Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak lama lagi bakal menceriakan hari-hari pendengar setia stesen radio popular Hot FM!

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Media Prima Audio (MPA), menerusi satu kenyataan hari ini. Pihaknya mengesahkan Khairy yang lebih disapa KJ itu akan mula bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut, mulai Rabu depan iaitu pada 15 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan KJ sebagai penyampai radio bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot yang bermula seawal jam 6 pagi itu lebih segar dan relevan kepada pendengar, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Mana Nak Join Persatuan Basikal?” Warganet ‘Tenangkan’ Khairy Jamaluddin Susulan 

Bakal Ceriakan Pagi Pendengar, Khairy Jamaluddin Sah Jadi DJ Radio Hot FM

Selepas itu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut mengesahkan bahawa dirinya bakal menyertai Hot FM, menerusi talian telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan pelawak Johan, AG dan Datuk AC Mizal.

IKLAN

Menjengah di ruangan komen dalam hantaran terbaharu di Instagram rasmi stesen tersebut, rata-rata pendengar tidak sabar untuk mendengar coletoh beliau pada minggu hadapan.

Bakal Ceriakan Pagi Pendengar, Khairy Jamaluddin Sah Jadi DJ Radio Hot FM

“Yes, yes yes. Go KJ, bangun awal tau kami tunggu,” komen seorang pengguna.

IKLAN

“Yey, tak sabar nak tunggu minggu hadapan,” komen juga pengguna lain.

“Sudah lama tidak dengar radio ini. Okey minggu hadapan saya tune Hot FM semata-mata nak dengar KJ menjadi Dj,” tulis netizen lain.

Bakal Ceriakan Pagi Pendengar, Khairy Jamaluddin Sah Jadi DJ Radio Hot FM

IKLAN

Sekadar informasi, Khairy Jamaluddin atau nama penuhnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga November 2022.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Khairy Jamaluddin


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI