Seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terkandas akibat banjir besar di Pantai Timur, mencipta kenangan apabila mengadakan majlis konvokesyennya sendiri di rumah.
Momen tersebut dikongsi oleh suami tercintanya, Naqishah, menerusi akaun TikTok, yang memaparkan isterinya, Siti Nur Fatihah Che Ghani, lengkap berjubah dan mortar sambil menerima sejambak bunga daripadanya.
Naqishah berseloroh dalam kapsyen video itu dengan mengatakan bahawa konvokesyen tersebut adalah ‘versi banjir’ kerana isterinya yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen ke-52 di UKM, terperangkap di Kelantan disebabkan oleh keadaan banjir yang melanda kawasan kediaman mereka.
“Majlis konvokesyen ke-52 (versi banjir)” tulis Naqishah dalam ruangan kapsyen.
Ads
Dalam pada itu, Naqishah turut memaklumkan bahawa isterinya telah menghantar permohonan kepada pihak universiti melalui email untuk menghadiri konvokesyen Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah pada sesi tahun hadapan. Mereka berharap agar permohonan tersebut diterima dengan maklum balas yang positif.
Ads
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai di platform TikTok, di mana pengguna-pengguna lain turut mengucapkan tahniah kepada Fatihah atas kejayaannya itu.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan, khususnya dalam menghadapi ujian bencana alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Naqishah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jarang-jarang kita boleh melihat fenomena langit seakan ‘bebola kapas’ yang besar.
Namun menurut laporan Daily Mai, satu fenomena cuaca luar biasa melibatkan pembentukan awan yang berbentuk seolah-olah ‘Bebola Kapas Besar’ telah memukau penduduk di Argentina.
Kejadian pembentukan awan yang ‘aneh’ ini dikatakan berlaku pada 13 November yang lalu. Terdapat satu rakaman yang dimuat naik di internet dan rakaman itu memperoleh jumlah tontonan lebih daripada 10,000 kali.
Orang ramai yang melihat kejadian itu merasakan perkara itu sangat pelik tetapi cantik pada masa yang sama.
Untuk info fenomena ini di panggil awan Mammatus dengan kata lain juga dikenali sebagai mammatocumulus. Istilah meteorologi ini berasal dari Bahasa Latin, iaitu Mamma yang bermaksud ‘payudara’. Pengistilahan ini mengambil kira dari segi rupa bentuk awan tersebut yang dikatakan memiliki persamaan dengan ‘aset’ berharga kaum wanita.
Pun begitu, setiap kali kemunculan awan ini di dada langit, jangan tertipu dengan keindahannya. Awan ini tidak selembut karakternya. Awan ini disifatkan ganas dan menakutkan.
Ahli meteorologi bernama Peter Gibbs menjelaskan, formasi awan ganjil ini biasanya akan diiringi cuaca ekstrem seperti ribut petir yang sangat kuat. Sebab itu jika awan ini muncul, penduduk di kawasan itu akan bersiap siaga tanda kawasan mereka akan dilanda ribut.
Awan mammatus yang dirakamm di Nebraska.
Ketika ribut melanda, udara persekitaran berubah menjadi lembap kerana mengandungi molekul air. Wap-wap air di udara ini kemudian ditarik ke atas awan kumulonimbus.
Oleh kerana berlaku proses penyejukan, wap air tadi lazimnya membeku menjadi ais, lalu membentuk gumpalan mammatus. Boleh jadi juga ia berisi campuran ais dan air atau hampir keseluruhannya terdiri daripada air. Diameter awan bonggol ini rata-rata berukuran satu hingga tiga kilometer. Panjangnya pula lebih kurang 0.5 kilometer.
Takut pula penulis bila lihat awan dia, korang macam mana?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas hampir dua minggu, akhirnya laporan bedah siasat mengenai kematian seorang pelajar Malaysia yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chai di Taipei, Taiwan diketahui pada hari ini.
Sin Chew Daily melaporkan Cha, 24 merupakan seorang mahasiswi di Universiti Ming Chuan dan pada waktu lapang bekerja sebagai seorang model sambilan serta aktif melakukan sesi live di media sosial.
Pelajar yang berasal dari Serdang, Selangor itu ditemui mati di pangsapuri miliknya di daerah Shilin pada 13 Oktober lalu.
Kata pihak polis Taipei, teman lelaki mangsa bernama Chen yang baru dikenalinya selama seminggu telah membuat pengakuan mencekik mangsa selepas mereka bergaduh disebabkan isu wang.
Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada hari ini, ia mendapati Chai meninggal dunia akibat sesak nafas dan patah pada bahagian leher. Kesan cekik juga konsisten dengan siasatan yang dilakukan. Hasil bedah siasat turut menemui dadah dalam badan mangsa ketika saat kematiannya.
Pada hari kejadian, teman lelaki mangsa perlu dikejarkan ke hospital kerana didapati terlebih mengambil dos ubat. Sebaik dibenarkan keluar dari hospital, Chen telah ditahan polis untuk membantu siasatan
Chen memberitahu kematian Chai tidak disengajakan. Disebabkan wang, dia hanya mahu menakutkan mangsa ketika pergaduhan berlaku.
Macam-macam ya! Diharap tiadalah lagi kes sedemikian yang berlaku kepada pelajar Malaysia di luar negara. Fokus sahaja pada misi mendapatkan segulung ijazah sebelum memikirkan hal lain di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Rico Rinaldi antara pereka fesyen muda berjiwa besar menjadi tetamu ALLAH di Tanah Suci Makkah sebagai jemaah haji. Rico juga membuat pengakuan tentang pengorbanan dalam kerjayanya.
Pemegang Diploma Fesyen dan Rekaan dari Universiti Lim Kok Wing itu meluahkannya menerusi laman sosial Instagram. Menurut Rico segalanya bermula apabila beliau mendapatkan penjelasan pendakwah, Ustazah Asma’ Harun.
“Insya-ALLAH aku cuba perbaiki. Terima kasih @ustazahasmaharun atas pencerahan yang terbuku selama ini.
“Aku perlukan doa dan dorongan semua customer. Untuk pengetahuan aku tak dapat nak buat (tempahan) baju yang tidak ada full lining. Insya-ALLAH slowly ya.
“Tapi tiada diskriminasi untuk mereka yang tidak berhijab, insya-ALLAH ini hijrah dan pengorbanan kecil saya,” titipnya yang berkongsi video penerangan Ustazah Asma’.
Video yang dirakam mengandungi pencerahan bagi menjawab persoalan Rico sama ada sumber daripada menerima tempahan baju agak seksi.
Dalam perkembangan terbaru, Rico mendedahkan seramai 10 orang meminta bayaran pendahuluan (deposit) setelah keputusan itu dibuat. Ia disifatkan Rico sebagai satu tamparan hebat.
Kalau korang nk tau, bila aku buat keputusan ni sebaik sahaja aku dpt penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun hampir 10 orang customer mintak deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami. Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500-RM5000
(Treads) pic.twitter.com/2Zk9zg33gE
“Kalau kalian hendak tau, bila aku buat keputusan ini sebaik sahaja aku dapat penjelasan daripada Ustazah Asma’ Harun hampir 10 orang customer minta deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami. Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling kurang RM3,500 hingga RM5,000
“ITU PALING BASIC UNTUK BAJU NIKAH. TAPI SEMUA MINTA CANCEL. TIME HANTAR TEKS KEPADA MANAGER AKU TENTANG ‘HIJRAH KECIL’, HATI AKU SANGAT KUAT DAN YAKIN. TAPI TIDAK SANGKA REZEKI ITU TERUS ‘HILANG’ SEKELIP MATA.
Tapi tidak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat itu bukan manusia yang bagi, tapi ALLAH. Rezeki berkat itu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga.
“Kau bayangkan rezeki tidak berkat itu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzakh mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut. Aku cuba istiqamah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ni kita tak tau kan? Bahkan kalau aku sudah akad dengan customer tu pun (contoh: Saya buat baju seksi awak ni tapi saya tak nak tanggung dosa ya) tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju tu. Tak apa, slowly aku belajar, slowly customer akan faham. Korang boleh tengok video pencerahan ustazah di Instagram .
“Semoga kita semua dapat masuk syurga sama-sama ok. Bagi yang tidak mahu buat baju seksi boleh roger aku tau,” ciap Rico.
Penghijrahan yang dilakukan ini diharap akan berkekalan agar dapat membuka mata masyarakat sekeliling untuk kembali ke jalan yang benar sekaligus memilih gaya hidup yang positif.
Ustazah Asma’ juga berkongsi penghijrahan Rico dan mengalu-alukan sokongan buat pereka itu.
Penghijrahan pereka fesyen ini merupakan sesuatu yang amat baik dan positif apatah lagi ia merupakan role model yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
Alhamdulillah, moga Rico terus istiqomah dan perniagaannya makin berjaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!