Kucing antara haiwan peliharaan yang bukan sahaja comel, tetapi banyak aksi mereka berjaya menambat hati si pencinta haiwan. Malah, individu yang takut kucing pun boleh terhibur melihat kecomelan telatah mereka.
Bagi pemilik kucing di rumah, sudah tentu korang terbiasa dengan aksi-aksi si bulus yang bermacam ragam. Ada yang suka duduk di almari, ada yang suka bermain karpet, malah ada juga yang suka ‘menghilangkan’ diri. Hiks!
Lain pula seperti yang telah dikongsi oleh selebriti Rusia di laman TikToknya, video aksi kucing yang dimuat naik oleh Victoria Bonya ini mendapat perhatian apabila seekor kucing memberikan reaksi paling ‘win’ ketika mendengar tuannya tidur berdengkur.
Video tersebut mendapat lebih daripada 4 juta tontonan dengan 6,000 komen daripada netizen di seluruh dunia. Rata-ratanya geli hati melihat reaksi spontan kucing itu.
Tular satu kejadian semalam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang Melaka apabila seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dilaporkan rebah setelah menerima suntikan vaksin.
Maka timbullah pelbagai spekulasi setelah satu klip video berdurasi 36 saat tersebar meluas di media sosial.
Namun selepas siasatan segera yang dilakukan oleh pihak Kesihatan (Kesihatan Awam) Melaka, mereka mendapati bahawa remaja tersebut rebah disebabkan tidak mengambil sarapan sebelum temujanji vaksinasi di samping kurang tidur dan dilanda rasa gementar untuk mengambil suntikan.
Dia dilaporkan tidur lewat pada jam 2 pagi pada malam sebelumnya dan hanya sempat makan sesudu nasi lemak pada pagi semalam.
Biarpun tidak menunjukkan kesan sampingan dalam masa terdekat selepas vaksinasi, remaja itu secara tiba-tiba menjadi lemah dan rebah ketika dalam perjalan menuju tempat parkir kenderaan hingga perlu dipapah oleh ahli keluarganya, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) orang awam untuk masuk semula ke PPV tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
Selepas hampir 30 minit di sana, dia kembali stabil dan dibenarkan pulang. Pemeriksaan lanjut selepas dia pulang juga mendapati remaja tersebut sudah sihat dan aktif dengan rutin harian seperti biasa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu berkata mereka akan segera menyiasat kejadian tersebut bagi rujukan akan datang akibat daripada ketidaksediaan sebelum menerima vaksinasi dalam kalangan remaja bawah 18 tahun.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bertempat di lokasi acara TREC Kuala Lumpur semalam, telah berlangsungnya acara pelancaran koleksi terbaru Naelofar Hijab yang diberikan nama ‘Be Lofa’.
Turut diadakan pada waktu yang sama adalah sambutan Happy Belated Birthday bagi meraikan hari kelahiran Neelofa yang ke 29 pada tahun ini bersama rakan media, ahli keluarga terdekatnya, rakan influencer di media sosial dan rakan artis yang sempat hadir walaupun berdepan dengan situasi trafik sesak pada lewat petang Isnin, semalam.
Namun, di sebalik pelancaran ‘biasa-biasa’ yang selalunya menjadi tradisi pada setiap tahun oleh Naelofar Hijab, ia bertukar viral bermula awal pagi ini apabila netizen mempertikaikan beberapa isu berkenaan acara tersebut.
Antaranya, pemilihan lokasi TREC Kuala Lumpur yang terletak di dalam pekarangan Zouk Kuala Lumpur yang – hhm – tidak berapa nak sesuai bagi pelancaran hijab. Kemudian, timbul juga isu lain jemputan yang menari sakan.
Kita tolak ke tepi sekejap isu tarian tersebut. Kita fokus kepada pemilihan lokasi yang diakui kontroversial.
(Dari kiri): Datin Noor Kartini, Noor Neelofa, Noor Nabila dan Ameera Khan.
Neelofa Dua Kali Jelaskan Isu Lokasi
Sebaik saja jemputan VIP seperti Neelofa, ibunya Datin Noor Kartini Noor Mohamed, Noor Nabila, Ameera Khan dan beberapa lagi rakan kepada mereka hadir, Neelofa sebagai individu yang diraikan pada malam tersebut diminta untuk memberikan ucapan.
Sebelum mula menyentuh mengenai koleksi ‘Be Lofa’ oleh Naelofar Hijab, sebelum tentang sambutan hari kelahirannya, sebelum berterima kasih kepada keluarganya dan team Naelofar Hijab sekalipun, Neelofa tampil untuk menjelaskan terlebih dahulu tentang pemilihan lokasi tersebut, semalam.
Di dalam ucapannya, dia berkata, “Saya boleh mengagak, apabila kamu memasuki pintu entrance tersebut tadi, pasti ada yang tertanya mengapa Neelofa memilih Zouk untuk melancarkan koleksi hijab. Saya sendiri ditanya oleh mereka yang berada di sekeliling saya sepanjang penyediaan acara malam ini (semalam).
“Dan saya pasti saya akan ditanya mengenai venue ini pada hari-hari berikutnya (selepas acara tamat). Saya akan berkongsi dengan kamu mengapa lokasi ini dipilih.
“So, pada bulan lepas selepas saya pulang dari Dubai, saya duduk berbincang dengan team saya. Saya katakan kepada mereka saya inginkan idea neon untuk melancarkan koleksi terbaru ini dan untuk sambutan hari kelahiran.
“Selepas melihat kepada beberapa venue, saya memilih venue ini kerana ia sesuai dengan idea dan konsep yang kami inginkan. The lighting, the LED, the props and everything.
“Jika saya ingin melakukannya di tempat lain, saya perlu mengeluarkan bajet 8 kali lebih tinggi daripada bajet sedia ada untuk tema ini. Jadi saya berani ambil risiko, saya cakap kepaa mereka bahawa ini bukanlah untuk membelakangi agama ke apa. This is for a private event to launch our special new collection.
“Kami ambil langkah untuk betul-betul mengikut perancangan, itenarari, jenis makanan dan sebagainya agar tiada satu pun yang melencong daripada niat untuk melakukan event (yang tidak melanggar etika).
“As long as the objective itu kita capai, which is to celebrate the collection and to have fun doing it, that is good enough for me. Apa pun orang akan bercakap, kita biarkan,” katanya yang mengakui keputusan tersebut mungkin akan dianggap negatif oleh netizen.
Penjelasan yang sama turut dikongsi Neelofa ketika bersama dengan rakan media di dalam sesi soal jawab ringkas semalam di sana.
Ternyata, kata-katanya bertukar masin apabila netizen dan beberapa figura tanah air membahaskan isu pemilihan lokasi pada hari ini. Namun, Neelofa kekal tenang dan berdiam diri sehinggalah lewat petang tadi apabila dia memuat naik posting terbaru di Instagram.
Dalam caption foto tersebut, dia hanya mengucapkan rasa terujanya atas pelancaran Be Lofa Shawls & Be Lofa Turban. Be Lofa Turban dilaporkan telah sold out selepas ia dimuat naik di laman web Naelofar Hijab, hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita perletakan jawatan Menteri Pendidikan negara, Dr. Maszlee mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia petang semalam.
Ramai yang turut berduka dengan berita ini kerana menganggap Dr. Maszlee antara individu yang berjaya menjadikan sistem pendidikan di negara kita bertambah baik.
Mungkin ada yang tidak sedar bahawa banyak perubahan yang dibawa oleh individu hebat ini. Berikut merupakan inisiatif yang dibuat selama 20 bulan sepanjang Dr. Maszlee bergelar Menteri Pendidikan.
.
Fokus 1
Mengembalikan cinta ke dalam pendidikan
75 sekolah ditambah kelas OKU dengan penambahan 526 kelas
51, 191 pelajar B40 dapat laluan khas ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
RM68.1 juta biasiswa untuk 31, 614 pelajar B40
4,369 murid cicir kembali ke sekolah
2,636 anak tanpa dokumen mendaftar sekolah
Pemansuhan peperiksaan Darjah 1,2,3
Pendidikan wajib hingga sekolah menengah (semakan semula Akta Pendidikan 1996)
15,565 guru duka lara ditukarkan
50% beban guru diringankan
Kredit foto: GPS Bestari
.
Fokus 2
Kualiti pengajaran & pembelajaran
Penubuhan Jawatankuasa Kajian Dasar, Jawatankuasa Khas OKU, Jawatankuasa TVET, Jawatankuasa Khas Orang Asli untuk reformasi sistem
10,208 sekolah nikmati kelajuan minimum internet 30mbps & 100mbps (fiber)
Penggunaan Google Classroom
Peningkatan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) (Literasi bacaan, Matematik & Sains)
Peningkatan QS Ranking universiti
Tahap kebolehpasaran kerja graduan TVET 54,789 daripada 61,510 dapat pekerjaan
90% projek sekolah daif siap
1,216 makmal Sains usang diperbaiki
.
Fokus 3
Autonomi & Akauntabiliti
RM455 juta geran penyelidikan untuk pendidikan tinggi
14,911 tawaran kemasukan IPT untuk OKU, atlet, Orang Asli & B40
Penetapan Hari Akademia pada 5 Oktober
20 pilihan raya kampus di universiti awam dikendalikan oleh mahasiswa
Penubuhan kesatuan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Lantikan 43 mahasiswa menganggotai senat di 20 universiti awam
Fokus 4
Malaysia membaca
Pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO
Insentif bulanan RM5,000 untuk Sasterawan Negara
3,703 program membaca di seluruh negara
Program Sasterawan@Fakulti untuk memperkenalkan Sasterawan Negara kepada anak muda
Fokus 5
Manifesto
Mansuh senarai hitam PTPTN, pelepasan kepada gaji
Penubuhan Pasukan Dasar untuk mengkaji isu berkaitan Unified Examination Certificate (UEC)
Terima kasih kami ucapkan kepada Dr. Maszlee kerana sedikit sebanyak telah mengubah sistem pendidikan negara kita menjadi lebih baik.
Siapa pun penggantinya nanti, diharap individu tersebut juga dapat meningkatkan prestasi pelajar Malaysia di mata dunia.
InsyaAllah..
Sumber: Grafik Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.