setiap wanita berhak menentukan apa yang dilakukannya terhadap tubuh badannya. Hanya mereka yang boleh membuat keputusan ke atasnya.
“Walaupun fesyen semakin terbuka dan membuatkan pemakaian aksesori seperti hijab lebih diterima, saya ingin kita semua ingat dari mana asal pemakaian hijab dan mengapa ia penting kepada wanita Islam. Saya tahu ramai gadis Muslim yang terpaksa berdepan ketidakadilan, prejudis dan isu perkauman.”
“Berdirilah bersama-sama sahabat Muslim kamu. Jika kamu melihat sesuatu (yang salah), katakanlah sesuatu mengenainya,” catatnya dengan penuh bersemangat.
Untuk pengetahuan, Bella berketurunan Palestin-Amerika di mana ibunya, Yolanda Hadid merupakan seorang bekas peragawati. Manakala ayahnya, Mohamed Hadid pula ialah seorang arkitek dan pemaju hartanah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini dengan memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek keirin lelaki telah membuka peluang besar buat beliau.
Secara rasminya, beliau terpilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Foto: Universiti Malaysia Terengganu
Azizulhasni yang amat berbesar hati dengan tawaran tersebut dibenarkan menyambung pengajian di universiti itu bagi tempoh tiga tahun pada bila-bila masa.
“Tawaran untuk sambung belajar memang banyak, namun saya pilih UMT kerana universiti ini terletak di negeri kelahiran saya. Ia lebih istimewa,” jelasnya.
Kata beliau lagi, buat masa ini fokusnya adalah pada kerjaya sukan dan akan menyambung pengajian apabila sudah bersedia.
“Buat masa sekarang saya perlu fokus pada karier. Saya akan sambung belajar apabila telah bersedia kerana tawaran biasiswa UMT ini tiada tarikh luput. Mungkin bila anak-anak sudah besar sambung belajar ke sekolah atau universiti nanti, saya mulakan pengajian PhD.”
Foto: Universiti Malaysia Terengganu
Pihak UMT dalam pada itu turut menawarkan peluang kepada Azizulhasni bagi menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut selepas bersara dari dunia atlet demi kecemerlangan sains sukan negari dan negara, secara amnya.
Azizulhasni kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains sukan di Universiti Victoria, Melbourne. Beliau juga bakal menerima Anugerah Sarjana Kehormat pada Istiadat Konvokesyen UMT kali ke-19 yang dijangka berlangsung November depan.
Untuk pengetahuan, beliau telah dilantik sebagai Karyawan Tamu Utama UMT sejak November tahun lepas. Tiga penghargaan ini adalah pengiktirafan UMT terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada negara selama ini.
Sudah menjadi rezeki atlet berbasikal trek ini untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada Datuk Azizulhasni Awang! Beliau bukan hanya telah mengharumkan nama negara, malah terus dahagakan peluang untuk mengejar ilmu pada masa akan datang.
Seluruh rakyat Malaysia termasuklah selebriti tidak mahu melepaska peluang untuk menyaksikan detik bersejarah malam ini.
Sementara menunggu satu demi satu keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kebanyakan netizen menggunakan media sosial untuk berkongsi pendapat mereka terhadap situasi semasa yang sedang berlaku.
Begitu juga dengan kebanyakan selebriti tempatan yang memilih untuk bersikap terbuka terhadap sokongan mereka.
Jika diukur daripada tempoh perjuangan dalam program realiti, Hussain boleh dianggap antara penyanyi baharu yang paling lama bertahan di pentas pertandingan apabila mengharungi saingan...