Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar meluahkan rasa bangga buat isteri tercintanya, Fazeera Nazri, yang berjaya menggenggam ijazah sarjana muda dalam pendidikan kelas pertama.
Menerusi satu muat naik di Instagram (IG), Fizo dilihat berkongsi momen istimewa di mana dia bersama ibunya hadir memberi sokongan kepada Fazeera pada majlis konvokesyen di sebuah universiti swasta tempatan.
“Congrats to you my love on your convocation day. You did it and prove it.
Ads
“All the best for your next journey in Master,” dengan penuh kegembiraan atas pencapaian besar isterinya itu.
Selain itu, Fizo turut mengagumi usaha dan pengorbanan Fazeera yang tidak mengenal lelah dalam mengejar ilmu.
Ads
“I’m the witness, how struggle she is to complete her degree in education. Pursue her study sebelum kahwin lagi sejak 2021, selepas kahwin terus rezeki dapat anak. Habis je pantang, terus mengandung anak kedua dan sambil pantang jaga anak kecil.
“Dalam masa sama bekerja, dengan assignmentnya, kelas, exam back to back, berjaya dapat 1st class degree,” ujar Fizo lagi.
Sekadar info, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang. Pasangan ini kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan perkahwinan dengan usahawan Mawar Karim, namun mereka berpisah pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Fizo Omar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hidangan tradisional Malaysia, nasi kerabu sekali lagi membuktikan keistimewaannya apabila berjaya mencuri perhatian penduduk di London yang cukup menggemari sajian tersebut.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @christhechindian, seorang pencipta kandungan dikenali sebagai Chris berkongsi pengalamannya bertemu sebuah gerai kecil bernama Eat Lah yang beroperasi di sebuah taman terbuka di London.
Apa yang mengejutkan, pemilik gerai tersebut dikatakan mampu meraih pendapatan mencecah £400,000 (RM2.18 juta) setahun hanya dengan menjual nasi kerabu.
Berkongsi kisah di sebalik penubuhan Eat Lah, pemiliknya Robert Ngo memaklumkan dia mula membuka gerai itu bersama keluarga sejak tahun 2019 selepas meninggalkan kerjaya sebagai seorang arkitek.
Lelaki berbangsa Cina kelahiran Britain itu berkata, dunia perniagaan sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya memandangkan bapanya pernah memiliki sebuah restoran sebelum ini.
“Sebelum ini saya merupakan seorang arkitek selama 10 tahun dan meninggalkan kerjaya tersebut disebabkan hilang rasa minat.
“Saya mengambil keputusan membuka bisnes nasi kerabu kerana bapa saya pernah memiliki sebuah restoran sebelum ini, malah saya juga dibesarkan dalam suasana dikelilingi makanan,” katanya.
Menurut Robert, idea menjual nasi kerabu tercetus hasil cadangan isterinya, Mel, yang merupakan rakyat Malaysia berasal dari Kelantan.
Mel, kata Robert, mahu membawa ‘rasa’ tempatan ke London sebagai pengubat rindu terhadap kampung halaman. Tidak disangka, usaha tersebut mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.
Menerusi video yang tular itu, Eat Lah dilihat hanya menggunakan kanopi seperti gerai biasa di Malaysia, namun tetap dibanjiri pelanggan. Malah, ramai pembeli yang pertama kali mencuba hidangan itu kelihatan teruja dan tertanya-tanya mengenai nasi berwarna biru tersebut.
Jelas Robert, dia mengambil masa untuk memperkenalkan nasi kerabu kepada masyarakat di London kerana hidangan itu masih asing bagi kebanyakan mereka.
“Pada awal-awal dahulu pernah hanya sebungkus sahaja nasi kerabu yang terjual.
“Sejujurnya saya ambil masa juga untuk memperkenalkan tentang makanan yang dijual kerana tidak semua orang sini (London) tahu tentang nasi berwarna biru ini. Tapi sekarang saya mampu menjual sehingga 300 kotak nasi kerabu sehari,” katanya.
Kejayaan Eat Lah tidak terhenti setakat gerai sahaja apabila Robert dan isterinya kini melangkah setapak ke hadapan dengan membuka sebuah restoran bernama Ong Lai Kopitian yang terletak di Wood Wharf.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budaya merokok dalam kalangan remaja bukan lagi satu perkhabaran baharu. Dari generasi ke generasi, golongan perokok seawal usia belasan tahun sudahpun wujud sehingga ke zaman moden ini.
Cuma, apa yang membuatkan generasi remaja sekarang lebih bertuah berbanding masa lampau adalah kerana mereka mempunyai pilihan untuk beralih daripada rokok kepada alternatif bebas asap rokok.
Disebabkan perkembangan sains, teknologi dan pemerkasaan kajian, semakin ramai perokok yang memilih untuk beralih kepada e-rokok seperti vape atau alternatif bebas asap rokok seperti produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Product, HTP).
Dapatan yang diperoleh hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2019 mendapati 7.5 peratus daripada remaja berusia 15 hingga 19 tahun menggunakan vape.
Justeru, REMAJA tertanya-tanya akan sebab utama mengapa mereka lebih memilih alternatif seperti vape yang bebas-asap rokok berbanding rokok?
Perbezaan paling jelas di antara rokok dan alternatif bebas-asap rokok seperti e-rokok atau vape adalah pembakaran tembakau yang akan membebaskan asap yang membahayakan.
Bahan tembakau yang terbakar setiap kali seseorang menghisap rokok akan membebaskan asap rokok yang berpotensi menimubul masalah kesihatan yang terhadap perokok.
Memetik laporan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman web MyHEALTH, asap rokok mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung – tanpa mengira faktor usia.
Di samping itu, terdapat perbezaan di antara asap yang dihasilkan daripada rokok dan aerosol yang dibebaskan oleh alternatif bebas asap rokok. Vape sebagai contoh hanya menghasilkan aerosol yang mengandungi bahan kimia yang jauh lebih rendah berbanding campuran 6,000 bahan kimia dalam asap rokok.
Bukan bermaksud aerosol yang dihasilkan itu tidak merbahaya. Namun, risiko daripada aerosol yang dihasilkan oleh vape tidak sehebat rokok. Secara tidak langsung, ia mengurangkan kadar bahan kimia merbahaya yang masuk ke dalam tubuh seseorang perokok dan orang sekeliling mereka.
Oleh itu, perokok yang beralih kepada alternatif bebas asap rokok boleh mengurangkan risiko pengambilan nikotin dengan mengelakkan mereka diri sendiri dan orang sekeliling mereka terdedah kepada asap rokok yang memudaratkan.
Perokok sekunder dan tertier ini sukar sekali untuk mengelakkan diri daripada dikelilingi oleh perokok tegar lebih-lebih lagi sekiranya ia terdiri daripada ahli keluarga dan rakan akrab sendiri.
Foto Hiasan: PEXELS
Hari demi hari, timbul berita yang melaporkan tentang tahap kesihatan bayi dan kanak-kanak yang semakin merudum disebabkan masalah asma, pneumonia (jangkitan paru-paru) dan seringkali sakit tanpa sebab. Ini adalah kerana mereka dikelilingi si perokok pada setiap hari terutamanya ayah sendiri.
Berbeza dengan bahan alternatif seperti vape yang tidak melibatkan pembakaran, ia tidak menghasilkan abu dan melepaskan asap yang mengandungi bahan tar merbahaya kepada orang di sekeliling.
*
Oleh yang demikian, pemilihan alternatif bebas asap rokok seperti vape atau HTP boleh menolong perokok yang tidak boleh atau tidak mahu berhenti merokok untuk mengurangkan kemudaratan pengambilan bahan tembakau dan ini jelas merupakan pemilihan yang lebih bijak untuk diri sendiri dan juga orang di sekeliling.
Sekiranya keinginan untuk berhenti terus daripada merokok masih sukar untuk direalisasikan, setidak-tidaknya sebagai permulaan, beralihlah kepada alternatif seperti vape atau HTP disebabkan empat perbezaan yang dinamakan di atas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelantun lagu Sumpah ini berkongsi di akaun Instagram miliknya yang beliau telah membuka bank makanan di Petronas Taman Pelangi Semenyih, Selangor. Selain daripada bekalan makanan, Naim juga memberi sabun dan tuala wanita seperti yang telah dicadang oleh seorang pengikut di akaun Instagram miliknya.
Naim, seorang yang lantang dalam bersuara tentang kepincangan pemimpin di negara ini ketika lockdown, dan juga banyak bersuara bagi pihak rakyat yang mengalami kesusahan buat waktu sebegini, telah tampil untuk menghulurkan bantuan.
Menurut sumber, Naim terlebih dahulu telah meminta izin daripada pihak pengurusan stesen minyak berkenaan untuk membuka bank makanan.
Naim juga berkata yang beliau telah pergi membeli barang-barang tersebut sebelum meletakkannya di stesen minyak itu. Target beliau adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 beg barang dapur.
Foto Instagram @naimdanielx
Antara barangan yang disumbangkan olehnya ialah beras, mi segera, tepung, garam, gula, biskut, lampin pakai buang bayi, susu, dan juga sardin. Pada masa yang sama juga, Naim turut terbuka untuk menerima cadangan daripada pengikutnya untuk menambah dua lagi jenis barang keperluan iaitu sabun basuh dan juga tuala wanita.
Beliau mengucapkan terima kasih buat pengikutnya di Instagram kerana memberi cadangan untuk membeli sabun dan juga tuala wanita tersebut.
Foto Instagram: @naimdanielx
Sementara itu, Naim juga telah menyebarkan videonya melalui akaun Instagram miliknya dan menguar-uarkan kepada penduduk di sekitar Semenyih untuk datang mengambil barang keperluan jika mereka memerlukan.
“Tidak kira agama dan bangsa, sila datang dan ambil. Jangan malu-malu dan jangan segan. Ambil mana yang perlu untuk kelangsungan hidup.” Ujar penyanyi dan pelakon berusia 24 tahun itu.
Sesungguhnya ini adalah inisiatif terbaik yang diambil oleh seorang anak seni yang berbakat ini. Semoga usahanya ini dapat membantu mereka yang memerlukan, dan juga secara tidak sengaja telah membuka hati ramai anak muda diluar sana untuk turut juga tampil kehadapan memberi bantuan.